"Rakyat Palestin diserang setiap hari oleh tentera rejim Israel... sama seperti kerajaan dan PDRM menyerang rakyat kita kerana mereka juga tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam panduan penggunaan produk ketenteraan," kata Fadiah.
Yang jelas berbeza dalam isu ini ialah, Regim haram Israel bertindak ganas terhadap Bangsa Palestine tidak kepada rakyat negara mereka sendiri..
Tetapi di Malaysia, PDRM yang hanya mengikut arahan dari Menteri yang datangnya dari UMNO menzalimi rakyat Malaysia sendiri..
Dan kebanyakkan yang dizalimi oleh PDRM atas arahan Menteri yang datangnya dari UMNO itu adalah satu Bangsa yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO iaitu Bangsa Melayu..
Jadi adakah benar UMNO memperjuangkan nasib Bangsa Melayu? atau hanya memperjuangkan nasib beberapa Pemimpin tertentu...
Jika nasib Melayu yang diperjuangkan UMNO.. mengapa bertindak kejam terhadap bangsa sendiri?
Tindakan Menteri dari UMNO itu membuktikan mereka sebenarnya lebih Zalim dari Regim Zionis sendiri.. kerana Zionis tidak menzalimi Rakyatnya tetapi UMNO/BN menzalimi rakyatnya sendiri yang kebanyakkannya satu Bangsa dengan mereka...
Polis Guna Gas Pemedih Yang Dibekalkan Kepada Rejim Zionis
SHAH ALAM 12 JULAI : Gas pemedih mata yang digunakan oleh polis dalam menyuraikan perhimpunan Bersih pada Sabtu diimport daripada syarikat yang turut membekalkan senjata itu kepada tentera rejim Israel untuk menyerang rakyat Palestin, kata peguam dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri.
Kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian di Kuala Lumpur menunjukkan polis membelinya daripada syarikat Federal Laboratories di Amerika Syarikat, kata beliau.
Syarikat itu pernah disaman oleh aktivis di Amerika Syarikat yang mengaitkan kematian rakyat Palestin kepada penggunaan gas pemedih mata buatan syarikat itu oleh pihak berkuasa Israel, beliau memberitahu.
Cara polis Malaysia menggunakan gas pemedih mata pada Sabtu lalu, mirip kepada taktik tentera Zionis yang mensasarkannya tepat ke arah orang ramai dan bukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Tahap kekejamannya sama seperti Israel menetang Palestin dan negara-negara Arab yang diperintah oleh golongan diktator," tambah beliau.
Fadiah berkata gas pemedih mata keluaran Federal Laboratories bukan sahaja boleh menyebabkan kematian jika disedut keterlaluan, tetapi juga membawa risiko penyakit seperti sakit buah pinggang, limpa dan masalah jantung.
Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita yang mengandung.
Perhimpunan Bersih 2.0 menyaksikan seorang ahli PAS, Baharuddin Ahmad mati ketika sedang melepaskan diri dari asakan polis.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tercedera di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu di KL Sentral.
Pengawal peribadi Anwar, Fayad Afiq Al-Bakri patah tulang pipi akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata itu.
"Mereka (polis) bertindak sampai tahap tidak memperduli kemungkinan nyawa yang akan melayang dengan tindakan mereka (guna gas pemedih mata sebegitu)," kata Fadiah.
"Hanya kerana mahu mempertahan kuasa dan kedudukan pemerintah, mereka sanggup berperangai seperti orang yang tidak bertamadun," tambah beliau.
TVS News

No comments:
Post a Comment