Wednesday, July 27, 2011

Pakatan Rakyat Perlis selesai pembahagian kerusi

PAS akan bertanding semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dan lapan kerusi DUN.


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Perlis telah berjaya menyelesaikan pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke 13, kata pesuruhjaya PAS negeri hari ini.

Menurut Hashim Jasin, wakil PAS, PKR dan DAP akan memuktamadkan penyelesaian itu selewat-lewatnya minggu depan.

“PAS akan bertanding semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dan lapan kerusi DUN.

“PKR mendapat tujuh kerusi DUN dan DAP dua kerusi,” katanya hari ini.

Kata Hashim, pembahagian kerusi kali ini menyaksikan jumlah kerusi DUN yang ditanding oleh PAS berkurangan sebanyak empat kerusi.

PAS ok

Bagaimanapun, tambahnya, PAS tidak ada masalah dengan perkara itu.

Hashim juga menjelaskan PAS sudah memilih calon berdasarkan kriteria yang ditetapkan PAS Pusat.

Katanya, Pakatan Rakyat setuju untuk tidak mendedahkan nama DUN yang akan ditandingi oleh komponen pembangkang itu.

Pemimpin PKR dan DAP tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut mengenai pembahagian kerusi ini.

freemalaysiatoday

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails