Sunday, July 17, 2011

MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' 'kritikal'

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit barah yang dialami pemimpin PAS tersebut.

Ketika dihubungi, seorang ahli keluarganya, mengesahkan aktivis tersebut dalam keadaan kritikal. Anggota keluarga kini berkumpul menemani beliau.

dr lo' lo' ghazali"Beliau hanya diberi sedatif oleh doktor, dan sedang berehat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini."Kami minta orang ramai mendoakan kesihatannya," tambahnya.

Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

-malaysiakini-

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails