Saturday, February 28, 2009

ANAK-BERANAK SETAN...


9 jenis anak setan..

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

  1. Zalituun
    Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
    supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
    perlu.
    2. Wathiin
    Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
    Allah.
    3. A'awan
    Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
    dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
    mendengar nasihat para ulama.
    4. Haffaf
    Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
    tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
    keras).
    5. Murrah
    Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
    kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
    6. Masuud
    Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
    dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
    7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah
    kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
    bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
    bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
    pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
    kemusnahan rumah tangga lagi).


    8. Walahaan
    Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
    dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
    9. Lakhuus
    Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

    Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

    10. Isetan.
    Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
    Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak
lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm

Friday, February 27, 2009

NOSTALGIA LAMA TIBA-TIBA MUNCUL……



Tahun 1998 merupakan tahun yang penuh dengan kemeriahan buat penduduk Kg Tuan Nong dan juga buat diriku yang dhoif ini.Pada tahun ini seluruh penduduk kampong ku meminati permainan wau dan layang-layang.Bila aku terbaca kosmo tempoh hari,fikiran terus merayap menerpa jauh ke zaman kecilku.Pada tahun itu aku berada di darjah enam.Setiap kali aku pulang dari sekolah terus aku mencapai golok atau parang menuju ke rumpun buluh duri dan buluh minyak di tebang untuk membuat kerangka wau.Sampaikan kadang-kadang aku dan kawan-kawan di hambat oleh penjaga rumpun buluh maka aku pun membuka langkah seribu melarikan diri.

Namun aku dan kawan-kawan tak serik apabila di kejar,malah aku akan menebang buluh itu pada waktu malam,kebetulan di sebelah rumpun buluh itu ada tapak perkuburan lama yang telah di tutupi oleh dedaun buluh itu.Tapi kerana minat yang mendalam dalam pembuatan wau aku tak peduli semua itu asalkan aku dapat siapkan sebiji wau tiap-tiap hari,sehingga aku mengabaikan pelajaran kerana pada tahun itu aku bakal menduduki peperiksaan UPSR.Bukan itu saja aku juga meninggalkan kelas tambahan dan aku tak pernah memasuki tuisyen seperti mana kawan-kawan ku yang masa malamnya bertuisyen.Aku lebih suka belajar berseorangan mengikut mood yang ada.Tapi aku dan kawan-kawanku solat tak pernah tinggal.

Mungkin ini lah bakat yang aku miliki yang di anugerahkan oleh Allah SWT,aku boleh buat wau bulan,wau kucing,wau puyuh,pelbagai jenis wau lah yang aku buat,tapi ada satu wau yang aku sangat suka iaitu wau burung helang.Wau burung helang ini bukan sahaja boleh terbang dengan cantik tapi boleh menggibaskan sayapnya apabila berada di atas udara…..sampaikan ada orang menyangka itu adalah burung helang hidup.Banyak juga aku mendapat tempahan dari orang kampong yang ingin membeli wau burung helang buatan ku.

Pada tahun itu juga kampong ku ibarat pesta wau dan layang-layang,ada yang berkelah di tepi sawah padi itu sambil di bawa bersama seluruh ahli keluarga dan sanak-saudara.Memang cukup meriah dan nyaman dengan tiupan angin petang yang kencang memelodikan lagi wau-wau mempunyai busur yang mengeluarkan bunyi seperti wau bulan dan wau kucing.Pada tahun itu juga di panggil tahun permainan wau di seluruh negeri ku.

Tahun 1998 telah lama berlalu,wau-wau yang dah putus talinya semasa di udara entah kemana singgahnya melayang-layang di awan-awanan hingga hilang dari pandangan.Kini sudah 11 tahun berlalu nostalgia itu,terasa baru semalam aku dan kawan-kawanku di kejar dan terasa juga kicauan beburung bertebangan kegembiraan di atas wau burung helang ku.Namun apa yang pasti wau burung helang ku itu sudah lama terkubur di bungkus bersama sejarah ,mungkin masih di ingati ataupun sudah dilupakan oleh mereka yang pernah bermain wau bersama ku dulu……sekarang aku tidak lagi bermain wau seperti dulu,terasa juga ingin meracip buluh mengembalikan bakat yang telah lama terkubur namun apakan daya masa terlalu singkat untuk membuat semua itu kerana kerja-kerja perjuangan untuk Islam sangat banyak.

kekoh.blogspot.com

20 HINGGA 24 FEBRUARI 2009...

Keindahan Pantai Pandak,Chendering,Terengganu

Tengah mandi laut di ombak yang gelora....tiba-tiba je ustaz Azhar Idrus muncul

Ustaz Azhar bersalaman dengan orang kampung

Kereta BMW miliknya...

Thursday, February 26, 2009

GEGARAN DI PERBUKITAN..


Sudah terang lagi bersuluh,itulah ungkapan yang menggambarkan kekusutan dan kemasaian politik Malaysia sekarang.Seperti biasa Gaban(UMNO) yang penakut terus merancakkan agenda serangan kepada ADUN-ADUN terutama dari parti PKR.Setelah meruntuhkan sebuah bukit di Kedah iaitu Bukit Selambau,kini Bukit Lanjan menyusul pula.Di saat teruknya dua bukit ini di sodok oleh UMNO-BN dengan menggunakan senjata kontot yang tiga suku iaitu TV dan akhbar harian,mereka terus menyerang dan menyerang akhirnya kehebatan serangan itu tidak lama kerana kain yang dia pakai itu terlondeh dengan sendirinya.

Bekas MB Selangor yang sebelum ini merupakan pahlima yang melaksanakan misi ke atas ADUN-ADUN dari PKR sebenarnya telah di lempang oleh tangannya sendiri,yang mana terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.Kes ini berlaku keatas dirinya semasa jadi MB dulu,di saat hebatnya Khir Toyo membelasah Khalid Ibrahim dengan rasuah berkenaan lembu dan kereta peribadi.Sekarang ini gambar Elizabert sebenarnya telah di super impose kan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Setelah di penyek beberapa minggu oleh UMNO-BN keatas adun Bukit Lanjan ini sekarang baru tahu gambar itu palsu.Selepas itu di penyek pula Khalid Ibrahim dengan kes rasuah.Hebat….sungguh hebat pahlima perang ini,mungkin nak menunjukkan kejantanan yang sebenar dan mungkin juga menjadi modal untuk pemilihan UMNO akan datang.Bak kata pepatah”memaku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.”

Bila mana memeperjuangkan semangat bangsa semata-mata maka segala kerja buat yang mereka lakukan kepada orang lain biasa je,tidak ada rasa bersalah langsung.Sebab itulah Islam menganjurkan bila datang sesuatu masalah dan perkara yang tidak betul keatas mana-mana individu maka kena siasat dahulu dan bawak mai saksi-saksi.Bukanya di belasah sampai lembik baru nak siasat.

PELIKNYA UMATKU


Peliknya umatku....sad
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya
hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud
2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)

Peliknya umatku....sad
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umatku....sad
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi
pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....sad
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran
tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....sad
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf
walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....sad
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup
peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak
elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....sad
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12
mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....sad
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.



Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....pray

"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI."

Wednesday, February 25, 2009

SIRI AKHIR JURUMANDI JENAZAH



Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?

Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup.... na'uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil >dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata 'TIDAK'. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Thursday, February 19, 2009

KENAPA ORANG SELALU BERKATA POLITIK ITU KOTOR??


Politik sering kali di salah ertikan oleh kebanyakan orang,sering juga di pandang seserong-serongnya oleh segelintir inidividu.Mereka berkata politik itu kotor dan buruk,sebenarnya orang yang berfikiran sebegini rupa kurang arif tentang politik.Politik tidak kotor dan tidak buruk,yang kotor dan buruk itu adalah orang yang berada dalam politik itu yang menodai dan mengotorkan politik itu.Jika ahli politik itu seorang perasuah,pemabuk,pengfitnah dan kaki perempuan maka sudah tentu yang kotor adalah dirinya sendiri secara tidak langsung dia menempelkan kokotoran itu pada nama politik,maka sebab itulah politik itu kotor dan keruh.Cuba kita buka pemikiran kita seorang ahli politik yang bebas daripada rasuah,seorang yang beragama tambahan pula dia seorang ulama’ sudah barang tentu politik itu bersih dan bebas daripada kekotoran ini.

Umpamanya seseorang itu memakai baju putih yang baru di keluarkan dari almari,selepas itu orang itu menuju ke sawah padi yang berlumpur untuk menangkap katak puru dan katak minyak,pada fikiran kita lumpur itu terkena atau tidak pada baju orang itu??sudah tentu terkena kan…ok dalam situasi ini mana yang salah baju ke orang yang pakai baju itu atau si katak puru atau pun si katak minyak??maka sudah tentu jawapanya orang yang pakai baju itu kan.Jadi macam tu jugak lah politik jika ahlinya semua baik dan bersih maka elok lah politik itu dan system pengurusannya.

Contohnya lihat lah kerajaan Kelantan yang sudah memegang tampuk kerajaan negeri selama 18 tahun,mana ada wakil rakyat yang di tangkap rasuah kan,dan semua nikmat yang Allah SWT ini bergantung kepada kita selagi mana berpegang teguh pada Al-QURAN dan AS-SUNNAH.Jika kita meninggalkan pengamalan kedua-dua kitab ini maka tidak mustahil kita juga akan tersesat.

kekoh.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2009

STRATEGI ISRAEL…


Dunia kini telah menyaksikan kebiadaban tentera-tentera Israel melancarkan pelbagai bom canggih dan bom-bom yang belum pernah di gunakan oleh mana –mana Negara kuasa besar dunia.Namun tentera-tentera Israel telah pun mengugurkan semua bom-bom itu di bumi Gaza tempoh hari.Ribuan rakyat Palestin senggsara angkara kebinatangan Israel.

Di saat ini pesawat-pesawat Israel terus menggila membedil dan menebuk setiap ceruk bumi bertuah Palestin,di saat itu jugalah airmata dan darah merah terus mengalir membasahi tanah tandus Gaza.Persoalannya kenapa begitu mudah dan senang tentera Israel melakukan semua itu??sebenarnya kita melihat kekuatan pada teknologi yang canggih di miliki oleh tentera Israel semata-mata,tetapi sebenarnya pandangan kita sedikit tersasar dan kita tidak menggamati betul-betul pada strategi rahsia yang sudah lama di lancarkan dan di gerakkan oleh tentera Israel iaitu pada agen perisikannya yang cukup licik dikenali sebagai HaMossad leModi’in uleTafkidim Meyuhadim (Mossad).

Mossad sebagai salah satu badan perisikan terbaik di dunia bersama-sama Komitet Gosudarstvenoi Bezopasnosti (KBG-Russia), Central Intelligence Agency (CIA-US), dan British Secret Intelligence Service (M16-Britain).Maka tidak hairanlah mereka mampu menerjah Gaza sesuka hati mereka tanpa peduli kecaman masyarakat dan badan dunia.

Lihat lah pada “Perang Enam Hari”,tentera-tentera Israel dapat mengalahkan Syiria,Mesir dan Jordan cukup mudah,sedangkan pada tahun 1967 itu pesawat tempur milik tentera-tentera Mesir sangat lah canggih ,terbaik dan termoden di waktu itu buatan Soviet Union yang di beri nama MiG-21.Namun tentera-tentera Israel pada waktu itu hanya menggunakan pesawat tempur Mirage IIIC buatan Perancis yang jauh ketingglan di belakang pesawat tempur yang di miliki oleh gerombolan tentera-tentera Mesir bersama gabungan tentera-tentera daripada Syiria dan Jordan.

Tepat pukul 8.06 pagi tentera Israel sudah pun meraungkan pesawatnya itu dan terus mengebom lapangan terbang milik tentera Mesir yang menyimpan MiG-21 itu.Maka bermaharaja lah tentera Israel ketika itu menyaksikkan serangan balas daripada gabungan tentera-tentera Mesir,Syiria dan Jordan tidak berlaku.Akhirnya Semenanjung Sinai,Bukik Golan,Tebing Barat dan Gaza ketika itu di kuasai oleh Israel.Kemenangan ini adalah berpunca daripada maklumat perisik yang di berikan oleh Mossad.

kekoh.blogspot.com

Tuesday, February 17, 2009

AKHLAQ ITU BUKAN LALANG


Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Tibanya musim, pohon berbuah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

Monday, February 16, 2009

SEMBAHYANG




Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!


Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu far! dzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..


Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..

TARBIAH DAN SIASAH



Apabila di sebut program siasah ramai yang berminat dan bersungguh-sungguh,namun tidak berlaku seperti ini pada program tarbiah.Seolah-olah program tarbiah adalah program lapangan semata-mata dan selalu di kesampingkan.Inilah satu kesalahan yang besar meletakkan dan mentirikan program tarbiah serta meninggalkan di belakang.Maka tidak hairanlah ramai ahli siasah yang goyah pada pendiriannya dan mudah di beli dengan wang ringgit.Tapi pada ahli tarbiah mereka terus kukuh dan teguh pada prinsip dan dasar perjuangan bertunjangkan al-quran dan sunnah.Selalunya program siasah di lakukan secara berkala dan beristiqamah,tapi program seperti usrah,qiam dll tidak begitu.

Justeru itu,marilah kita muhasabah betapa pentingnya program tarbiah ini untuk membentuk jiwa-jiwa yang berani dan teguh pada perjuangan walau masalah yang bakal di depani setinggi gunung.Miliki lah jiwa sufi yang berfikrah haraki supaya dapat menggemudi bahtera perjuangan ini dengan jayanya sampai pada matlamat yang sebenar,bukannya karam di tengah lautan yang dalam yang tidak bertepian.Lihat lah dan bacalah suasana dengan bijaksana bukannya bijaksini agar masyarakat yang membesar di era millennium ini memahami perjuangan dan dapat menjadi mata rantai dalam medan perjuangan ini.Laksanakan program-program tarbiah dengan memanfaatkan teknologi yang ada dengan menukar kaedah penyampaian yang biasa kepada pemyampaian menggunakan slide show dan sebagainya ini kerana sesuai seperti mana kata-kata Saidina Umar r.a:”didiklah anak-anakmu sesuai dengan zaman mereka bukannya seperti zaman kamu”.

kekoh.blogspot.com

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails