Sebuah buku yang di karang oleh Ustaz Riduan Mohd Nor yang mengumpulkan segala gerak kerja pemuda PAS dalam mengislahkan masyarakat kepada jalan yang gelap kepada jalan yang di sinari rembulan mengambang.Ketika dua biji mataku menatap buku ini,terasa pantulan yang menusuk ke dalam jiwa ku dan aku harus membeli buku ini.Ternyata selepas helaian demi helaian di belek dengan episode suka dan duka perjuangan pemuda PAS dalam menjuarai semua isu masyarakat dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh lentikkan tubuh-tubuh manusia yang ada di bumi ini.
Sememangnya sirah perjuangan Nabi di dokong kuat oleh golongan as-syabab bagi melestarikan hidup ini di atas landasan perjuangan.Maka parti PAS melalui sayap pemudanya telah merealisasi dan mencontohi sirah perjuangan Nabi ini turun berdakwah dan menyantuni masyarakat seluruhnya.Bukan macam sesetengah jemaah yang hanya focus pada satu golongan sahaja contonhya berdakwah kepada golongan professional sahaja dan menjelingkan saja golongan tua,kanak-kanak dan sebagainya,dan ada juga jemaah yang hanya duduk berteleku di atas tikar sejadah semata-mata tanpa melihat permasalahan ummat.
Namun bagi pemuda PAS mereka mendepani arus lintang yang amat kencang,contonhya melalui unit Amal mereka telah membuktikan pada dunia bahawa mereka boleh bertahan dengan asakkan ganas oleh FRU pada perhimpunan BERSIH tempoh hari,dengan uranium tarbiah yang mantap melalui usrah mereka boleh bertahan walaupun di sepak,di terajang dan di sembur tepat pancutan water canon,namun mereka tetap di situ menjaga keselamatan penyokong yang hadir pada perhimpunan BERSIH itu.Kadang-kadang aku terfikir dan menitiskan air mata pada kekentalan jiwa muda mereka,sanggup meninggalkan seketika pekerjaan,anak- isteri dan yang paling tinggi pengorbanan adalah mereka tidak pun di bayar dengan wang tetapi terpaksa mengeluarkan wang sendiri.Mereka yang di gelar tentera merah ini tidak ada pun di tawaran untuk di angkat sebagai pemimpin apatah lagi di beri jawatan tinggi dalam parti walhal mereka lah yang kuat membentengi parti…..bersambung
No comments:
Post a Comment