Saturday, May 9, 2009

EPISOD 1: MAKNA HIDUP PADA PERJUANGAN


Di saat mata ku mula mengantuk,aku masih sempat memegang sebuah buku yang di tulis oleh Ustaz Riduan Mohammad Nor(URMN) yang bertajuk “Catatan Kanvas Kehidupan”.Aku gagahi juga mataku supaya seboleh-bolehnya aku ingin juga membaca 2,3 helai kisah-kisah pejuang yang mendambakan sepenuh hidupnya di atas landasan perjuangan ini.

Tangan ku mula membelek helaian demi helaian,tiba-tiba di dalam buku ini terdapat kisah seorang yang aku cukup kenali iaitu Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (UNHT)(Timbalan Ketua DPP Pusat) sewaktu aku belajar selama 3 tahun di negeri kelapa sawit itu.Setelah aku menghabiskan 2 muka surat membaca kisah beliau yang sungguh tabah menghadapi mehnah dan tribulasi dalam bahtera perjuangan ini.Sampaikan pada suatu hari beliau di jemput berceramah di selatan semenanjung,lalu beliau bergegas dengan kereta wiranya dan di bawa bersama Abang Fadhil untuk menemani beliau.

Abang Fadhil cukup aku kenali sewaktu aku belajar di sana dahulu,seorang pemandu teksi dan juga menjual vcd ceramah untuk menjana dana jemaah,sememangnya abang Fadhil cukup komited pada program parti.Mereka berdua bergegas ke sana untuk memberi ceramah di atas jemputan penganjur,perjalanan ke sana memakan masa 7 atau 8 jam,inilah perjuangan yang penuh dengan dugaan selepas selesai berceramah mereka di beri wang saku sebanyak RM50.00 memang tidak berbaloi dengan jarak perjalanan ke sana namun Ustaz Nasruddin bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki itu.

Ini lah perjuangan Islam yang mulia,walaupun pada pandangan manusia hanya RM 50.00 ,tetapi Allah sudah menyimpan di dalam akaun akhirat sana dengan nilaian yang tidak terhingga banyaknya.Bukan itu sahaja,mereka terpaksa tidur di dalam kereta dan di tepian jalanan kerana tidak sempat pulang ke rumah dan jadual program yang amat padat,ini lah sebenarnya sunnah orang berjuang terpaksa meninggalkan anak yang sakit di hospital,anak-anak memanggil “ibu……..ayah pergi mana kenapa tak datang tengok kak long sakit kat hospital ini,”keluh anak sulung ini pada ibunya.Maka berderai lah air mata sang ibu mendengar rayuan suara itu.Akhirnya sampailah juga ayahnya memeluk erat anak-anaknya,jika di nilai betapa besarnya perjuangan untuk islam ini walaupun terpaksa meninggalkan keluarga samada sudah makan atau kelaparan,namun yakin lah bahawa Allah SWT akan memberi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka.Inilah episode sebuah perjuangan(UNANAA) dalam memaknai kehidupan dalam perjuangan(MHAG) serta erti hidup pada memberi(UHAJ).

>>EPISOD 2 :Pengalaman bermusafir bersama Al-Fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (UTITM) di Negeri Johor.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails