Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi dan menyalurkan oksigen tanpa sedetik pun menghentikannya,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang berjuang sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini.
Setelah beberapa bulan aku berada jauh di negeri orang,terasa ingin pulang melihat suasana kampong di Kuala Terengganu,sebuah kampong yang aman dan damai dengan berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau bersama pacakan sebuah bukit terasa tenang dan bahgia sekali,lama rasanya meninggalkan kampong dan mahu juga menjenguk mak,ayah,adik-adik dan seluruh kaum kerabat.Sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga semestinya tanggungjawab pada keluarga amat lah besar dan berat terutama pada mak dan ayah.
Sebelum ini aku pulang ke kampong pun pada PRK Kuala Terengganu bagi menunaikan kewajiban pada perjuangan ISLAM,selepas itu aku tidak lagi berpeluang pulang ke kampong hinggalah ke saat ini,namun begitu aku tetap gembira hidup sebagai seorang yang berdagang dan bermusafir di negeri orang,seingat aku sudah 5 tahun aku berkelana di negeri orang dan aku pun tidak pasti berapa lama lagi aku harus tinggal di negeri orang,yang pasti hati ku merintik gerimis mengenang suasana kampong dan balik meneruskan perjuangan di tempat aku di lahirkan,berbakti pada orang kampong ku.
Tambahan pula,kebetulan cuti semester pada bulan Mei ini aku ada latihan praktikal,jadil aku pun cuba mintak berdekatan dengan rumah iaitu di Cendering,Marang,Terengganu.Bukan apa,sebenarnya aku rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan di sana,sekurang-kurangnya aku dapat juga berprogram bersama mereka dan dapat juga aku mencurahkan bakti pada anak-anak kenegerian ku di sana.Program WaJA bersama kelab fasilitator Terengganu dah lama aku tak join kerana aku jarang pulang ke kampong di sebabkan sibuk dengan tesis ijazah tahun akhir ku di sini.Selepas sebulan lebih aku menghantar surat dan berhubung dengan tempat praktikal ku itu,Alhamdulillah permintaan ku di tolak.Mereka kata ada masalah sedikit,sedangkan rakan ku yang berasal dari Kelantan di terima berpraktikal di situ.Aku berlapang dada dengan keputusan itu.
Cumanya sebagai manusia biasa,terkilan jugak lah di buatnya mendengar keputusan tersebut,tetapi aku redha dengan ketentuan Illahi sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk semua itu.Setelah keputusan itu di tolak,kawan ku menelefon bahawa aku dapat berpraktikal di Alor Setar iaitu di Wisma Persekutuan….bersambung
>>perjuangan ada di mana-mana………
No comments:
Post a Comment