Friday, July 31, 2009

N 11 DUN PERMATANG PASIR...


N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

GEGRKAN KUALA LUMPUR...MANSUH ISA

MASJID RUSILA MENDENGAR KULIAH AYAH CHIK...


MASJID PENGADANG BARU...

Sentiasa penuh dengan orang ramai mendengar kuliah maghrib

Tempat letak motor yang penuh...

Sememangnya masjid ini menjadi pilihanku setiap hari jumaat kerana khutbahnya membakar semangat jihad dan membangkitkan kekuatan rohani...

Thursday, July 30, 2009

KONSERT ANTARA BENUA...


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.


Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.

Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.


Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.


”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.


”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.


Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

Tuesday, July 28, 2009

SEMALAMAN 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN'

Ucapan Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal menggentarkan jiwa

Qasidah dan selawat dari peserta Ribath Pulau Manis dan Ribath Batu Burok menderaukan jiwa


Dikir dakwah dari Megat Nordin menusuk ke kalbu


Tok Ghani bekas kumpulan Blues Gang dengan lagu zikir menitiskan air mata



Ustaz Zulkarnain bekas gitalis kumpulan VISA pemegang Ijazah Syariah dari Universiti Malaya yang menambahkan lagi keseduan




Gesekan biola dari Sani Sudin dari kumpulan Koopratasa yang mengasyikkan





Lakonan Sabri Yunus menghunus jiwa menyoroti perjuangan nabi







Sunday, July 26, 2009

JOM SAMA-SAMA KITA GEGARKAN KL...

BILA BABI MULA BERSELSEMA…



Bintang solo mula menonjolkan dirinya menandakan siang semakin hampir,kegelapan malam sedikit demi sedikit mengundurkan dirinya memberi laluan kepada sang siang untuk melakukan rutin biasa yang telah di tetapkan oleh-Nya.Kokokkan ayam jantan mula menyinggah kasar gegendang telingaku,azan subuh mula menguasai hening pagi ini,sejadah mula di hampar untuk bersolat subuh berjemaah dan membaca al-mathurat seperti kebiasaan. Selang beberapa jam matahari mula mengukir senyumnya bersama sinaran cahaya oren nun jauh di ufuk timur.Inilah kejadian alam yang menunjukkan betapa hebatnya penciptaan dari Allah SWT.Kelembutan cahaya matahari yang menyinggah bumi mula menyinga terang menyebabkan embun pagi meyembunyikan diri dan sedikit demi sedikit menghilang entah ke mana.Sesekali burung raja udang melontarkan suarannya pada penghuni alam seolah-olah mengucapkan salam sejahtera dan salam ceria pada pepohonan.

Selepas beberapa hari penat berprogram bagi mencari penyelesaian untuk menyantuni ummah maka hari ini dapat juga merehatkan diri sebelum pulang kekampung.Namun mungkin kecerian burung raja udang tidak berlaku pada makhluk bernama manusia sekarang ini,kerana manusia dan dunia pada hari ini di terjah oleh satu penyakit baru yang memburu manusia.H1N1 nama yang sememangnya enak di dengar dan memberi satu semangat psikologi kepada manusia untuk terus mencari penawarnya,jika dulu namanya selsema babi maka ramai manusia terperanjat dan terkejut terutamanya golongan pemakan babi,walaupun ada juga desas-desus mengatakan virus ini manusia yang buat,namun kesahihan amat tipis sekali.Mungkin kerana ingin menutup pandangan orang pada punca sebenar adalah dari babi!!!.Banyak syarikat penerbangan dan pelancongan terjejas teruk dengan penangan virus moden ini.Pertamanya di kesan di benua Amerika Tengah iaitu di Mexico dan terus merebak secara online di serata dunia.

Malaysia pun antara Negara yang terpaksa bertungkus-lumus menangani H1N1 ini,sekarang ini kerajaan terpaksa menutup beberapa buah university kerana virus ini mula di kesan pada beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi .Aku mula memutarkan sedikit akal ku,kenapa kerajaan memberi cuti pada mahasiswa dan menutup university selama seminggu??maka dengan peluang ini mahasiswa mengambil kesempatan untuk pulang kekampung-kampung,maka sudah tentu berlaku penularan apabila mahasiswa ini pulang ke kampong,kenapa tidak di kuarantin sahaja di university itu??namun aku bersangka baik kerana mungkin ada sebab yang konkrit kerajaan bertindak sedemikian.Tapi apa-apa pun kesempatan cuti ini perlu di manfaatkan sebaik mungkin oleh mahasiswa untuk merancang program ummah dan apa yang penting cuti ini adalah bonus untuk bertemu sahabat-sahabt lama ……..bersambung

YANG BELUM KAHWIN SAHAJA...

Aku ada pasangan hidup sendiri....




Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari......Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau Mak sudah tiada....... ....
MAKKKKK.....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya......
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... .

Friday, July 24, 2009

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM



  • · Seseorang anak yang di lahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  • · Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh di kenakan tindakan undang-undang.
  • · Sebarang kes pertukaran agama Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil
  • · Tidak perlu di catatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
  • · Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya inigin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • · Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak
  • · Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  • · Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mengcukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  • · Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  • · Bibel dalam bahasa Melayu dan Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka
  • · Pelajara agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah di ajar di semua sekolah
  • · Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan.Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing
  • · Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan hasil wang zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
  • · Sepatutnya Islam tidak di sebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
Pada pendapat anda kenapa kah mereka sangat berani membuat tuntutan ini??siapa yang harus di persalahkan??Tuliskan jawapan anda di shoutbox..

Tuesday, July 21, 2009

Petikan diambil dari laman ustaz Zaharuddin.




Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.
Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

Ramai isteri tuntut cerai



SUATU ketika dahulu di Malaysia, kita sering mendengar bahawa ada pasangan yang bercerai kerana berbeza fahaman politik. Ternyata sekali fenomena itu bukan sahaja melanda negara kita malah di Indonesia.

Hakikat itu terbukti apabila baru-baru ini Ketua Pengarah Pembangunan Masyarakat Islam, Prof. Nasarudin Umar mendedahkan, angka perceraian kerana perbezaan fahaman politik atau parti meningkat berikutan pelaksanaan pilihan raya umum atau Pemilu dan pemilihan ketua daerah di seluruh Indonesia.Apa yang membimbangkan agensi tersebut ialah kecenderungan kadar perceraian itu yang terus meningkat dari tahun ke tahun.

''Ini harus diperhatikan kerana dapat menganggu keutuhan dan masa depan bangsa,'' katanya.
Oleh itu beliau mengingatkan umat Islam supaya tidak menjadikan perbezaan fahaman politik antara suami dan isteri sebagai masalah utama sehingga perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.''Urusan politik adalah urusan sementara, sementara urusan keluarga adalah urusan seumur hidup, bahkan sampai akhirat," katanya.Selain itu kadar perceraian di Indonesia juga semakin meningkat dan ia semakin ketara sejak tiga tahun kebelakangan ini.

''Setiap tahun ada dua juta perkahwinan, tetapi yang memilukan perceraian bertambah menjadi dua kali ganda, setiap 100 orang yang menikah, 10 pasangannya bercerai dan umumnya mereka yang baru berkahwin," jelasnya.Apa yang lebih membimbangkan ialah di enam bandar besar di Indonesia seolah-olah wujud satu fenomena baru iaitu tindakan isteri menuntut cerai.

Kes terbesar dicatatkan di Surabaya. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, di Jakarta dari 5,193 kes perceraian, sebanyak 3,105 kes atau 60 peratus adalah kes isteri menuntut cerai dan kes melibatkan suami menceraikan isteri pula ialah 1,462 kes. Di Surabaya dari 48,374 kes perceraian sebanyak 27,805 kes (80 peratus) adalah kes isteri menuntut cerai, sedangkan suami menceraikan isteri mencapai 17, 728 kes.
Di Bandung dari 30,900 kes perceraian sebanyak 15,139 kes (60 peratus) adalah kes isteri menuntut cerai suami dan suami menceraikan isteri sebanyak 13,415 kes.

Di Medan daripada 3,244 kes perceraian, 1,967 kes isteri menuntut cerai dan suami menceraikan isteri hanya 811 kes manakala di Semarang daripada 39,082 kes perceraian sebanyak 23,653 kes adalah isteri menuntut cerai dan suami menceraikan isteri hanya 12,694 kes.

Menurut Nasaruddin, punca perceraian tersebut antara lain kerana tiada kefahaman yang mencatatkan 46,723 kes, ekonomi (24,252 kes), krisis keluarga (4,916 kes), cemburu (4,708 kes), poligami (879 kes), kahwin paksa (1,692 kes), kahwin bawah umur (284 kes) dan penganiayaan dan kekerasan rumah tangga (916 kes).Jika kes menuntut perceraian dikaji adalah jelas pihak berkuasa Indonesia menganggap ia berlaku kerana kaum wanita kini semakin cenderung untuk menuntut hak yang sama dengan lelaki.

Akibatnya, apabila suami tidak mempunyai pendapatan yang tinggi maka menuntut perceraian dilihat cara terbaik, biarpun ia boleh menggugat institusi kekeluargaan di Indonesia.
Dalam soal ini, Nasaruddin menganggap kaum wanita semakin sedar mengenai hak mereka. Tetapi namun begitu dalam soal perkahwinan mereka sepatutnya faham mengenai tugas sebagai isteri biarpun setinggi manapun kedudukannya. Apa pun begitulah warna-warna kehidupan di sebuah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia itu.

Thursday, July 16, 2009

KANAK-KANAK GENIUS...





Akrit Jaswal : Dokter Bedah usia 7 tahun

Julukan “anak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seoarang anak dari India. Ia mengejutkan dunia, ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. gadis itu menderita luka terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala.Saat ini, ia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, ia diterima di Universiti pada usia 11 tahun.






Cleopatra Stratan : Bocah Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu


Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (”pada usia 3″). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit




Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun
Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan bakatnya sebagai jenius, ia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy.. Tertarik melihat sebuah poto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkannya bergabung dalam kumpulannya karena bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyadari bahwa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.






Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA
Lahir di New York dan tumbuh dewasa di Omaha di 1940. Jenius satu ini, saat kelas empat ia menguasai al jabar, saat akhir SD ia sudah menguasai geometri, kalkulus dan falsafah. Saat SMU ia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang, ia dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah




Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14
Seorang anak berwarga negara America dan Italia ini sungguh jenius. Pada tahun 2007 ia memperoleh Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai menduduki ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.



Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan jawaban tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis. benar-benar Jenius..!!!! !

Wednesday, July 15, 2009

UMNO TERBURAI DI MANEK URAI…



Alhamdulillah setinggi-tinggi dan semaksimun syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan ini,manusia hanya berusaha semata-mata namun yang memberi kemenangan datangnya dari Allah SWT.


Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah permulaan tersungkurnya parti berfahaman kebangsaan iaitu UMNO-BN dan di susuli pula lempangan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu adalah isyarat yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan UMNO-BN sekarang ini. Bukan sahaja kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau,malah peningkatan sokongan dan undi pada PAS yang amat mengejutkan di dua bukit ini.Ternyata peranan RTM(Radio Tipu Melayu) dan TV3 suku yang merupakan senjata ampuh rupa-rupanya mentiga-sukukan lagi parti UMNO-BN ini.Itulah gambaran jelas kepada kita bahawa mana-mana pemimpin yang menolak ISLAM mereka akan jatuh dengan hina dina.Apa lagi yang boleh di harapkan pada parti UMNO-BN bak kata pepatah “harapkan pagar,pagar makan padi” .
Bedilan dari dua bukit ini merupakan permulaan siri kejatuhan kerajaan UMNO-BN yang di bina di atas landasan rasuah yang selama ini membarah dan kini menunggu detik-detik akhir hayatnya di bawah Dinasti Najib.Kekalahan di dua bukit ini menyebabkan kerajaan UMNO-BN semakin tenat.


Ternyata slogan baru iaitu satu Malaysia tidak boleh membeli undi rakyat,ini kerana rakyat sudah pandai menilai corak kepimpinan kerajaan secular ini.Di sebalik serangan demi serangan di halakan kepada negeri-negeri pakatan rakyat dengan menggunakan media massa,rupa-rupa mereke takut dan kecut untuk masuk bertanding, ini terbukti dengan pilihanraya di DUN Penanti,Penang.UMNO-BN takut pada bayangan hantu altantuya yang sedang menanti di Penanti.Apa yang pasti mereka memberi pelbagai alasan jika mereka masuk bertanding,mereka kata membazir.Sejak bila UMNO-BN tahu maksud pembaziran sedangkan merekalah yang selama ini menggunakan jutaan duit rakyat untuk kemenangan parti mereka,parti UMNO sendiri mana berduit jika tidak mengaut duit rakyat.


Kini penduduk di DUN Manek Urai sekali lagi mengajar keegoan parti UMNO-BN yang angkuh ini,walaupun kemenangan dengan majority tipis iaitu 65 undi,tapi amat memeritkan UMNO-BN.Segala senjata sudah digunakan,segala banyaknya pitis sudah di taburkan tetapi mereka tetap kempunan.Inilah hukuman kepada parti UMNO yang menolak ISLAM,sekarang ini mereka terhina dengan sehina-hinanya.Satu demi satu mereka tersungkur dalam pilihanraya kecil,ini bermakna rakyat telah berjaya meletakkan slogan satu malaysia (satu demi satu UMNO kalah dalam pilihanraya di Malaysia ini). Ternyata slogan yang di taja oleh UMNO-BN sudah menghempap tuanya sendiri.Namun begitu parti UMNO boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat dengan satu cara iaitu mendaulatkan ISLAM secepat mungkin dalam Malaysia ini,jika mereka masih teragak-agak untuk menukar dasar perjuangan kebangsaan kepada ISLAM yang syumul maka satu hari nanti parti UMNO akan di jenazah dan di muziumkan bersama kebobrokannya.

Tuesday, July 14, 2009

SELAMAT TINGGAL PULAU PAYAR 2...


……mentari pagi menonjolkan dirinya di sebalik awan mulus,seperti biasa aku sentiasa menunggu kemunculannya di hujung jeti,aku mula melabuhkan pandangan mataku di permukaan laut yang kekuningan di bias kemalapan sinaran pagi,nun jauh di sana berkedip-kedip cahaya oren dari menara Alor Setar kerna di lindungi tompokkan awan.


Alangkah tenangnya suasana pagi ini dapat membaca ayat-ayat suci al-quran dan doa al-mathurat dengan bertemankan kicauan dan jeritan burung Rawa (seperti burung merpati) yang pasti kehadirannya menceriakan lagi suasana pulau ini.Matahari melonjak semakin tinggi,kini kepanasan semakin di rasai dan terasa dinginya suasana pagi kian pergi menyembunyikan diri.Burung Rawa bergautan di pohon keruing sesekali singgah di pohon ketapang mencari rezeki yang telah di hidangkan.Ikan repoh bersaiz besar memulakan misi hakiki mengejar sekumpulan anak ikan selar untuk santapan di pagi ini.Minda ku mula berputar lembab dek kedinginan pagi sedikit demi sedikit bergerak laju memikirkan mahkluk yang bernama burung dan ikan,mereka boleh terbang bebas kemana sahaja dan boleh berenang ke serata lautan untuk mencari makanan tanpa memikirkan tentang perkara lain.Namun aku makhluk yang bernama manusia bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana ku harus mencari rezeki tetapi kelak aku pasti di tanya apakah aku taat pada yang Esa?........bersambung

Monday, July 13, 2009

TAMAN LAUT PULAU PAYAR...

Ana suka warna hijau dari warna biru...

Bukan kecantikan yang menjadi ukuran...tapi amalan yang baik

Peranan ku untuk mengembirakan hati sahabat-sahabat...

Inilah syurga dunia...


Walaupun wajahku hodoh...tapi akhlak ku terpuji





TAMAN LAUT PULAU PAYAR 2...

Kenapa kita berdua je mana yang lain ah?

Kan ana dah cakap bila kita berada dalam jemaah,sapa pun tak berani kacau...


Kenapa duk sorang-sorang jom join kami berdakwah...


Nak rehat sat...nanti kejutkan ye...


senaman sikit,lama dan xperbetul urat...





Sunday, July 12, 2009

NATRAH...

Kalaulah Natrah tahu...

Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.




PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.

Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.

Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.

Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.


TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.


Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.

Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.

Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.

"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


SETELAH gagal menjejak Natrah di Belanda, Fatini (kanan) pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989.


Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.

"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.








NATRAH meninggal dunia di Belanda pada usia 72 tahun, Khamis lalu.


"Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.

"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.

Natrah cuba bunuh suami

Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.

"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.

"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.

Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.

"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.

Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.

"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.

"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.

"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...

"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...

"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.

Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.

"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.

Friday, July 10, 2009

SELAMAT TINGGAL PULAU PAYAR



Mentari bersinar terang dan yang pasti jirusan cahayanya tetap menyinggah lembut di kulit ku yang hitam ini.Aku bersyukur inilah anugerah dari Allah SWT yang tidak ternilai untuk seluruh makhluk-Nya.Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa bersama alunan pepohon rumbia,sesekali loncatan ikan gerut-gerut dari muka air sungai Kuala Kedah menambahkan lagi serinya alam buana ini.Renungan tentang Agong-Nya alam ciptaan ini mula mengeletek hati dan lidahku mula berzikir pada-Nya.Kepelbagaian flora dan fauna dengan warna yang berbeza membuka lebih luas perspektif fikiranku pada Maha Hebat Allah SWT.


Segala hikmat telah ku rasai sekarang ini,jika dulu telah aku merancang untuk mengadakan latihan praktikal di Tok Bali,Kelantan namun di tolak dalam masa yang singkat,di saat itu aku buntu mencari arah di mana lagi untukku mencari tempat praktikal baru kerana seminggu lagi akan bermula dengan rasmi sesi latihan itu.Namun aku tetap berusaha untuk berpraktikal di LKIM Cendering,Terengganu berdekatan dengan teratak dan kampong halaman ku,di sana aku mula mengatur jadual sekurang-kurangnya sambil praktikal di situ aku boleh berjumpa dengan guruku Tuan Guru Ustaz Zainuddin Al-Bayasi dan menadah semula pengajian kitab penawar bagi hati,kitab jauhar,kitab durussamin,kitab muhimmah dan juga aku berpeluang menghadiri kuliah mingguan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di surau Flat Gelong Bilal yang berdekatan dengan rumahku.Hatiku cukup gembira dan riang seperti keriangan beburung camar yang terbang rendah di Pantai Merdeka mencari ikan belacak dan spesis sesiput.


Akhirnya keputusan rasmi sudah aku ketahui,aku terkejut dan mataku mula berpinar kerana permintaan aku untuk berpraktikal di Cendering di tolak.Namun begitu aku pasrah menerima berita itu kerana aku tahu perancangan Allah SWT lebih baik untuk diriku.Sememangnya niat untuk aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang dulunya berprogram bersama-sama mengikuti aktiviti di bawah WAjA Terengganu kini menjadi satu kenangan di kotak fikiranku,nostalgia dan kenangan berprogram bersama-sama semakin laju berputar di mindaku,ya…memang sukar untuk aku lupakan kenangan itu kerana di sanalah aku mula melatih diriku untuk menjadi fasilitator dan kelak aku boleh memberi sumbangan pada ummah seterusnya berkorban untuk mendaulatkan perjuangan ISLAM.


Pulau Payar destinasi praktikal ku selama 3 bulan,hatiku mula tawar kerana masih ada lagi sisa-sisa harapan permintaan yang sebelum ini.Namun aku kuatkan langkahan kakiku ini untuk menuju ke pulau pelancongan ini kerana sebelum ini aku sudah sampai di Pulau Payar itupun 2 tahun yang lalu.Berbekalkan sebiji beg galas yang bersaiz kecil,aku mula menuju ke pelabuhan bot yang berada di kawasan industry Mergong,Kuala Kedah.Tepat jam 9.13 minit pagi aku bertolak ke sana menaiki bot jabatan taman laut yang boleh memecut dengan kelajuan 30 knot dengan menggunakan enjin Suzuki 150 four stroke.Deruan enjin Suzuki mula menyinga kencang,aku tergelonsor kebelakang di sebabkan inersia dan momentum dari pecutan itu,selepas 15 minit jantungku mula berdenyut kencang kerana tidak pernah menaiki bot selaju ini,seketika selepas itu aku mula merasai nikmatnya hidup ini di tambah pula dengan sapaan angin semilir dari Selat Melaka.


Bot terus memecut pada tahap maksimun melanggar gelombang yang sebesar rumah teres dan sesekali terbang di udara,kini aku mula di resapi keseronakkan bersama lambungan gelombang merupakan satu pengalaman yang baru.Terus aku mengucapkan syukur pada Illahi di atas pemberian kedamaian dan ketenteraman ini.Mungkin ini lah perancang dari Nya untuk ku,alangkah indahnya hidup ini untuk aku berfikir bahawa setiap makhluk yang Allah SWT ciptakan ini tidak sia-sia malah banyak lagi keistimewaannya jika aku mengkaji dengan lebih mendalam.20 minit berlalu bot membelah Selat Melaka kelihatan samar-samar Pulau Payar dan Pulau Lembu namun tidak kelihatan pula Pulau Kaca kerana terlindung apatah lagi Pulau Segantang yang berada jauh di belakang Pulau Payar.


Asyiknya menikmati kebiruan air laut dan juga kesamaran Gunung Jerai dari tengah laut,tiba-tiba mataku di hidangi dengan aksi akrobatik dari ikan parang yang membuat luncuran di atas air seolah-olah ingin berlumba dengan bot yang aku naiki.Hari ini nasib aku kurang baik jika tidak boleh melihat dolphin yang merupakan raja akrobatik memperagakan aksinya dan sudah pasti ikan parang bukan saingannya.Setelah 42 minit berlalu membelah badaian gelombang,maka sampai lah aku di Pulau Payar yang di gazetkan sebagai taman laut.Syukur aku dan kawan-kawanku sampai dengan selamat,namun Pulau Payar tidak seperti dulu lagi kerana sekarang banyak kemudahan yang di sediakan seperti jeti,chalet,tandas dan yang paling aku suka surau pun ada di sini Alhamdulillah boleh juga solat dengan selesa.


Kepenatan mula menular ke tubuhku dan aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebelum masuk waktu zuhur.Jam di tangan ku yang berjenama Q & Q menunjukkan pukul 3.16 petang dan aku mula berkira-kira untuk turun mandi laut dan menikmati keindahan taman laut itu yang terkenal di seluruh dunia,ini kerana Pulau Payar sentiasa menerima kunjungan pelancong dari luar Negara termasuk lah dari Benua Afrika dan Negara Teluk.Berbekalkan sepasang ‘fins’(kaki itik yang di perbuat dari getah) dan’ musk ’ ,aku dan seorang kawan menuju ke hujung jeti kerana di sana airnya agak dalam dan sesuai untuk melakukan terjunan akrobatik,sememangnya aku mengemari terjunanan kebelakang dari atas pagar jeti.Cuma yang aku risau dan bimbang pada ikan banang(seperti ikan todak)jika ia terkejut maka ia boleh menusuk tubuh aku.Tapi setakat ini tidak berlaku lagi peristiwa yang tidak diingini itu,entah-entah aku orang yang pertama membuka peristiwa itu kot…


Setelah melakukan aksi akrobatik itu,aku pun berenang menuju ke kawasan terumbu karang yang di diami dengan pelbagai spesis yang menakjubkan.Hard coral,soft coral,mushroom,sponges dan,acropora merupakan tumbuhan laut yang mendominasi dan melengkapkan keindahan taman laut ini.Berenang di laut tidak sama berenang di tasik atau pun sungai kerana di laut mudah untuk terapung kerana larutan garamnya tinggi,cuba lihat Laut Mati di Jordan yang mempunyai ketepuan larutan garamnya yang paling tinggi di dunia akibat dari pembalasan kaum Nabi Luth di waktu dulu di sebabkan kemaksiatan yang di lakukan.Teknik ‘free dive’ di gunakan untuk menyentuh sendiri ‘sea anemone’(tempat tinggal ikan nemo atau clown fish),namun teknik ini amat berbahaya kepada yang mempunyai nafas pendek kerana di bimbangi akan lemas.Asyik melihat suasana dasar taman laut tiba-tiba aku terlihat ikan kerapu sebesar meja dengan matanya sebesar bola ping-pong,tetapi ia tidak membahaya kepada penyelam kerana ikan ini sifatnya pemalu.


Selain ikan kerapu banyak lagi ikan yang ada di sini antaranya ikan alu-alu(barracuda),ikan repoh,ikan jenahak,ikan banang,ikan puting nangka,ikan kipas(lion fish) dan yang paling menarik adalah ikan bayan(parrot fish) yang mempunyai pelbagai warna biru,hijau dan jingga.Selepas 2 jam 3 minit melakukan antiviti snorkeling cukup memberi 1001 pengajaran berharga kepada aku sebagai makhluk yang di gelar manusia,bahawa terciptanya makhluk-makhluk seperti ikan,terumbu karang dan lain-lain lagi sebenarnya adalah untuk manfaat kepada manusia,tetapi adakah ia boleh memberi keinsafan kepada kita ataupun sebaliknya.Sepertimana perjuangan ikan-ikan di laut yang bertarung dengan badai gelombang untuk hidup,maka begitu juga kita sebagai manusia sebagai mahkluk yang paling mulia untuk memegang amanah khalifah bagi memakmurkan alam ini dari tangan-tangan manusia yang rakus………….bersambung


“Pejuang ibarat tiram di laut,di hiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetap di pendam,sungguhpun pedih tetap di simpan,namun akhirnya dibalas dengan Mutiara Berharga”.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails