……mentari pagi menonjolkan dirinya di sebalik awan mulus,seperti biasa aku sentiasa menunggu kemunculannya di hujung jeti,aku mula melabuhkan pandangan mataku di permukaan laut yang kekuningan di bias kemalapan sinaran pagi,nun jauh di sana berkedip-kedip cahaya oren dari menara Alor Setar kerna di lindungi tompokkan awan.
Alangkah tenangnya suasana pagi ini dapat membaca ayat-ayat suci al-quran dan doa al-mathurat dengan bertemankan kicauan dan jeritan burung Rawa (seperti burung merpati) yang pasti kehadirannya menceriakan lagi suasana pulau ini.Matahari melonjak semakin tinggi,kini kepanasan semakin di rasai dan terasa dinginya suasana pagi kian pergi menyembunyikan diri.Burung Rawa bergautan di pohon keruing sesekali singgah di pohon ketapang mencari rezeki yang telah di hidangkan.Ikan repoh bersaiz besar memulakan misi hakiki mengejar sekumpulan anak ikan selar untuk santapan di pagi ini.Minda ku mula berputar lembab dek kedinginan pagi sedikit demi sedikit bergerak laju memikirkan mahkluk yang bernama burung dan ikan,mereka boleh terbang bebas kemana sahaja dan boleh berenang ke serata lautan untuk mencari makanan tanpa memikirkan tentang perkara lain.Namun aku makhluk yang bernama manusia bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana ku harus mencari rezeki tetapi kelak aku pasti di tanya apakah aku taat pada yang Esa?........bersambung
No comments:
Post a Comment