Wednesday, July 15, 2009

UMNO TERBURAI DI MANEK URAI…



Alhamdulillah setinggi-tinggi dan semaksimun syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan ini,manusia hanya berusaha semata-mata namun yang memberi kemenangan datangnya dari Allah SWT.


Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah permulaan tersungkurnya parti berfahaman kebangsaan iaitu UMNO-BN dan di susuli pula lempangan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu adalah isyarat yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan UMNO-BN sekarang ini. Bukan sahaja kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau,malah peningkatan sokongan dan undi pada PAS yang amat mengejutkan di dua bukit ini.Ternyata peranan RTM(Radio Tipu Melayu) dan TV3 suku yang merupakan senjata ampuh rupa-rupanya mentiga-sukukan lagi parti UMNO-BN ini.Itulah gambaran jelas kepada kita bahawa mana-mana pemimpin yang menolak ISLAM mereka akan jatuh dengan hina dina.Apa lagi yang boleh di harapkan pada parti UMNO-BN bak kata pepatah “harapkan pagar,pagar makan padi” .
Bedilan dari dua bukit ini merupakan permulaan siri kejatuhan kerajaan UMNO-BN yang di bina di atas landasan rasuah yang selama ini membarah dan kini menunggu detik-detik akhir hayatnya di bawah Dinasti Najib.Kekalahan di dua bukit ini menyebabkan kerajaan UMNO-BN semakin tenat.


Ternyata slogan baru iaitu satu Malaysia tidak boleh membeli undi rakyat,ini kerana rakyat sudah pandai menilai corak kepimpinan kerajaan secular ini.Di sebalik serangan demi serangan di halakan kepada negeri-negeri pakatan rakyat dengan menggunakan media massa,rupa-rupa mereke takut dan kecut untuk masuk bertanding, ini terbukti dengan pilihanraya di DUN Penanti,Penang.UMNO-BN takut pada bayangan hantu altantuya yang sedang menanti di Penanti.Apa yang pasti mereka memberi pelbagai alasan jika mereka masuk bertanding,mereka kata membazir.Sejak bila UMNO-BN tahu maksud pembaziran sedangkan merekalah yang selama ini menggunakan jutaan duit rakyat untuk kemenangan parti mereka,parti UMNO sendiri mana berduit jika tidak mengaut duit rakyat.


Kini penduduk di DUN Manek Urai sekali lagi mengajar keegoan parti UMNO-BN yang angkuh ini,walaupun kemenangan dengan majority tipis iaitu 65 undi,tapi amat memeritkan UMNO-BN.Segala senjata sudah digunakan,segala banyaknya pitis sudah di taburkan tetapi mereka tetap kempunan.Inilah hukuman kepada parti UMNO yang menolak ISLAM,sekarang ini mereka terhina dengan sehina-hinanya.Satu demi satu mereka tersungkur dalam pilihanraya kecil,ini bermakna rakyat telah berjaya meletakkan slogan satu malaysia (satu demi satu UMNO kalah dalam pilihanraya di Malaysia ini). Ternyata slogan yang di taja oleh UMNO-BN sudah menghempap tuanya sendiri.Namun begitu parti UMNO boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat dengan satu cara iaitu mendaulatkan ISLAM secepat mungkin dalam Malaysia ini,jika mereka masih teragak-agak untuk menukar dasar perjuangan kebangsaan kepada ISLAM yang syumul maka satu hari nanti parti UMNO akan di jenazah dan di muziumkan bersama kebobrokannya.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails