Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..
Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007..
“Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.
“Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.
“Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu ‘pasukan pertahanan kawasan’ dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai � parang, kayu, batang besi dan botol�
“Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar�
“Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ�”
(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).
Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.
‘Versi rasmi’ menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.
‘Semuanya karut’
Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.
Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.
Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu � yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini � mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.
“Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya,” kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.
“Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).
“Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan,” kata aktivis sosial dan pendidikan itu.
Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ‘coup d’etat’ atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu � yang disokong oleh polis dan tentera � untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
Plot menumbangkan Tunku
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan ‘samseng Melayu’ yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.
Sebagai contohnya, kata beliau, “sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru” pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara � satu petanda wujudnya komplot mengenainya.
Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).
Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak � ‘untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku’.
Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.
“Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa,” katanya.
Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.
“Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu,” soalnya.
Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: “Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa�saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa.”
Jumlah korban tidak diketahui
Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.
Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.
Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.
Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.
Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.
“Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.
“Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera,” katanya.
Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.
Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.
“Ia tidak berlaku macam itu,” tambahnya.
Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: “Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja”.
Sumber SINI
Bersantailah Pula Dengan Keindahan Alam Ciptaan Allah Yang Maha Kuasa
Monday, August 13, 2012
Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat sunat terawih adalah bid'ah ?
Adakah harus dibaca surah al-Ikhlas setiap empat rakaat solat Tarawih dan adakah harus berselawat ke atas Nabi SAW selepas setiap dua rakaat solat Tarawih?
Jawapan :
Sudah menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia membaca surah al-Ikhlas dan berselawat ke atas Nabi SAW dalam melaksanakan solat Tarawih. Jesteru itu, marilah kita renung perbahasan hukum berhubung perkara tersebut:
Sunday, August 12, 2012
Semakin ramai muslim di Russia
1. Lapan dari sepuluh orang warga Sub Sahara Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara menyatakan posisi agama sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Hanya enam dari sepuluh negara dari Timur Tengah, Afrika, dan negara bekas Uni Soviet seperti Rusia, yang mengatakan demikian.
2. Di Timur Tengah dan Afrika Utara, Muslim berusia 35 ke atas lebih lebih cenderung berbanding kalangan muda.
3. Dari 39 negara yang dibuat kajian, jumlah lelaki yang solat berjamaah di masjid lebih banyak berbanding perempuan. Justeru itu, kemungkinan dipengaruhi nilai sosial.
5. Sembilan dari sepuluh muslim menyatakan ia memeluk Islam kerana faktor keturunan.
6. Jumlah mualaf terbesar berasal dari Rusia. "Jumlah mualaf di Rusia mencapai 7%. Mereka inilah yang akan menaikan populasi muslim di seluruh dunia," ujar James Bell.
Wednesday, August 8, 2012
'Arakan jadi Gaza kedua'
Tegasnya, kesungguhan yang ditunjukkan melibatkan isu kepungan ke atas Gaza perlu ditunjukkan sekali lagi dalam menangani isu kezaliman ke atas minoriti Rohingya di Burma.
"Wilayah Arakan yang didiami etnik Rohingya yang beragama Islam kini terkepung, seakan-akan kepungan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap Gaza," tegas Mohd Azmi.
Beliau yang baru pulang dari Burma untuk lawatan tinjauan dan menggerakkan bantuan kepada etnik Rohingya menegaskan bantuan perlu segera dihantar dan menggesa semua yang prihatin menghulurkan bantuan dan turut menggesa peranan lebih aktif kerajaan Malaysia.
Dalam satu wacana isu Rohingya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam, Mohd Azmi memberitahu hasil tinjauan di Burma mendapati kes-kes tangkapan dan pembunuhan Muslim Rohingya kini berada pada tahap yang kritikal, malah mereka yang terselamat atau menjadi pelarian berdepan suasana hidup atau mati ekoran kekurangan makanan dan keperluan asas lain.
Jelasnya lagi, kekejaman dan kempen membenci etnik Rohingya yang beragama Islam didasari atas satu sentimen keagamaan penganut Buddha di Burma, yang melihat minoriti Muslim di sana sebagai satu ancaman demografik sehingga sami Buddha turut terlibat dalam kempen anti-Muslim Rohingya.
Dasar menghapuskan minoriti Muslim Rohingya merupakan sesuatu yang terus dijalankan oleh pemerintah Burma, walaupun kononnya telah menjadi semakin terbuka, kata Mohd Azmi lagi.
"Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Burma pada masa ini tidak lebih daripada satu tindakan yang kosmetik," tegas Mohd Azmi.
Lebih memburukkan keadaan, pelarian dihalang daripada memasuki negara jiran Bangladesh dan kerajaan negara itu kini mengharamkan badan-badan bukan kerajaan daripada membantu pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh, atas alasan menggalakkan pelarian Rohingya memasuki negara jiran Burma itu.
Menurutnya, pilihan utama sekarang ialah menghantar sendiri dan mengedarkan makanan kepada mangsa kempen penghapusan di Burma, yang dijangka akan berdepan pelbagai halangan daripada pihak berkuasa negara itu.
Beliau menggesa sumbangan untuk segera memulakan misi menghantar bantuan makanan ke Arakan untuk menangani krisis kemanusiaan yang sedang melanda minoriti Muslim di sana.
Bantuan boleh disampaikan kepada akaun Bank Islam 12047010037282, milik Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia.
Tuesday, August 7, 2012
Menu berbuka puasa lain-lain negara.
Pakistan
Jordain
India
Saturday, August 4, 2012
Lagi Bekas Pegawai Kanan Polis Akan Sertai PAS ,
Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".
"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.
"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.
Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.
Pengumuman dijangka Ogos atau September
PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.
"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.
"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.
Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.
Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk
Thursday, August 2, 2012
Gandakan Sedekah Di Bulan Ramadhan
GANDAKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ، ﻭﺍﳊﻤﺪ ﷲ ، ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ، ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﺍﻻﻩ
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Bulan Ramadhan merupakan medan pahala yang terkumpul dalamnya khazanah kelebihan yang tidak terhitung dan tidak dapat dinilai dengan harta benda. Segala macam kelebihan dan kebajikan terkumpul dan dilipatgandakan ganjarannya di bulan yang suci lagi
mulia ini. Dalam bulan Ramadhan ini, nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas hambaNya lebih luas lagi berbanding bulan-bulan yang lain.
Alangkah ruginya seorang muslim itu jika dia tidak merebut peluang segala kelebihan dan kebajikan yang sangat istimewa yang terdapat dalam bulan Ramadhan, yang hanya hadir setahun sekali, iaitu dengan berusaha meningkatkan amal ibadat termasuk
memperbaiki akhlak dan budi pekerti.
Walaupun umat Islam sentiasa dituntut supaya meningkatkan amal ibadat pada setiap masa, namun bulan Ramadhan merupakan waktu terbaik untuk melipatgandakan amalan yang biasa dikerjakan atau memulakan langkah mengerjakan suatu amalan yang sebelum itu jarang ataupun belum pernah dikerjakan. Antara amalan yang perlu diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan ialah amalan bersedekah.
Bulan Ramadhan Waktu Paling Afdhal Untuk Bersedekah
Tiada ikutan terbaik yang paling layak dan paling utama dicontohi atau diteladani oleh manusia selain daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”. (Surah al-Ahzab: 21)
Oleh kerana itu, cara terbaik bagi menjalani bulan Ramadhan ini ialah dengan menghayati dan meneladani bagaimana sikap dan sifat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika berada di bulan tersebut.
Menurut riwayat hadits-hadits shahih yang dikhabarkan kepada kita melalui para sahabat Baginda, selain meningkatkan amal ibadat Baginda di bulan rahmat ini, sifat serta akhlak Baginda yang sangat mulia lagi luhur dan tiada bandingnya itu pun turut sama meningkat lebih tinggi daripada dalam bulan-bulan yang lain.
Antaranya yang diberitakan oleh para sahabat ialah sifat murah hati serta dermawan Baginda yang sememangnya merupakan makhluk yang paling pemurah itu bertambah-tambah lagi pemurahnya ketika berada di bulan Ramadhan. Ini jelas termaktub dalam riwayat hadits-hadits shahih yang menceritakan bagaimana ringan serta cepatnya tangan Baginda yang mulia itu menghulurkan bantuan atau pemberian seperti sedekah dan sebagainya di bulan Ramadhan. Umpamanya hadits yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril ‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam). Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘ dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup”.
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah ketika mensyarahkan hadits ini, maksud “sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup” itu ialah betapa pantas dan ringannya tangan Baginda menghulurkan pemberian serta tidak putusnya limpahan kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.
Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, hadits ini merupakan seruan serta anjuran kepada umat Islam supaya menanamkan sifat pemurah dan sentiasa mengamalkan sifat pemurah itu pada setiap detik dan ketika, dan sunat meningkatkan sifat pemurah tersebut dalam bulan suci Ramadhan sebagai mencontohi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Maka berdasarkan hadits ini, para ulama telah mengambil kesimpulan bahawa waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah dalam bulan Ramadhan, terutama sekali pada sepuluh hari terakhir bulan tersebut.
Menurut ulama, keutamaan dan keistimewaan bersedekah di bulan Ramadhan itu adalah kerana kemuliaan bulan Ramadhan itu sendiri, ditambah lagi dengan keadaan orang-orang fakir yang kekurangan tenaga untuk mencari pendapatan akibat keletihan dan kelaparan kerana berpuasa.
Ini dikuatkan lagi dengan keperibadian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan yang mana sifat pemurah Baginda pada waktu tersebut diumpamakan oleh sahabat Baginda sebagai lebih pemurah daripada limpahan angin yang membawa rahmat dan manfaat kepada siapa sahaja yang terkena hembusannya. Diikuti pula selepas itu, afdhal bersedekah pada hari-hari kebesaran dan kemuliaan Islam yang lain, seperti Hari Jumaat, sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan kedua Hari Raya ‘Idil Fitri dan ‘Idil ‘Adha.
Bagaimanapun, harus diambil perhatian di sini bahawa pemilihan waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ini bukanlah satu anjuran supaya kita melewatkan sedekah itu sehingga masuk bulan Ramadhan atau sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah atau lain-lain yang disebutkan tadi.
Bahkan amalan bersedekah itu adalah dituntut untuk disegerakan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Akan tetapi, ia lebih merupakan dorongan untuk memperbanyakkan sedekah pada waktu-waktu tersebut kerana sedekah pada waktu-waktu berkenaan lebih besar ganjaran serta faedahnya.
Sebagai hamba Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang sentiasa mengharapkan rahmat serta keredhaanNya, kita sewajarnya mencari apa sahaja jalan yang akan mengangkat darjat kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Jalan terbaik untuk mencapai hasrat tersebut ialah dengan meneladani kekasihNya iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menduduki darjat tertinggi disisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu pun sentiasa merebut peluang untuk mencari keredhaanNya sebagai luahan rasa syukur Baginda atas segala kurniaanNya, jadi bagaimana pula kita yang merupakan hambaNya yang kerdil dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa ini?
Jadi rebutlah peluang untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya dan jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2012/bil18.pdf

Memahami Gerakan Janin: Mengapa Janin Menghisap Ibu Jari
Janin Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menggeliat pada pagi hari mampu membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang. [mingguan wanita]