Menghisap ibu jari bukan saja dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan ibu juga boleh melakukan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apabila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat makanan diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta.
Janin Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menggeliat pada pagi hari mampu membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang. [mingguan wanita]

No comments:
Post a Comment