Monday, February 20, 2012

Isu Hudud Sudah Tidak Laku Bagi Kaum Cina

Kuala Lumpur : Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.

Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.

Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.

Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar.

Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.

Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu.

Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia.

"Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya.

Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat.

Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat.

Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian,
audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini.

Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini.

"Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum.

"Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau. -HD

Sunday, February 19, 2012

PANAS!! 'Buku Jingga' palsu diedar pula oleh UMNO?



Biarpun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.


Dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang tiba-tiba diangkat sebagai hero oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO bila beliau mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda

Namun.. masih ada gerombolan dalm UMNO/BN yang takut dengan apa yang terkandung dalam ‘Buku Jingga’ itu, hinggakan mereka terpaksa mengeluarkan ‘Buku Jingga’ palsu untuk diedarkan pula..

Buku Jingga atau flyers yang diberikan tajuk Buku Jingga ini, telah di temui oleh seorang sahabat setelah beliau selesai menunaikan solat Jumaat semalam di Jejantas pejalan kaki dari Pudu Sentral menghala ke KFC (bukan NFC)

Dimuka hadapannya tertulis diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat bukannya diterbitkan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terdapat pada Buku Jingga sebenar.

Tujuan ditulis diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat sudah tentu untuk memudahkan pengedarannya, kerana jika ditulis terbitan UMNO atau BN, tak ramai yang mahu menerimannya bila diedarkan malah menjauhinya.

Kandungannya adalah propaganda murahan pihak UMNO/BN yang cuba mahu memperbodohkan rakyat, kebanyakannya tanpa fakta dan bercanggah dengan fakta.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saturday, February 18, 2012

Ulat bulu paling beracun!!!



1. The Saddleback Caterpillar






2. The Cinnabar Moth Caterpillar






3. The Monarch Caterpillar






4. The Gypsy Moth Caterpillar






5. The Bag Shelter Caterpillar






6. The Puss Caterpillar







7. The Stinging Rose Caterpillar






8. The Hickory Tussock Caterpillar






9. The Io Moth Caterpillar






10. The Spinny Oak Slug Caterpillar




Friday, February 17, 2012

Diugut Bakar Rumah Kerana Perdengar Bacaan Al-Quran


KOTA BHARU: Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Lebuh Raya Salor dekat sini, menerima ugutan.

Mangsa yang dikenali sebagai Hassan berusia 50-an memberitahu, dia menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar sekiranya alunan ayat suci al-Quran tersebut terus diperdengarkan ketika awal pagi.

Menurutnya, surat berbaur ugu­tan berkenaan diletakkan dalam peti surat rumahnya yang terletak bersebelahan madrasah itu dan disedari selepas pulang daripada bersarapan jam 7.30 pagi pada 31 Januari lalu.

“Berdasarkan surat itu, ada di antara individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara kami memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh. Bacaan kira-kira 15 minit sebelum azan ini dikatakan mengganggu orang yang masih tidur termasuk anak-anak kecil,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Muhamad Yusof berkata, Jaheaik pernah menyiasat berhubung perkara itu dan tidak melarang supaya berhenti memasangnya.

Bagaimanapun katanya, bermula semalam pihaknya memperlahankan alunan bacaan tersebut kerana mengambil kira daripada penerimaan surat tersebut.

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3..




Tercari-cari aku berita atau laporan tentang perkara ini di dalam Utusan Online, tapi tak aku jumpa.. begitu juga dalam berita Bulletin Utama tak juga disiarkan laporan ini.. mengapa agaknya??


Adakah kerana Najib takut untuk menyahut cabaran debat oleh Anwar Ibrahim maka debat antara Guan Eng dan juga Soi Lek ini perlu disembunyikan dari pengetahuan penyokong tegar UMNO yang membaca Utusan dan menonton TV3??


*******************************************

Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu
Jumaat Februari 17, 2012

PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi.

Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Michael Yeoh berkata, debat tersebut akan berlangsung selama sejam.

Moderator debat antara dua tokoh itu ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

mStar

Tarikh Pilihanraya Umum Bukan Lagi Rahsia

Ahmad Zawawi
http://3.bp.blogspot.com/-iMAa-AuWABc/TyYtAxw7QPI/AAAAAAAAK6w/EVdA9v4krXg/s1600/Pilihanraya%2BUmum%2Bke%2B13.jpg
Penggal Parlimen ke Dua Belas akan tamat pada April 2013. Pilihanraya Umum berikutnya boleh diadakan selepas ia berusia tiga tahun ataupun sampai cukup tempoh lima tahun untuk bubar Parlimen. Dalam perkiraan politik jika Parti yang memerintah menunggu sehingga cukup tempoh baru hendak dibubar Parlimen itu bermakna ia didalam keadaan cukup lemah untuk berdepan semula dengan rakyat.


Walau bagaimanapun suasana semasa belum memberi izin untuk diadakan pada waktu terdekat. Bantuan RM500 kepada rakyat yang layak yang sepatutnya telah selesai pada pertengahan Februari, 2012 masih belum beres dan ini tidak termasuk Rayuan dari pihak-pihak yang permohonan ditolak.

Petunjuk yang jelas juga perlu dinilai daripada Debat antara Setia Usaha Agong (DAP) dengan Presiden (MCA) yang bakal dizahirkan oleh pihak mereka pada hujung bulan ini. Jika reaksi daripada rakyat menyatakan bersetuju kepada sistem ” Dua- Parti “ diujudkan diMalaysia, persediaan menghadapi PRU ke 13 tentunya lebih sophisticated. Setidak-tidaknya janji-janji nak bagi bulan dan nak bagi bintang perlu dikeluarkan daripada Agenda Kempen nanti. Masa untuk melakukan persediaan kepada trend baru ini sekurang-kurangnya tiga bulan. Ini bererti ia akan dapat dibereskan pada pertengahan Mei.

Bagaimana pula dengan demand Bersih 2.0 tentang penambahbaikan sistem mengundi. Apakah Jawatankuasa yang dibentuk berjaya dalam misinya pada pertengahan Mei juga? Jika pun benar begitu keputusan untuk menerima cadangan-cadangan Jawatankuasa tersebut perlu juga diperhalusi dahulu sebelum boleh dijadikan peraturan. Proses tersebut pula perlu tempoh tiga bulan lagi.

Bagaimana pula dengan Isu besar NFC RM250 Juta? Jika benarlah cara memulangkan balik wang Peruntukan tersebut tidak menjadi satu kesalahan, sudah tentu pihak yang berkenaan memerlukan satu tempoh yang bersesuaian untuk melangsaikannya. Dan proses ini mungkin boleh selesai sebelum akhir tahun. Tambahan lagi jika ada ramalan banjir pada Nobember dan Disember nampaknya PRU ke 13 akan hanya diadakan setelah Penggalnya betul-betul matang. Dengan yang demikian tarikh Pilihanraya Umum ke 13 bukan rahsia lagi. Nampak gayanya Siti Nurhaliza sahajalah yang boleh berkata “ Biarlah Rahsia”.

Thursday, February 16, 2012

kenyataan Penuh Anwar Ibrahim dalam isu Palastin

Anwar: Saya dokong perjuangan rakyat Palestin


KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street Journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata pendirian beliau selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Sehubungan itu katanya, isu mengenai tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan perlu diberikan kepada rakyat Palestin, bukanlah perkara baru.

“Saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

“Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri Palestin,” kata Anwar

Anwar berkata, beliau memahami pendirian Pas mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Pemimpin Umno bermuka-muka

Katanya, keadaan itu berbeza dengan Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro Palestin di negara ini, bagi mencapai matlamat politik sempit mereka.

“Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan,” kata Anwar.

Menurutnya lagi, rakyat tidak lupa apabila pentadbiran perdana menteri melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah katanya, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan memfitnah beliau juga pernah bertemu perdana menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

“Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro,” ujarnya.

Sokongan untuk Hamas dan Fatah

Menurut Anwar, rakyat Palestin setiap hari menanggung derita dan menyabung nyawa bagi menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.

Tambah beliau, 80 peratus rakyat Palestin memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan manakala lebih separuh isi rumah hanya makan sekali sehari, sementara lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

“Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai,” ujar bekas timbalan perdana menteri itu.

Menurut Anwar, selepas pertemuan dengan pemimpin Palestin, Khalid Mashaal di Qatar baru-baru ini, beliau mengulangi dokongan kuat terhadap perjuangan Palestin melalui pertubuhan Hamas dan Fatah.

“Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama di Doha hari ini.

“Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf,” ujarnya.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.



sedutan ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia
Muktamar DPPM kali ke 52
[ Memimpin Kebangkitan Anak Muda ]
Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

Saudara sidang muktamirin sekelian.

1. Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.

2. Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.

3. Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

4. Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.

5. Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.

6. Students power” dan peranan strategik mahasiswa selaku ‘the third force’ dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.

7. Mahasiswa dilayan seumpama ‘rakyat kelas kedua’ apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir “Napoleon Kecil” yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.

8. Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.

9. DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.

10. Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


11. Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.

12. Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai “tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti” sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).

13. Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).

14. Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata?

15. DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

16. Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran “pewaris kepimpinan negara” yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.

Kegagalan DEB: UMNO BN Tak Pandang Serius Teguran Raja Muda Perak

DEB Gagal: Teguran Istana Takkan Dipeduli Umno/BN

SHAH ALAM : Kerajaan Umno/BN tidak akan sesekali beri perhatian terhadap sebarang teguran untuk penambaikkan pentadbirannya biarpun teguran tersebut datangnya dari orang kuat istana, ujar Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad.

Semalam, Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran kerana kemungkinan terdapat penyelewengan di peringkat perlaksanaanya.

"Saya sifatkan teguran itu sangat bertepatan. Orang politik sudah lama tegur, Ketua Audit juga selalu dan sekarang orang istana pula yang memberi teguran kepada kerajaan.

"Kita berharap dengan teguran ini dapat membawa penambahbaikkan dalam perlaksanaan dasar kerajaan," tegas Idris yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Bagaimanapun beliau meragui teguran ini akan diberi perhatian ekoran segala teguran yang berlandaskan fakta dan angka sekalipun tidak pernah diperduli oleh Umno/BN malah segala teguran itu sering diperlekehkan mereka.

"Sebaliknya kita memerlukan transformasi politik dan juga perubahan sikap di kalangan kepimpinan negara.

"Sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat telah terbukti dan teruji mentadbir negeri yang diperintah dengan baik," ujar Idris yang turut menjelaskan Pakatan berjaya mentadbir walaupun terdapat kekangan sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat.

Idris turut bersetuju dengan kenyataan Raja Dr Nazrin bahawa kegagalan DEB merupakan kesan daripada pemimpin yang tidak amanah mentadbir dana yang seharusnya disalurkan untuk kebaikan dan keuntungan rakyat.

Katanya selain amalan rasuah, amalan kronisme, sogokan dan salah guna kuasa telah menjadi budaya dikalangan pemimpin dan pentadbiran Umno/BN sehingga tidak lagi mampu dibendung.

"Sejak dari RMK1 hingga ke RMK10, kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM 1.2 trillion dan setiap RMK diberi dana besar untuk membela rakyat yang susah yang kebetulan majoritinya Melayu.

"Malangnya DEB sentiasa gagal akibat pemimpin yang korup. Mereka hanya ingat rakyat menjelang PRU dan selepas menang mereka lupa rakyat dan berpaling mengutamakan kroni-kroni mereka," jelas Idris kesal.

Bagaimanapun, Idris yakin rakyat kini sudah mampu memilih antara pentadbiran yang telus membela rakyat dan kerajaan yang hanya bekerja mengikis harta dan khazanah milik rakyat.

"Kita lihat sahaja negeri Kelantan yang mana pada tahun 1990 berada di tangga ke-dua kedudukan negeri termiskin. Namun kini Kelantan sudah menurun kedudukannya dan menduduki tangga ke-enam.

"Sebaliknya Sabah menduduki tangga teratas diikuti Terengganu walaupun kedua-dua negeri pentadbiran Umno/BN ini kaya dengan sumber hasil bumi petroleumnya," akhiri Idris. -tvsnews



Raja Nazrin: 'DEB tidak berdosa, berdosa pelaksana'


KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa,

yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan. Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.
Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis.

Raja Nazrin turut melahirkan rasa kesal kerana ada individu yang bersifat "pagar memakan padi" yang telah menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah.

"Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sedia ada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam... berpegang kepada konsep iman dan
takwa," titah baginda.

Idea wakaf korporat sudah pun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga ummah tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehinggalah akhirnya ia berkubur akibat manipulasi penjajah, titah baginda.

Konsep ini telah dibuktikan kejayaannya di negara ini melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 yang boleh dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas.

Menurut Baginda, bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada mereka yang menghayati semangat Fisabilillah.
- Bernama

Wednesday, February 15, 2012

Penantian 30 Tahun Untuk Dapat Geran Tanah Berakhir Apabila PR Memerintah

Sabak Bernam : Umur Rasib Ghazali sudah mencecah 72 akan tetapi, harapan penduduk Kampung Hala Cara Baru itu untuk mendapat geran tanah bagi tapak rumahnya tidak kesampaian hingga semalam.

Penantian Rasib dan 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam selama lebih 30 tahun berakhir apabila mereka diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah, oleh Kerajaan Selangor.

Perasaan lega dan gembira jelas kelihatan di wajah Rasib dan penerima-penerima lain dari kampung Kampung Nelayan Haji Dorani, Kampung Jalan Pantai Sekendi dan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang.

"Hampir-hampir 30 tahun lah. 30 tahun saya tunggu tak dapat-dapat. Sampai sekarang dah dapat Alhamdulillah," kata Rasib apabila ditemui di dalam majlis penerimaan borang tersebut di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata pemberian geran kepada pemilik tanah yang sah adalah usaha berterusan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu bersikap adil kepada rakyat yang sudah berpuluh tahun menanti tetapi masih belum mendapat geran tanah. Di sesuatu kawasan, mereka sebagai pemilik yang sah. Inilah antara usaha dan janji kita kepada rakyat Selangor.

"Kita dapati dari kajian kita bukan sedikit. Lebih daripada 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor akan menerima geran sah (notis 5A) milik kepada mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Borang Notis 5A Dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor.

Seorang lagi penerima Rahani Siran, 71, dari Kampung Hala Cara Baru berkata, beliau menanti saat itu lebih dari 20 tahun dan berasa amat gembira pada hari ini.

"Tinggal kampung di sana tu dalam tahun 1989, dalam 22 tahunlah," katanya.

Seorang lagi, Mohd Sulaiman Yunus, 74, dari Kampung Nelayan Haji Dorani mengungkapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

"Alhamdulillah sangatlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi notis 5A dan kebenaran untuk saya menduduki tanah Kampung Nelayan ini dan masalah ini selesailah," kata Mohd Sulaiman.

Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan bayaran premium hingga ke RM1,000 kepada penerima geran dan sekiranya masih tidak mampu menjelaskannya, mereka tetap dibantu oleh Tabung Kebajikan.

Pada majlis yang sama seramai 120 pewaris turut menerima RM1,500 seorang dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

"Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhannya dan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana mereka semua adalah rakyat Selangor. Mereka berhak mendapat geran tersebut," kata Abdul Khalid semasa memberi sumbangan SMUE. -tvsnews

Tengok ni Gambar baek punya !!




Caya la lu apek , ....... Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'.

"Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri,"perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,

Ayuh kita ikut contoh Apek ini, kita pakat pangkah PR dan tolak BN kasi tumbang BN untuk tawan Putra Jaya.

Tuesday, February 14, 2012

Najib gelabah selar Negara Berkebajikan


http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgTindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyelar konsep Negara Berkebajikan yang diutarakan PAS memperlihatkan beliau ‘menggelabah’ dalam menafikan konsep berkenaan sebagai suatu konsep yang sangat baik.

Malah, tuduhan kononnya konsep Negara Berkebajikan akan menyebabkan kegawatan ekonomi adalah suatu kenyataan yang dangkal dari seorang Perdana Menteri
Demikian kata pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob kepada Harakah ketika diminta mengulas kenyataan Najib 7 Februari lalu.


Najib dalam satu laporan Malaysiakini, antara lain berkata, negara yang mencuba model Negara Berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.
Najib berkata, dasar BN menyediakan jaringan keselamatan sosial, yang berbeza daripada dasar negara kebajikan yang diamalkan di beberapa negara Eropah.

Mengulas lanjut, Dr Rosli berkata, Negara Berkebajikan yang dilihat pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, sangat amat menjadi ikutan dan memakmurkan negara selain pemacuan ekonomi yang sangat jitu.
Di zaman Umar Abdul Aziz, pemerintahan selama dua tahun setengahnya menjadikan rakyat menikmati hasil ekonomi yang sama rata dan mereka berebut- rebut untuk menyerahkan zakat kepada kerajaan, katanya.

Dr Rosli berkata, idea Negara Berkebajikan yang mahu dijalankan PAS bukanlah meniru negara kebajikan yang dijalankan di Amerika Syarikat yang menyebabkan rakyatnya terlalu bergantung kepada kerajaan.
Sebaliknya kata Dr Rosli, Negara Berkebajikan yang mahu dijalankan PAS adalah sebuah konsep negara yang memberikan ruang ekonomi yang sama rata kepada seluruh rakyatnya.

Dalam konsep ini, rakyat boleh menjana pendapatan dengan kemahiran dan kebolehan yang mere- ka ada di samping kerajaan membuka peluang yang baik kepada mereka, katanya.

Tidak seperti yang dilakukan oleh kerajaan Umno- BN sejak dahulu yang mana mereka mengamalkan dasar ekonomi monopoli yang menyebabkan hanya kroni sahaja mampu untuk mendapat peluang meraih kekayaan negara, katanya.

Sistem monopoli ekonomi yang diamalkan kerajaan hari inilah sebenarnya yang menyebabkan kegawatan ekonomi, bukan kerana jika mengamalkan Negara Berkebajikan, katanya.

Mana tidaknya, kata Dr Rosli, kerajaan memberi peluang hanya kepada kroni Umno-BN sahaja dalam mengawal bekalan beras, gula, perniagaan kereta (permit import) dan pelbagai kontrak kerajaan.
Ia menyebabkan, rakyat yang berpotensi tidak mampu untuk mendapat peluang menceburi bidang tersebut kerana ianya sudah dimonopoli oleh kroni pimpinan negara, katanya.

Sistem monopoli ini juga, kata Dr Rosli, menyebabkan rakyat terpaksa membayar pada harga yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan mahu pun barangan.
Ia menyebabkan rakyat semakin tertekan, ditambah lagi dengan sistem cukai kerajaan yang tidak efisyen, katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan dasar insuran kesihatan yang sedang diperkenalkan kerajaan hari ini yang hanya akan menyebabkan manipulasi terhadap per khidmatan kesihatan.

Hal ini berlaku di Amerika Syarikat dengan hospital swasta kebanyakannya mengenakan caj yang tinggi kepada rakyat Amerika dalam mendapatkan rawatan kesihatan melalui kad kesihatan ini, katanya.
Natijahnya, kerajaan terpaksa menanggung beban yang tinggi terhadap bayaran khidmat kesihatan yang dikenakan ke atas rakyat oleh hospital, katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat menerima konsep Negara Berkebajikan yang diutarakan PAS bagi menjamin kesejahteraan, keamanan dan kegemilangan kepada ekonomi dan sosial negara.

"Jika tiada rakyat yang miskin tegar seperti zaman Umar Abdul Aziz, insya- Allah negara akan selamat dan mampu memacu ekonomi yang jauh lebih baik," katanya.

Israel : Tok Guru Nik Aziz Gesa DS Anwar Tarik Balik Kenyataan Atau Saman WSJ

KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Sunday, February 12, 2012

Sesat: Pemuda PAS sedia debat dengan Ahmad Said

Harakahdaily, 12 Feb 2012

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Pemuda PAS Terengganu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Perhubungan Umno negeri dan juga Menteri Besar yang menyatakan PAS ialah ‘Parti Ajaran Sesat’.

“Sesiapa sahaja boleh juga menuduh Umno sebagai United Musyrik National Organization.

“Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Ahmad,” tegas ketuanya, Mohd Nor Hamzah (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk “Mat Said mempertikaikan hukum liwat” yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syarei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003.

Katanya, pertikaian Ahmad tentang peruntukan dalam enakmen itu juga menggambarkan sikap beliau yang menghina enakmen itu dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatanganinya.

Menurutnya lagi, sikap Ahmad yang mempertikaikan enakmen itu juga menolak pandangan ijmak ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata Ahmad mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat ijmak ulama.

Tambahnya, tuduhan jahat Ahmad terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin Umno.

Katanya, isu NFC, penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat Umno untuk mempermudahkan rakyat menggantikan Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tuduhan Ahmad yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara dalam masyarakat.

Menurutnya, tuduhan itu bukan sahaja menafikan dan mempertikaikan sistem demokrasi yang diamalkan dan pihak Pendaftaran Pertubuhan dalam negara, tetapi juga menghina sejuta ahli PAS dan jutaan penyokong dan pengundi PAS yang terdiri daripada ulama, tuan guru-tuan guru, pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional, ustaz-ustazah, guru-guru, petani-petani, nelayan-nelayan, anak-anak muda dan mahasiswa.

Tambahnya lagi, tuduhan jahat itu juga menghina dan mencerca ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, jiran-jiran yang mempunyai hubungan erat dengan ahli Umno.

“Kami yakin ahli-ahli Umno juga tidak setuju dan marah dengan tuduhan dan tohmahan sebagai penganut ajaran sesat dikaitkan kepada mana-mana peribadi yang mempunyai hubungan dengan mereka.

“Oleh itu, kami menyeru ahli Umno supaya menentukan sikap ‘tidak setuju’ kepada Ketua Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Umno dalam Pilihanraya Umum ke 13 iaitu ‘PAS Ganti Umno’ (PGU),” katanya lagi.

Beliau menambah, tuduhan Ahmad juga menggambarkan sikapnya yang cuba mempertikaikan kewibawaan Ashabul Samahah Mufti-Mufti dan penguatkuasa syariat yang boleh membuat penyiasatan dan pendakwaan ke mahkamah syarei terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat.

Justeru, ujarnya Ahmad Said boleh mengarahkan jabatan yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap tuduhannya.

“Tetapi PAS merupakan parti politik yang berdaftar telah melayari bahteranya menjangkau 60 tahun dengan sokongan ulama dan tok guru-tok guru pondok, bahkan beberapa peribadi yang telah memegang jawatan mufti seperti Almarhum Datuk Ishak Baharom,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau Umno pernah diharamkan oleh mahkamah.

PAS juga, katanya pernah bersedia untuk berdebat dengan ulama Umno tetapi perdebatan itu telah dibatalkan oleh kerajaan dengan sikap bacul dan pengecut.

Tegasnya, Pemuda PAS negeri menyokong kenyataan yang dibuat oleh Datuk Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang telah cukup tempoh untuk Ahmad menarik balik kenyataannya dan memohon maaf pada hari ini.

“Kami bersedia berdebat dengan Datuk Seri Ahmad Said di medan yang terbuka agar rakyat boleh membuat keputusan dan menentukan sikap dalam Pilihanraya Umum ke 13,” ujarnya.

Di samping itu, jelasnya Pemuda PAS Negeri akan membuat laporan polis dan tindakan mahkamah terhadap tuduhan jahat itu agar tidak berulang dan dilakukan oleh mana-mana pemimpin Umno.

Hubungan Kita Dengan Baginda S.A.W

Hubungan kita dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah hubungan yang menyeluruh.

Sudah tentu, hubungan paling utama adalah hubungan Spiritual kerana kebersamaan kita dalam mentauhidkan Allah.

Hubungan itulah juga yang menjadikan kita bersaudara dengan Anbiya’ dan Rasul yang lain sama ada mereka itu Bani Israel atau apa-apa sahaja bangsa yang menghuni alam ini.

FIZIKAL

Ada pun hubungan fizikal, ia sudah tidak mungkin terjadi. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam sudah wafat. Susuk tubuh baginda tidak lagi bersama kita. Kesedihan yang sudah terlebih dahulu menggemparkan Umar dan ditenangkan oleh Abu Bakar radhiyallahu ‘anhuma. Apa yang tinggal hanyalah sebuah makam penanda alam Barzakh tempat bersemadinya junjungan mulia yang dikasihi itu.

Andai ada yang mendakwa bertemu dengan Baginda secara fizikal, dengan apa-apa ikhtiar sekali pun, saksikanlah bahawa beliau itu adalah pendusta.

INTELEKTUAL

Hubungan kita dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga adalah pada hubungan intelektual.

Akal dan garapan ilmu di fikiran itu meyakinkan kita (malah secara empirikal) bahawa Baginda adalah benar, risalahnya benar, lantas al-Quran dan al-Hadith menjadi asas-asas pembimbing Ittiba’ kita kepada Baginda. Rasional kita menerima sebesar-besar kebenaran yakni pada keabsahan Nubuwwah serta risalah Kenabian Baginda.

EMOSIONAL

Namun hubungan kita mesti membabitkan emosional.

Membabitkan rasa cinta.

Cinta yang tidak boleh ditulis di kertas. Tidak mampu diungkapkan bicara. Cinta yang menggetarkan hati semasa mendengar nama Baginda. Cinta yang menimbulkan tenaga semasa mahu melakukan sesuatu kerananya.

Sesuatu yang kita rasa.

Bagai manisnya gula. Hanya boleh dirasa. Tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mencintai Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang menjadi syarat kesempurnaan iman.

Cinta yang menjadikan Baginda lebih utama daripada ibu bapa, anak-anak dan sekalian manusia.

Wujudkah cinta itu di hati?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

KWSP; BUKAN TABUNG BULUH KERAJAAN BN


Wang KWSP ialah wang simpanan hari tua, ia bukan tabung buluh kerajaan BN untuk dibelanja sewenang-wenangnya bagi maslahat politik. Terbaru Senator Datuk Nong Chik mengumumkan kerajaan akan menggunakan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu 20,000 penyewa di Kuala Lumpur membeli rumah.

Kenapa wang KWSP yang digunakan? Kenapa kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan sendiri?. Apakah ini petanda kerajaan BN sudah kritikal dari segi kewangan sehingga terpaksa mengguna dana awam.

Bagaimana pula nasib rakyat di luar Kuala Lumpur yang menjadi penyumbang kepada KWSP. Kenapa mereka dianak tirikan? Rakyat Sabah dan Sarawak juga perlukan rumah Adakah ini hanya projek untuk mengambil hati pengundi di Parlimen Lembah Pantai yang bakal ditandingi oleh Senator Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin..

Paling menyedihkan sekali menurut Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin tidak dimaklumkan semasa beliau menghadiri mensyuarat Lembaga Pengarah KWSP. Beliau mewakili kesatuan di lembaga KWSP dari tahun 2007 hingga 31 Januari 2012.

Sebelum ini dana KWSP juga digunakan untuk valueCap sebanyak RM5 bilion, Felda RM6 bilion, pinjaman kepada GLC tanpa penjamin RM55.1 bilion.

Dana KWSP untuk simpanan hari tua, bagaimana nasib para pekerja selepas bersara, terutama mereka yang berpendapan rendah. Dividen KWSP hanya berkisar 5 hingga 6 peratus. Sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera boleh memberi sebanyak 15 peratus.

KWSP berada di tangga ke 9 pada tahun 2010 sebanyak AS145.570 bilion berbanding tahun 2009 di tangga ke 18. Ini menunjukkan pungutan KWSP setiap tahun meningkat. Anggaran setiap bulan KWSP memungut sebanyak RM500 juta. Seramai 5.7 juta penyumbang, ahli MTUC 800,323 dengan 390 kesatuan. Malangnya ia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan BN.

sumber: Ustaz Idris Ahmad

Friday, February 10, 2012

NAJIB 'GADAI AQIDAH' - HARUSSANI

"Najib tak dengar nasihat saya." - Mufti Perak
17 Rabi'ul Awal 1433 H | 10 February 2012

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. - themalaysianinsider

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails