Thursday, April 30, 2009

DUNIA HANYALAH KOSMETIK….episod 1



Alhamdulillah ,sememangnya manusia yang di hidupkan di bumi ini adalah untuk di uji pada tahap manakah perhambaannya kepada Allah SWT.Ada manusia yang sabar dan tekun menghadapi hidup sementara ini,ada juga yang menjadikan dunia ini sebagai tempat bersukaria sampaikan lupa pada kehidupan akhirat dan ada juga yang mengambil dunia sekadar untuk bekalan menuju ke alam yang seterusnya serta ada sebilangan kecil manusia yang mendambakan sepenuh dan seluruh hidupnya berada di dalam jemaah islam untuk mempertahankan Islam walaupun sanggup mengadaikan keseronakkan masa mudanya,ini lah manusia yang akan mendapat redha dan kasih sayang Allah SWT di akhirat kelak.

Cumanya seorang sahabat bertanya kepada saya, kenapa kita di hidupkan pada zaman ini di mana masyarakat telah jauh dari ISLAM?dan kenapa kita tidak di hidupkan pada zaman Umar Abdu Aziz di mana Islam menguasai dunia dan suasana pada masa itu dunia cukup makmur dan aman?ini lah dua persoalan yang di tujukan pada diriku.Aku mula memutarkan balik segala ilmu yang pernah aku belajar sepanjang hidupku,ternyata persoalan ini aku pun tidak boleh menjawabnya.Lalu aku menyuruh sahabat yang bertanya tadi memberi tempoh seminggu untuk aku mencari jawabannya.

Maka aku mula bertanya dengan beberapa orang tuan guru pondok dan ustaz-ustaz,mereka menjelaskan kepadaku tentang persoalan itu.Kenapa kita hidup di zaman ini?maka ustaz pun menjawab dengan terperinci dan di antara semua jawaban yang telah di kemukakan pada ku itu,ada satu jawaban yang sangat menarik,bahawa kita di hidupakan pada zaman sekarang ini adalah pertamanya Allah SWT sangat sayang pada kita,Dia ingin memberi kita pahala yang banyak kerana berjuang di waktu ISLAM di hina,di waktu ISLAM di tekan dan di waktu masyarakat ISLAM rosak maka sudah tentulah tidak sama berada dalam suasana ISLAM menang.

Begitu jugaklah kenapa kita tidak di lahirkan di Palestin?ini kerana bila mana kita di takdirkan lahir di Palestin maka kita tidak akan mampu menghadapi suasana di sana dan sebab itulah kita di lahirkan di Malaysia yang sesuai untuk diri kita berjuang ISLAM di sini.Jawaban itu membuatkan aku terpaku dan membisu seketika betapa Agungnya Allah SWT yang sangat sayang pada kita,memberi peluang masa dan ruang untuk kita terus berjuang tegakkan ISLAM walau di mana kita berada.

Secara tiba-tiba teringat aku teringat akan kisah hijrah Nabi dan Saidina Abu Bakar as-siddiq apabila di kejar oleh puak kafir quraisy hinggakan Nabi dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur,di mana labah-labah dan burung merpati memainkan peranannya untuk menyelamatkan Nabi dan Saidina Abu Bakar.Aku mula terfikir jika burung dan labah-labah sanggup melindungi Nabi dan berjuang dengan Nabi,aku pula bagaimana?adakah aku makhluk manusia yang Allah berikan akal yang boleh berfikir dengan waras hanya melihat sahaja ISLAM yang di bawa oleh Nabi di hina begitu saja oleh orang kafir?.Jika aku masih lagi teragak-agak untuk tidak terjun ke medan perjuangan kerana takut kehilangan jawatan dan gaji,maka lebih baik burung merpati dan labah-labah dari diriku ini,mereka sudah pasti tidak akan di tanya oleh Allah di akhirat kelak,tapi aku yang bergelar manusia ini wajib akan di tanya oleh Allah di padang mahsyar kelak…wajib!!!!..............bersambung

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails