Tuesday, May 31, 2011

Tetamu khas antarabangsa : bukti dunia bersama pas

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,

Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,

Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Ketua
Lajnah Antarabangsa

Tarif Letrik Pemimpin Bn Main Silap Mata


Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk “Tiada Kenaikan Guna 300 kWj”. Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat “kesan berantai” kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,”

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through’ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

sumber

Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?

Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

Malaysiakini/-

Monday, May 30, 2011

MINUMAN BARBICAN HARAM?

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram." (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor


SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.

Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.

Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.

"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.

"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.

Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.

Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.

PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat ‘berpengaruh’.

Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.

Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.

Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.

"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.

"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.

Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.

"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.

Tv Selangor/-

Sunday, May 29, 2011

Saatnya Untuk Menikah




"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah

Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.

Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.

Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.

Lingkaran Ketakutan Berlanjutan

Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.

Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).

Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.

Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.

Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya?

Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.

Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.

Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.

Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.

Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.

Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa

Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.

Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:

Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.

Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.

Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.

Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.

Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.

Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.

Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

Pilihlah Yang Bertaqwa

Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."

Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.

Wallahu alam bi showwab.

- Artikel iluvislam.com

Saidatina Khadijah: Contohilah Dia Wahai Wanita


Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita.

Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan jenis wanita.

Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'Wanita'.

Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari ini.

Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada agama mereka sendiri.

Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.

Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW.

Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini?

Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.

Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.

Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya.

Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?

Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh.

Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.

Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.

Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.

Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama.

Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT.

Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua.

Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.

Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?

Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya.

Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 28, 2011

ISLAM HAK ALLAH, MENGAPA UMNO TOLAK?

25 Jamadil Akhir 1432 H | 28 Mei 2011

"Saya ucap syukur kepada Allah S.W.T. dapat sampai ke sini walaupun dalam keadaan keletihan. Letih pun sekadar nak lawan Umno tu boleh sangatlah,"
kata Tuan Guru Nik Aziz di
Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz dalam ceramahnya terus menyelar Umno BN yang menolak dasar Islam sebaliknya mengagungkan dasar kebangsaan.


"Bila Umno ajar kepada kita buang Islam, ambil kebangsaan, Islam ini hak Allah Taala, bukan hak PAS, bukan hak Nabi Muhammad. Islam agama dari langit, bukan dari Makkah, diturunkan melalui nabi-nabi.


"Bagaimana Umno sebagai seorang manusia tolak agama Allah Taala. Bila tolak Islam ganti dengan Melayu, ertinya Umno tolak Allah, tolak Nabi Muhammad, tolak Islam. Macammana Umno ni, duduk atas muka bumi Allah tapi tolak agama Allah?" soalnya dengan tegas.


Beliau turut mempersoal tindakan Umno BN yang memisahkan sistem pentadbiran dengan agama dengan beranggapan agama dan politik adalah perkara berbeza.


"Islam ialah agama yang dibawa Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad sendiri ahli politik.


"Umno sebut agama lain, politik lain. Saya nak tanya Umno, kalau agama lain politik lain, siapa yang jaga politik ketika zaman Nabi Muhammad selama 23 tahun. Bukan British, bukan Amerika yang jaga politik di Makkah dan Madinah zaman nabi dulu.


"Semua nabi yang uruskan, mengadakan perjanjian dengan Yahudi dan sebagainya. Ini menunjukkan nabi juga urus politik dalam masa yang sama pemimpin Islam.


"Islam tidak boleh tidak mesti bersama dengan politik," katanya.


Selain itu, beliau kesal dengan tindakan Umno BN yang sering mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi jika dihadiri ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Mana ada demokrasi larang manusia guna hak dia. Hak manusia untuk bercakap. Allah bagi hak untuk bercakap. Bukan sahaja diluluskan oleh PBB.


"Kenapa Umno suka sangat halang kita untuk bercakap, berceramah. Malam ni agaknya mereka tak tahu kita ada ceramah di sini, itu yang tak datang kacau," katanya berseloroh. - Harakahdaily

FRU ‘sambut’ Anwar di Muar




MUAR: Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran Ketua Pembangkang di lokasi ceramah di Markaz PAS Parit Pechah, Muar itu disambut sekumpulan FRU yang ditempatkan kira-kira dua kilometer dari lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis ternyata gagal menggerunkan rakyat yang dahagakan maklumat tepat yang tidak diperoleh dari media arus perdana.

Hampir 1,000 penduduk setempat mengikut amanat Ketua Umum KEADILAN itu disamping ucapan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, walaupun beberapa trak polis ditempatkan di kawasan berdekatan.

Kira-kira jam 11.15 malam, Ketua Polis Daerah Muar dilihat mahu memasuki perkarangan ceramah tetapi gagal berikutan pintu lokasi berkenaan dikunci dan dikawal rapi.

Sekalipun polis mengancam untuk membuat ‘rempuhan’, hal itu diselesaikan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim yang mengadakan perbincangan kepada pihak berkuasa.

Ceramah berakhir jam 12 tengah malam dan kumpulan polis berkenaan beredar dari lokasi, sekadar berkeliaran di kawasan berhampiran tapak ceramah.

Friday, May 27, 2011

Kumbang hebat

Kumbang Epomismen adalah pemangsa bagi katak yang ukurannya jauh lebih besar. Menurut saintis Tel Aviv University di Israel, kumbang biasanya memakan haiwan kecil seperti serangga, cacing atau haiwan bertulang punggung mati.

http://static.inilah.com/data/berita/foto/1543252.jpg

Namun, menurut saintis Gil Wizen, ketika ada ‘kerabat’ kumbang ini dimangsa oleh katak, kumbang ini akan membalas dendam dengan menyerang katak itu.

Kumbang ini termasuk fenomena luar biasa haiwan tak bertulang punggung yang menjadi pemangsa kepada haiwan bertulang punggung. Kumbang Epomis tidak serta merta menyerang mangsanya.

Saintis menemui, kumbang ini akan mendekatkan diri dengan mangsanya terlebih dahulu sebelum akhirnya menyerangnya di malam hari. Ketika menyerang, kumbang ini akan menggigit punggung dan menusuknya hingga lumpuh.

Ketika itulah kumbang Epomis memakan mangsanya secara perlahan. Seperti ditayangkan discovery, kumbang ini memerlukan beberapa jam untuk menghabiskan ‘santapannya’ itu.

Beikut ini videonya :

Tugas saya bantu Pakatan ke Putrajaya - Bob Lokman


BUKIT MERTAJAM, 27 Mei: Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.
"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," beritahu Bob Lokman (gambar) ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam semalam.

Bob Lokman menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program PAS bagi membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " jelas beliau.

Beliau berceramah dipentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar ia tidak terpesong dari aqidah Islam.

Mereka di saran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakun itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " jelasnya.

Baginya, sekaranglah masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan, kata beliau.

Mohd Sabri Said
.


Ditahan Ordinan Darurat: Keluarga 4 remaja adu Suhakam


KUALA LUMPUR: Keluarga empat remaja, yang datang sejauh dari selatan tanah air hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, bagi mengadu mengenai penahanan remaja berkenaan di bawah Ordinan Darurat (EO).
Empat remaja tersebut, Mohd Rizal Ibrahim, 19 Mohd Rasif Mahadi, 19 Mohd Syahiran Tumin, 19 dan Mohd Noor Arif Bakran,20 – kesemuanya berasal dari Johor-ditahan di bawah ordinan itu sejak 14 April lalu.
Kesemua keluarga remaja yang ditahan itu mewakilkan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Penolong Setiausaha Suhakam, Ameer Izyanif pagi tadi.
“Hari ini kita hadir di Suhakam kerana sudah tidak ada cara lain dan tempat untuk mengadu kerana pihak polis sendiri tidak membenarkan keluarga melantik peguam.
“Daripada perbincangan dan aduan pihak keluarga, saya sudah kumpulkan dokumen remaja-remaja tersebut bagi membuktikan mereka tidak terlibat seperti tuduhanpolis terhadap mereka.
Daripada surat polis, ada tertera empat remaja tersebut ditahan di bawah seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (KA&MJ) No.5/61,” kata Syed Othman ketika sidang media di pejabat Suhakam, Kuala Lumpur hari ini.
Kata beliau, semasa ibu bapa remaja tersebut bertemu dengan anak-anak mereka yang ditempatkan di pusat tahanan Air Molek, Johor Bahru, polis memberitahu supaya keluarga tidak perlu mencari peguam.
Alasan yang diberi pihak berkuasa itu kerana kosnya terlalu tinggi serta peluang anak-anak mereka dilepaskan terlalu tipis.
“Pihak keluarga ada berbincang dengan polis berkenaan kes anak-anak mereka, tetapi (polis) menyarankan supaya membiarkan sahaja anak-anak mereka didakwa.
“Apa yang kita tahu, apabila ditahan di bawah EO, tiada perbicaraan dan pembelaan akan dilakukan ke atas tahanan. Polis juga ada memberitahu sekiranya cukup 60 hari ditahan, remaja-remaja tersebut akan dikenakan penjara dua tahun dan dibuang daerah,” kata beliau.
Sementara itu, Rosmawati Taib, 45, ibu kepada Mohd Syahiran, ketika ditemui pemberita meluahkan kekecewaan terhadap tujuh pertuduhan ke atas anaknya.
“Saya tidak boleh terima semua pertuduhan yang dikenakan ke atas anak saya kerana polis memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan ke atasnya kerana disyaki menyamun bersenjata dan bersiri.
“Tuduhan itu terlalu berat, saya tahu kelakuan anak saya, saya mahu KDN turut campur tangan supaya masa depan anak saya tidak gelap. Sehingga hari ini, anak saya telah menerima beberapa tawaran melanjutkan pelajaran,” ujarnya dalam nada sedih.
Seterusnya Bakran Kahar, 52, bapa kepada Mohd Noor Arif menggesa supaya anaknya dilepaskan kerana mengakui tuduhan yang sama dikenakan terhadap Noor Arif seperti polis mahu melepaskan semua jenayah yang dilakukan oleh oang lain ke atas anaknya.
“Kalau betul anak kita bersalah, saya mahu pengadilan dan biar dia didakwa di mahkamah dan bukan ditahan di bawah EO seperti ini. Tapi jika tidak bersalah, bagaimana masa depan dia.
“Anak saya ini Pengerusi Belia Pasir Gudang, mustahil jika dia seorang penyamun, rokok pun dia tidak hisap. Hanya Noor Arif sahaja darah daging saya,” katanya dalam nada sebak.

Antara 2 ustaz....




Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu


Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya?

Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut :

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu. Antaranya ialah apa yang saya telah disebutkan di awal tadi. Dan antara kesan yang dipetik dari al-Quran ialah

Sombong

Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Berbunuhan

Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):

" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;"

Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata:

"Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dendam

(Ramai di antara mereka berkata): " Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

Ini antara kalimat yang diucapkan oleh salah seorang saudara nabi Yusuf dek kerana dengki kerana nabi Yusuf lebih disayangi dan dicintai oleh bapa mereka Nabi Yaakub dari diri mereka sendiri. Dari sifat dengki itu maka timbullah rasa dendam terhadap nabi Yusuf sehingga mereka berpakat untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap nabi Yusuf. Kisah ini tercatat dalam surah Yusuf.

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):

"Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".

Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri.

Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redho dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhluk-Nya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redho denga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung?

Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redholah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

Nilai Sebuah Perubahan pada Jamaah Islam

1. Perubahan adalah suatu yang bersifat sunatullah. Namun perubahan mesti dipimpin agar menepati tuntutan Amal Islami, sementara jamaah atau parti ini memperjuangkan Islam. Malah perubahan mesti didokong oleh penggeraknya [Rijaalut taghyir] yang memahami matlamat dan objektif Jamaah Islam yang didokong ini.

2. Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Situasi ini agak subjektif dan memerlukan penelitian yang serius dan halus agar ia tidak diurus secara rambang dan boros tanpa mengambil kira hikmah [kebijaksanaan] dan himmah nya [kewibawaan]. Tentunya kita tidak mahu usaha merubah dan membaiki jamaah menjadi seumpama tikus membaiki labu.

3. Sebagaimana wujudnya sokong yang membawa rebah demikian juga gerakan perubahan yang tidak dipimpin dengan cahaya petunjuk Allah swt dan akhlak Islami akan membawa binasa. Pastinya kita tidak mahu ubah yang membawa rebah semata - mata kerana kegagalan mengurus perubahan dan memimpinnya dengan baik dan berkesan. Dalam erti kata lain, perubahan yang digerakkan mestilah menepati keperluan jamaah dan tuntutan ummah.

4. Jauhi elemen negatif yang bermaksud menggerak perubahan hanya pada mengalih posisi orang lain untuk menganjak posisi kita. Bahasa mudahnya ialah menjatuhkan kedudukan orang lain untuk memastikan survival pengaruh dan kedudukan kita di dalam parti yang kemudiannya dibina di atas nama gerakan perubahan kononnya. Perubahan ini tidak berlandaskan matlamat yang jelas selain memangku hasrat yang negatif [mazmumah].

5. Gerakan perubahan tidak boleh bertolak dari rasa tidak puas hati, sebaliknya ia mesti berpaksi di atas kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap cita - cita perubahan tersebut serta memiliki matlamat dan objektif yang jelas, tepat dan benar. Justeru perubahan yang tidak mempunyai asas kukuh, pelan tindakan strategik dan hala tuju yang cerah lagi terang akan mencetus polemik yang merumitkan dan krisis yang menghakis kekuatan jamaah.

6. Manisnya perubahan itu digerakkan secara jamaei [kolektif] melalui keputusan bersama yang disepakati lantas digerakkan secara terancang berasaskan pelan tindakan yang diputuskan. Hindari perubahan yang dicetuskan oleh individu atau kumpulan dengan maksud ingin mempersada kumpulan mereka di atas tersadainya pihak lain. Perubahan begini akan menumbuhkan benih keretakan dan menajamkan perselisihan antara anggota jamaah tanpa menemui jalan sudahnya.

7. Sewajarnya setiap anggota jamaah mengalu - alukan gerakan Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah [memperbaiki] dan gerakan Taghyir [perubahan] demi menempatkan jamaah pada kedudukan sesuai dengan keadaan dan zaman yang dihadapi. Malah mampu mendepani cabaran semasa dengan jaya dan berkesan. Sesuai pula dengan sifat Islam yang sangat mengalu - alukan ijtihad semasa [muaasirah] agar perlaksanaan Islam senantiasa segar dan pemafahamannya senantiasa jelas.

8. Membawa perubahan bukan untuk menyalahkan orang selain daripada kita atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh orang lain untuk jamaah. Perubahan juga tidak hanya terhenti pada menukar susuk tubuh pemimpin kepada pemimpin yang lain tetapi merangkumi perubahan pemikiran, budaya kerja, sikap dan sebagainya. Tiada keperluan membuat perubahan jika sekadar menukar kepada susuk tubuh pemimpin yang baru tetapi performance kerja dan tugas dengan jamaah sama atau lebih buruk dari yang sebelumnya.

9. Cerdasnya apabila perubahan yang cetuskan itu bermula dari pencetus dan penggeraknya.

Langkah pertama : tampil dengan performance atau komitmen kerja dan tugas yang baik agar kita tidak pula termasuk dari kalangan ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sebaliknya menjadi model perubahan secara praktikal. Justeru tiada erti kita gerakkan perubahan jika kita sendiri masih mengekalkan perkara yang serupa dengan yang sebelumnya.

Langkah kedua: sediakan frame perubahan secara jelas. Sekira - kira menjawab persoalan yang timbul seperti : apa yang mahu diubah ? nak ubah kemana? kenapa perlu ubah ? sasaran perubahan ? selain matlamat dan objektif perubahan itu mesti jelas, road mapnya juga mesti tidak berliku dan mengelirukan. Jangan hanya bercakap bahawa kita mahukan perubahan, kita mahukan perubahan, kita mahkan perubahan tetapi tiada persiapan dan persedian yang jitu untuk perubahan yang dimaksudkan.

Langkah ketiga : gerakkan perubahan ini mesti libatkan semua. Sekurang - kurangnya mewakili sebahagian besar anggota jamaah. Andai beberapa orang sahaja bercakap soal perubahan sedang sebahagian besar yang lain tidak menyertainya, maka agenda perubahan itu tidak berkesan malah tidakkan berhasil. Lebih malang apabila berlaku tindakan menuding jari kepada pihak lain kononnya pihak itu tidak mahu berubah dan tidak akan berjaya jika enggan berubah, apabila gerakan perubahan yang dibawa tidak mendapat sambutan.

10. Mengayuh roda perubahan mestilah cermat justeru yang mahu diubah ialah manusia yang miliki perasaan dan aqal. Berbeza untuk mengubah suatu yang bersifat jaamidat seperti kerusi meja di pejabat. Kita boleh ubah sesuka hati berapa kali dalam sehari. Tetapi untuk gerakan perubahan pada manusia dan organisasi yang didokong oleh manusia, penggerak perubahan mestilah sabar, tabah dan mempunyai hala tuju yang jelas serta mayakinkan.

Saya tidak prejudis dengan gerakan perubahan namun sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri, jika gerakan perubahan itu hanya bermula dari rasa tidak puas hati dan pertelingkahan politik serta perselisihan pendapat, saya yakin gerakan perubahan itu hanya seperti angin pantai yang meniup secara bermusim, kadang sepoi kadang ribut namun tidak merubah apa - apa sekadar mencetus kelam kabut yang tidak berkesudahan mengganggu kedamaian di tepian pantai.

-Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Thursday, May 26, 2011

Ini dia 'Library' Tercanggih

Jika anda ke perpustakaan yang ada di Chicago Unversity mungkin akan tercengang dengan 2 perkara, pertama gedungnya yang berbentuk seperti kubah dan memanfaatkan 100% sinar matahari sebagai sumber cahaya dan keterangan dalam bangunan itu.

Kedua, anda pasti keliru, katanya perpustakaan tapi anda tidak menemui satu buku pun di perpustakaan ini.




Diberi nama dengan Joe and Rika Mansueto Library, perpustakaan ini mungkin akan menjadi perpustakaan tercanggih ketika ini kerana semua koleksi buku ini disimpan di dalam tanah. Sedangkan untuk meletakkan dan menaruh buku semuanya dikerjakan dengan komputer dan robot.

Tempat penyimpanan buku tersebut terletak di dalam tanah dengan tingggi ruangan setara dengan 5 tingkat dan semua buku disimpan dalam rak raksasa. Jumlahnya ada sekitar 3,5 juta buku.

Semua buku disimpan dalam sebuah almari menyimpan 100 buku dan almari tersebut (jumlahnya 35000 almari) akan diletakkan di rak raksasa tersebut dimana sebuah robot akan mengambil dan meletakkan buku berdasarkan sistem barcode.

Untuk meminjam buku anda boleh melakukannya secara online melalui komputer dan buku akan keluar ke meja khusus dalam waktu sekitar 5 minit sahaja.

Cara ini tentu saja bukan hanya lebih mudah dalam hal meletakkan dan mengambil buku tetapi sekaligus boleh menjimatkan ruang sehingga menurut si pembuat, gudang buku ini boleh menyimpan 7 kali lebih banyak dibandingkan perpustakaan dengan ukuran yang sama.
Perbelanjaan perpustakaan ini sekitar US$ 81 juta dollar .

Ingin tahu kenapa nama perpustakaannya Joe and Rika Mansueto Library? Ini kerana Joe Mansueto dan Rika Yoshida yang merupakan alumni dari Chicago University adalah orang yang menyumbang dana terbesar US$ 25 juta oleh itu sebagai rasa "terima kasih", perpustakaan ini diberi nama dengan nama mereka.





Ustaz Haron Din Tumpaskan Mubaligh Hindu




Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.


Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails