Batang pokok betik berwajah manusia (Gambar}
MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.
PONTIAN: Ladang
betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal
dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang
daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang
tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry
Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan
rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program
tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang
tersebut kelmarin.
"Saya
terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama
melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya
kepada Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment