Wednesday, April 25, 2012

Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSearahkan Kepada MB Ahmad Said ,


KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.

Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.

Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,

“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.

Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali. -BO




No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails