Monday, April 30, 2012

Gambar ini menceritakan segalanya.....Benarkan kenyataan dangkal Menteri ini ?















Bermula dari Bersih 3.0 tempoh hari saya penulis tak ambil pot apa apa berita dari media utama negara pasal bersih ..jadi tak tau versi apa yang media rasmi BN kasi putar cerita pasal Bersih 3.0. lazimnya berita berita ini pasti akan di spin oleh media ini untuk memberi merit kepada tuannya iaitu BN.

Di sini saya nak kongsi apa yang penulis lihat suasana sebelum menjelang kekecohan yang bermula akibat provokasi dari pihak tertentu yang menjadikan suasana di persekitaran KL cemas dan kacau bilau.


Mengikut kenyataan Menteri Perlancongan, Datuk Sri Ng Yen Yen, restoran-restoran di sekitar Dataran Merdeka hakan rugi besar..... peniagaan mereka akan lingkup kerana Bersih 3,0 ..

Benarkan kenyataan dangkal Menteri ini ?.


Ok di sini ada berberapa keping gambar dibeberapa kedai dan warong di sekitar KL yang menjalankan perniagaan pada hari kempen Bersih, lihatlah kebanjiran warga kuning di kedai mereka , adakah perniaga akan rugi ?

Kalau kita buat Mathematik mudah jika kebanjiran 500 ribu orang ke Kuala Lumpr pada hari bersih di ambil kira aku ingat kerak nasi dalam periuk pun taukeh nasi kandaq juai..,Peniaga kereta tolak tersenyum lebar juga bilamana air tebu, mineral water , jeruk asam hatta perkedai runcit hairan jualan garam mereka laris sekali akibat limpahan manusia yang datang.

Akibat kebanjiran manusia yang luar biasa ini telah dapat menjana pendapatan dua kali ganda keuntungan dari hari biasa kepada semua perniagaan. Maka dimanakah yang mengatakan perniagaan rugi ? itu belum aku kira jika ade segelintir peniaga yang ambil kesempatan penaikan harga menu..

Saya di khabarkan oleh seorang sahabat ,beliau keluar masuk Hotel sebanyak 17 kali dan hotel yang ke 17 baru ada kekosonga bilik , bermakna tempahan hotel meningkat dengan luar biasa pada hari itu menyebabkan pengusaha Hotel terseyum lebar dengan kedatangan pelancung politik ini. Dimana pengusaha Hotel akan rugi kerana Bersih ?

Yang hanya akan merasa rugi hanyalah kerajaan yang takut akan kebangkitan rakyat dengan menbuat pelbagai sekatan dan helah demi mempertahankan parti yang hampir karam dengan berselindung di sebalik undang2.

Bagi pendapat saya kalau Kerajaan memberi layanan yang adil kepada NGO dan Pertubuhan Politik memganjurkan Bersih 3.0 dengan memberi kerjasama dengan tidak ada sekatan sana sini ,maka tiada kacau bilau , tiada kerosakan ,tiada siapa pun yang tercedera. dan mungkin ia berjalan dengan aman .

Sebagaimana apa yang berlaku di perhimpunan Bersih di luar dari Kota KL ,di sana aman dan damai pihak Polis pun tak perlu bersusah payah dan perniaga di sana pun senyum girang kerana hasil perniagaan habis awal dengan membawa pulang keuntungan berlipat ganda. sekian

Sumeber: blog Batu vs Kayu

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails