ROSALWANI CHE SOH
Mohd Nasaruddin Daud
KOTA BHARU
- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno
kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan
oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.
Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin
Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk
ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan
pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang
pilihan raya.
“Beliau
(Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan
mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama
asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini
menjerat diri mereka sendiri.
“Akibatnya,
mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula
menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” katanya ketika berucap
pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di
Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.
Turut
hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains
dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah.
Dalam
perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini
pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan
Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis
terbabit membatalkan muzakarah itu.
“Sekarang
isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia
menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya
tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan
penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus
perdana.
“Sepatutnya
kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi,
disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi
secara terang-terangan,” katanya.
Beliau
berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah
menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan
kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.
“Hanya
ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria
dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa
Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.
“Mereka
kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri
peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa
yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.
No comments:
Post a Comment