Monday, January 7, 2013

Mau kaya ke..





Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan
dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni.
Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak
menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau
kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada
orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang
hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails