Sebelum mengulas lebih lanjut, saya bukan doctor. Saya tulis
hanya untuk berkongsi apa yang saya nyatakan pada doktor semasa dipanggil
kerana memilih untuk tidak menyuntik vaksin kedalam badan anak sepertimana
artikel lepas (baca sini).
Tiga hujah saya gunakan nyatakan pada doktor tersebut iaitu:
1.Status halal diragui
Vaksin adalah suntikan yang diberi untuk membantu manusia
membina antibody tersendiri. Setiap vaksin mewakili virus penyakit tertentu. Ia
berasal dari bahagian badan virus yang lemah, kemudian dicampur dengan bahan
lain sebelum disuntik ke dalam badan manusia.
Falsafahnya adalah apabila disuntik, antibodi badan kita
akan dirangsang untuk melahirkan antibody yang lebih kuat. Apabila badan kita
terkena virus yang kuat di kemudia hari, sistem imun badan kita yang telah
dilatih vaksin itu berupaya melawannya.
Yang menjadi keraguan adalah bahan yang diguna untuk
penghasilan vaksin. Ianya menggunakan benda yang tidak halal seperti abdomen
khinzir, jantung monyet dan beberapa haiwan lain yang masih hidup.
Walaupun majlis fatwa telah mengharamkan beberapa vaksin
yang berasal dari khinzir, tapi masih banyak lagi vaksin alternative yang belum
diharamkan.
Jika logo halal JAKIM sendiri dipertikai piawaiannya, ini pula perkara rumit yang melibatkan kementerian lain.
Walaupun binatang yang digunakan itu halal dimakan, tetapi
vaksin diambil dari binatang yang masih belum disembelih. Umat islam dilarang
menggunakan bangkai ataupun anggota badan haiwan yang masih hidup sebagai
makanan dan ubatan.
Ramai yang menjawab hukumnya harus jika dhoruroh, saya akan
jawab pada point kedua tetapi soal makanan amat perlu dititik berat kerana ia
akan membentuk darah daging manusia. Jika terdapat bahagian badan kita ini
haram, doa susah untuk diterima, hati akan menjadi keras dan penyakit lain
mudah singgah.
Umat islam harus memahami bahawa halal haram yang ditetapkan
oleh syara` itu sebenarnya menjaga maslahah untuk manusia di samping menghindar
keburukan di dunia ini. Kaedah sumber maslahah yang masyhur dalam ilmu
usululfiqh adalah:
ما حسنه الشارع فهو حسن وما أقبحه الشارع فهو قبيح
Apa yang terpuji
oleh syarak itulah kebaikan dan apa yang dicela syarak itulah keburukan.
Ini akidah ahli
sunnah, berbeza dengan muktazilah yang menilai kebaikan dan keburukan itu
mengikut akal sehingga membelakangi syarak.
2. Ada alternatif
lain.
Vaksin bukanlah dalam
kategori dhoruri sepertimana yang disangka pengkaji hukum terdahulu. Ianya hanya
satu ramalan kemungkinan yang tidak boleh mengorbankan hukum asal. Ini terdapat
dalam perbahasan fiqh aulawiyat iaitu tidak boleh mengorbankan maslahat yang
jelas hanya kerana mafsadah yang samar-samar.
Saya memilih rawatan
homeopati sebagai alternatif untuk melawan virus itu. Homeopati sendiri adalah
cetusan idea seorang pakar perubatan konvensional Jerman, Dr Samuel Hahnemann
yang fed-up dengan sistem perubatan konvensional yang tidak menyembuhkan
tetapi sekadar menyembunyikan penyakit atau menipu badan dari merasa sakit.
Falsafah rawatan
homeopati amat saya kagumi kerana dekat dengan ciri-ciri istimewa islam, iaitu
syumul. Di masa perubatan moden percaya bahawa mengembalikan sistem tubuh
dengan normal hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata, rawatan homeopati
pula turut melibatkan aspek emosional dan spritual dalam memangkin kenormalan
sistem.
Contoh mudah ialah
manusia. Secara fizikal majoriti manusia mampu melawan kezaliman pemimpin.
Tetapi apabila ada rasa takut, tidak yakin, malas dan tidak mahu menyebabkan
mereka tidak melawan.
Itulah dia hemeopati!
Bukan sahaja menguatkan fizikal untuk melawan penyakit, tatapi juga membina
emosi dan semangat untuk melawan penyakit.
Kerajaan sendiri
mengecualikan ubatan homeopati daripada didaftarkan di bawah Kementerian
Kesihatan
kerana ianya tidak mengandungi molekul ubat, bahan kimia atau kesan sampingan
sepertimana ubat lain. Tetapi ia disalah tanggap oleh masyarakat dengan
memahami ubat yang tidak didaftarkan Kementerian adalah tidak selamat.
Ia bukan perubatan
herba, ia perubatan alaf baru!
Justeru itu vaksin
tidaklah dhoruri kerana masih ada jalan lain untuk merawat penyakit.
Mungkin ada yang
memilih untuk mengikut pemakanan cara nabi sahaja tetapi bagi saya, pembaharuan
dalam perubatan harus juga dilakukan. Bukan tidak mengiktiraf perubatan nabawi
tetapi manusia tubuh badan manusia mutakhir ini telah dipenuhi bermacam-macam
bahan kimia samada melalui makanan moden atau ubatan atau vaksin yang ibubapa
terima sewaktu mereka kecil dahulu. Oa sedikit sebanyak melemahkan kesempurnaan
manusia. Tambahan pula, pembangunan perubatan nabawi tidak berjalan dengan
pesat dan agak ketinggalan.
Lagipun, setiap ubatan
perlulah mengikut nasihat doktor berkenaan dos. Tersilap ambil kuantiti mungkin
akan menyebabkan masalah lain pada bayi. Contohnya susu kambing. Ia baik untuk
berbagai penyakit termasuk sakit kuning untuk bayi. Tetapi ianya panas dan jika
tersilap dos, mungkin anak akan demam panas. Saya lebih memilih anggur hita
sebagai rawatan sakit kuning kerana ianya juga makanan nabi.
Ubatan tradisional tiada
pantauan pakar perubatan. Perubatan nabawi juga susah ingin mencari pakar.
Sebab itulah homeopati yang saya pilih.
Satu saranan imunisasi
yang diajar nabi adalah bertahnik menggunakan bahan berglukos seperti kurma
atau buah lain bersama air zam-zam. Itu saya amalkan.
3. Kesan sampingan
Diakui bahawa
perubatan moden memang mempunyai kesan sampingan tertentu. Ini dokor tidak
perlukan hujahan kerana dia sendiri menyedarinya. Ada yang makan ubat darah tinggi,
tiba-tiba datang kencing manis. Bapa mertua saya kini menghadapi kencing manis,
darah tinggi dan sakit jantung walaupun sebelum menerima rawatan, sakitnya
hanyalah jantung.
Perubatan moden juga
senantiasa menjadikan manusia sebagai bahan ujikaji. Kandungan dosnya sama
dalam setiap model ubat tetapi tahap tubuh manusia tidak sama.Doktor akan cuba
beri ubat mengikut dos paling rendah, apabila berlarutan ditambah dos dan
apabila surut, dos dikurangkan. Ini akan mengundang ketidakstabilan sistem
tubuh kerana setiap dos ubat itu mengandungi kandungan dadah tertentu yang
menjadi painkiller tetapi bukan diseasekiller .
Rakan saya pernah
disuntik satu ubat ketika demam panas. Entah apa tak kena, sakit beliau berubah
menjadi semakin pelik dan mengerikan. Tubuh kurus kering, tenaga turun ke tahap
1% hingga orang ingat akan mati. Mujurlah dibawa berjumpa pengamal perubatan
islam dan pulih kembali seperti sediakala.
Ubatan moden memaksa
pengambilnya menjadi mat ubat seumur hidup. Ia tidak membuang penyakit, ia
hanya menyembunyikan penyakit dari manusia. Apabila kesan ubat hilang, penyakit
datang kembali.
Sebaik-baik ubat
adalah makanan kita. Tetapi jika ubat itu dimasukkan bersama elemen bukan organisme
seperti bahan kimia dari batuan, logam atau cecair luar, ia seolah
menokok-tambah kejadian manusia.
Kajian menunjukkan
lebih ramai yan mati disebabkan rawatan dari mati oleh sebab penyakit.
Berbalik pada vaksin,
setelah generasi penerima vaksin ini meningkat dewasa, banyak penyakit baru muncul.
Penyakit yang belum ada zaman dahulu semakin banyak tercetus. Ini menyebabkan
bidang perubatan sentiasa mencipta vaksin baru dan baru dan jika perkara ini
tidak ditangani, saya percaya masyarakat dunia masa depan akan berbekal dengan
ubatan vaksin sepanjang hayat.
Polio sendiri tercetus
mutakhir ini apabila manusia mula mengamal vaksin malaria. Penyakit kanser, autoimun dan autisme
juga muncul sejak zaman vaksinisasi.
Sebenarnya ada beberapa lagi pemerhatian saya tentang vaksin dan hujah
yang mungkin belum mampu untuk dinyatakan di sini. Mungkin boleh yang
lain kaji perkara ini dengan lebih lanjut.
1. Konspirasi Yahudi
2. Pembunuhan Dr Burhanuddin al-Helmy, pengasas homeopati Malaysia
3. Kenapa tidak semua negara menjalankan vaksinasi?
Sumber:
No comments:
Post a Comment