Wednesday, January 16, 2013

Kedudukan Pejuang-pejuang Palestin Sebagai Mati Syahid

 
Soalan :

Adakah pejuang-pejuang Palestin yang mati semasa bejuang dinamakan mati syahid, adakah tidak diwajibkan mandi dan sembahyang ke atasnya?

Jawapan:

Tidaklah disyakkan bahawa mereka yang berjuang di Palestin itu bila mereka mati dalam perjuangan dihukumkan mati syahid sebagaimana sahabat-sahabat, yang mati syahid semasa hayat Rasulullah s.a. w. Mayat mereka tidak wajib disembahyang ke atasnya malahan mereka hendaklah ditanam dengan pakaian mereka di tubuh yang berlumuran darah itu yang mana di sisi Allah Subhanahu Wataala terlebih harum baunya daripada bau kasturi pada hari kiamat.


Negara asal : Malaysia
Negeri : terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terangganu

Tarikh Diisu : 2000

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails