Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 15 Jan: Sebuah
video dimana seorang jurucakap pro Barisan Nasional (BN) menyerang
seorang mahasiswi secara terbuka dalam sebuah forum tersebar luas di
internet sehingga memaksa kedua-dua timbalan menteri dan ketua pemuda
Umno untuk menenangkan keadaan bagi memastikan ianya memberi kesan
kepada gabungan pemerintah tersebut menjelang pilihan raya 2013.
Pembicara
tersebut dikenali sebagai Sharifah Zohra Jabeen presiden sebuah
pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita
1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video
mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai
perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan
percuma – dengan mengeluarkan kenyataam “bila dalam program kami, kami
benarkan anda bercakap” dan “apabila saya bercakap, anda dengar.”
Video sesi forum di UUM di mana jurucakap pro-Bn telah menyerang seorang mahasiswa.
Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menulis di Twitter
semalam nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut
dikenali sebagai Bawani K.S untuk menghubunginya, selepas seorang
pengguna Twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun Twitter.
Beberapa
jam kemudian, Saiffudin menulis di Twitter, “Baru lepas bercakap dengan
Bawani dalam telefon. Beliau dalam keadaan sangat bersemangat.”
Komen
Bawani mengenai isu tersebut masih lagi belum diketahui. Akaun
Twitternya tidak dapat diakses kerana hanya eksklusif kepada pengikutnya
di laman sosial tersebut sahaja.
Walau
bagaimanapun, perkara itu tidak berakhir apabila pengguna Twitter lain
mempersoalkan timbalan menteri itu dengan soalan tentang pandangan
beliau mengenai perdebatan berat sebelah antara Sharifah dengan Bawani.
“Patutny benarkn Bawani habis brcakap,lps tu jawab dgn bijaksana,” kata Saifuddin kepada pengguna Twitter, @Mr_Nurislam.
Rakan
Umnonya Khairy Jamaluddin juga menggunakan Twitter untuk menjarakkan
diri BN dengan Sharifah selepas video tersebut tersebar luas sehingga
ada yang memulakan hashtag “SharifahZohra dan #listen.
“Dan
tentang isu UUM. Tolong dengar (#listen) saya: wanita Jabeen ini TIDAK
mewakili BN. Sekian,” tulis ketua pemuda Umno itu di Twitter melalui
akaunnya @Khairykj.
Beliau
menambah, “Siapa2 pun boleh salah guna 1Msia. Takde siapa dlm BN yg
kenal Sharipah Jabeen ni,” menjawab seorang pengguna Twitter yang
mempersoalkan tentang butang 1Malaysia digunakan Sharifah.
Percubaan
Khairy untuk mengawal keadaan diperlekehkan oleh sesetengah pengguna
internet seperti Don Iznan yang menulis di Twitter: “dengan menggatakan
#SharifahZohra tidak mewakili BN, KJ sebenarnya bermaksud sharifah dari
Umno. Tengok? Hahaha.”
Forum
“Seiringkah mahasiswa dan politik? Diadakan di Universiti Utara Malaysia
(UUM), Kedah pada 8 Disember, akan tetapi heboh selepas video tersebut
dimasukkan di Youtube minggu lalu.
Klip
selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra
Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan
kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang
tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A
Samad Said.
Bawani
juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma
sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak
boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.
Sharifah
kemudian berkata “dengar” kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil
mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan
mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Nombor
satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap.
Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar,” kata Sharifah kepada
Bawani.
No comments:
Post a Comment