Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Keputusan akhir tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (#HKR112) akan diumumkan jam 11 hari ini.
Ahli
jawatankuasanya, Tian Chua dalam Twitternya berkata, jawatankuasa
penganjur akan bermesyuarat pagi ini bagi membuat keputusan akhir itu.
"Jawatankuasa
penganjur akan mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS jam 11 hari
ini bagi memaklumkan keputusan akhir kami," kata Tian Chua.
Tengah
malam tadi, jawatankuasa penganjur telah bermesyuarat di Pejabat Agung
PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan di pindahkan ke Stadium
Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum
itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar
dipindahkan ke Stadium Nasional kerana muatannya lebih sesuai.
Ini
kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh
memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan
kali ini mencecah satu juta orang.
No comments:
Post a Comment