Monday, February 16, 2009

CINTA jangan di ibaratkan seperti sambal belacan




Saat-saat bercinta memang indah belaka,seolah-olah tidak berpijak di bumi semacam di awan-awanan.Angin bertiup kencang ibarat hembusan lembut menerpa dan menguis sekujur tubuh orang yang sedang bercinta.Itulah CINTA sanggup gadaikan apa sahaja demi sebuah mutiara cinta….walaupun lautan api yang menghampar,walaupun aliran lava gunung berapi sanggup di bentengi asalkan CINTA terus di buai angin semilir.

Bak kata orang CINTA pada bunga,bunga akan layu(tapi tidak pada bunga plastic),CINTA pada manusia,manusia akan mati(kenapa perlu cinta pada manusia yang mati carilah yang hidup) dan apabila diri telah mencapai CINTA pada Allah SWT itulah CINTA sebenar yang mengatasi segalanya.Namun hakikatnya mencapai CINTA yang hakiki ini perlu melalui jalan yang berduri,perlu merentasi lautan ilmu yang membara dan perlu pada mujahadah yang bersungguh-sungguh barulah ketemu kemanisan CINTA pada Allah SWT.Satu kisah seorang pemuda mendapat CINTA pada Allah SWT lalu di berikan kemanisan beribadat selama bertahun-tahun lamanya,akhirnya Allah SWT uji dengan sakit kepala menyebabkan sepatah perkataan yang keluar dari mulut dia”aduh sakitnya kepala aku ini”,lalu Allah SWT menarik serta-merta nikmat kemanisan ini dari diri pemuda ini.

Tips mencari CINTA hakiki>>solat berjemaah,qiamullail,membaca quran,menggembirakan sahabat dan bersabar dalam apa jua perkara……yang penting kita mesti hulurkan langkah pertama dalam mencari cinta ini.

Saturday, February 14, 2009

krisis di Perak


Krisis yang berlaku di Negeri Perak sekarang merupakan satu tragedi yang cukup dahsyat.Fitnah yang di lemparkan oleh TV 1,TV 2 dan TV milik media prima menunjukkan media elektronik ini tidak ubah seperti anjing tunggangan UMNO-BN.Menyebarkan berita-berita palsu semata-mata demi menjaga periuk nasi hangit masing-masing.TV 1,TV 2 dan TV media prima ini juga BAPAK segala penyebaran fitnah ini disiarkan setiap hari kepada rakyat sedangkan cerita sebenarnya bukan seperti yang di sebarkan,media elektronik ini juga semakin gila dan semakin meroyan menghentam seorang individu yang mempertahankan jawatan MB mengikut undang-undang yang sedia ada.Ini menunjukkan kebodohan dan kedunguan media-media ini menyampaikan berita yang sepatutnya layak di beritahu kepada rakyat.Mungkin pekerja-pekerja yang ada sekarang di semua saluran media elektronik ini adalah budak-budak yang baru keluar dari tadika kemas,itulah tak dapat nak bezakan berita mana yang betul dan berita mana yang salah.

Mari kita baca kenyataan Ir Nizar: Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan RakyatMemberontak dan Saya Menjerit Di PejabatHari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 danTV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu.Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat.

Sekarang jelas menunjukkan TV 1,TV 2 dan TV saluran media prima adalah penipu!!! Dan pembohong besar!!! Dalam Negara kita ini, bersubahat dengan parti UMNO-BN yang jelas pembohong dan pengfitnah dulu kini dan selamanya.Boikot semua saluran media ini sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 13, 2009

MASIHKAN KITA INGAT DENGAN SEJARAH INI??

N35 - KEMUNING (2004)

WAN MOHAMAD ZIN MAT AMIN (BN) 6,076
ZAKARIA YAACOB (PAS) 6,078

Majoriti 2 undi



PRU ke-11 pada tahun 2004 mencatat satu sejarah dan memori yang pahit buat parti PAS dalam meredah perjuangan ini.Kerajaan Kelantan yang di terajui oleh PAS bergoyang dan goyah dan bakal tumbang bila-bila masa sahaja.Ibarat telur ayam di hujung tanduk kerbau,parti se-angkatan rasuah BN seperti biasa hendak membeli ADUN dari Kemuning ini dengan nilaian yang begitu besar RM500,000.Tekanan demi tekanan di berikan dan di kenakan pada Cikgu Zakaria ini di sebabkan majoriti yang sangat kecil iaitu hanya 2 undi saja,menurut sumber 2 orang mahsiswa Kelantan yang belajar dari Sarawak pulang dan mengundi parti PAS.Alhamdulillah dengan 2 undi ini kerajaan islam Kelantan dapat di pertahankan.

Sogokkan demi sogokkan dalam pelbagai bentuk di taburkan kepada Cikgu Ya,namun Cikgu Ya tidak gentar dan tetap dengan prinsip perjuangan yang asli.Segala dugaan dam masalah yang yang begitu besar ini berlaku ke atas Cikgu Ya,Hanya Allah SWT tempat mengadu dan merintih supaya tidak tetarik dengan tawaran ini.Alhamdulillah Cikgu Ya dapat bertahan sehingga PRU ke-12.Itulah perjuangan kerana Allah SWT yang sebenar berlandaskan Al-QURAN dan AS-SUNNAH segala tekanan dapat di hadapi dengan tenang.

Mana-mana parti yang memperjuangkan selain dari AL-QURAN dan AS-SUNNAH semuanya akan hancur.Lihat lah sekarang apa yang berlaku di Perak 2 ADUN PKR yang berbangsa Melayu sanggup menggadai dan melondehkan semuanya demi kepentingan diri sendiri dan duniawi semata-mata.Buat lah sesuka mu semaksimun mungkin di dunia ini,gonggong lah semuanya sekali gus...tapi ingat di alam sana belum tentu nasib badan mu itu.Amanah rakyat Behrang dan Changkat Jering di khianati dan di nodai sesuka hati mu...tapi ingat di alam sana belum tentu nasib badan mu itu akan selamat.

BILA KATAK MULA MELOMPAT....


KATAK OH KATAK!!!

Tiba-tiba je sejenis haiwan amfibia ini iaitu katak glamor dan mahsyur dalam sekelip mata,siap masuk akhbar gitu.Apa kaitan katak dengan arus politik sekarang??semua sudah tahu kan,kerajaan Pakatan Rakyat tumbang angkara 3 ekor katak puru dan 1 ekor katak minyak yang buat hal.Segalanya bermula dengan si katak minyak yang berada di Bota melompat keluar dari dalam semak,mengukir senyuman yang manis pada pemimpin Pakatan Rakyat……rupa-rupanya senyuman yang di lemparkan si katak minyak ini hanyalah kepalsuan dan sandiwara semata-mata,pandai ke katak bersandiwara??jom kita lihat apa lagi si katak minyak ini telah buat.Si katak minyak ini melompat dari dalam semak masuk ke dalam talam yang licin,tak sempat nak igat(tangkap) terus melompat ke dalam semak balik….kenapa jadi macam tu,kerana badannya licin di sapu minyak.Itulah ADUN BOTA yang botak dari segi nilai kejujuran pada dirinya,sanggup melakukan hal sedemikian semata-mata mencari jawapan pada BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat.Maka tinggallah si katak minyak ini dalam semak ketika ini kerana sangat takut melihat cahaya.

Bermalam lah si katak minyak di dalam semak,maka muncullah sepupu si katak minyak ini iaitu si katak puru yang pemalu,dalam malu-malu pun masih lagi mengukir senyuman tersipu-sipu ini sesama sendiri.Walaupun begitu si katak puru ini yang berasal dari Behrang dan Changkat Jering ini bertemu seekor lagi katak puru di tol Jelapang.3 ekor si katak puru ini berbincang sesama mereka ingin mengikut si katak minyak tadi melancong ke dalam semak.Mereka tidak perlu risau kerana kenderaan dan duit saku untuk ke dalam semak semuanya di tanggung beres oleh si katak minyak tadi.Bukan itu saja banya lagi hadiah untuk mu katak-katak menunggu dengan syarat lompat ke dalam semak.

Maka perjalanan untuk ke destinasi yang di tuju itu mengambil masa yang agak lama kerana kesesakan lalu lintas di sebabkan kerja-kerja pembaikan jalan.Seperti mana surat yang telah di berikan oleh si katak minyak tempoh hari berkenaan tuduhan rasuah oleh 2 ekor si katak puru akan di selesaikan apabila mereka sampai di dalam semak nanti. Mereka menghilang buat beberapa ketika kerana menyiapkan visa dan selepas semuanya selesai mereka pun memulakan perjalanan ke dalam semak,akhirnya sampai jua di tepi semak dan mereka pun terus melompat tinggi masuk ke dalam semak…………rupa-rupanya mereka sudah di nanti oleh kekawan si katak minyak tadi di dalam semak itu.Selepas itu mereka semua melompat tinggi keluar dari semak menuju ke Istana Katak untuk memohon membentuk kerajaan katak,maka tertubuh lah kerajaan katak(BN)……………..

Nyanyikan>>Lompat si katak lompat….lompat lah tinggi-tinggi….apa yang aku dapat nanti…aku dapat Toyota Camry….

Thursday, February 12, 2009

Sambungan.....


.................Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, "Inilah ujian Allah kepada kita".

Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham tidak pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini". Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya". Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik.....bersambung

Wednesday, February 11, 2009

Kisah Jurumandi Jenazah


Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku dikawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yan g lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus memberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan...takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan.

Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. "Lain macam saja ni", fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarl ah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.......bersambung

Tuesday, February 10, 2009

SEBELAH MATA SAJA KE??




Manusia sering kali bersifat memandang sebelah mata dan cepat meletakkan setiap kesalahan kepada seseorang itu tanpa usul periksa.Sebab itulah Islam datang membentuk manusia supaya menyucikan hati dari prasangka-prasangka buruk terhadap sesamaa manusia dalammasyarakat.

Contoh yang paling dekat dengan kita sebagai mahasiswa adalah golongan couple dan golongan yang free hair,memang sebagai seorang mukmin ada rasa benci dan meluat tengok tinghkah laku mereka ini.Tambah pula suasanan sekarang yang menyebabkan mereka ini terus asyik dengan pakaian dan kegiatan maksiat itu,malah peranan media yang semakin secular menyiarkan lebih banyak hiburan dan konsert menyuburka lagi keadaan ini.

Persoalan sekarang ini adakah kita mudah-mudah menghukum bulat-bulat mereka ini?atau pun kita sudah memberi tahu mereka tentang maksiat ini?maka sebelum kita menghukum mereka ini.Kita kena letakkan pada diri kita adakah kita telah berdakwah dan memberitahu mereka bahawa couple dan free hair ini haram?kalau belum jangan kita cepat sangat menghukum dengan hukumanyangberat. Kadang-kadang mereka ini jahil tentang agama dan bagi mereka persoalan dosa tidak timbul pada benak mereka. Jadi apabila mereka tahu dosa pahala dan syurga neraka sudah tentu mereka tidak akan buat.Jadi marilah kita muhasabah sejauh dan sebanyak mana kita memainkan peranan untuk menegur dan menyampaikan kebenaran kepada mereka.Insya Allah marilah kita sama turun dan berdakwah dan mengadakan program program yang boleh menarik mereka pada Islam supaya hati-hati yang kering kembali basah dengan ingat pada Allah SWT.

Sunday, February 8, 2009

KEMENANGAN PAS KELANTAN


DUN

N10 - BUNUT PAYONG (DATUK TAKIYUDDIN HASSAN (PAS) 4,341

N11 – TENDONG (MUHAMMAD MD DAUD (PAS) 1,657

N12 - PENGKALAN PASIR (HANIFA AHMAD (PAS) 2,348

N13 – CHETOK (ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN (PAS) 2,770

N14 – MERANTI (MOHD NASSURUDDIN DAUD (PAS) 3,135

N15 - GUAL PERIOK (MOHAMAD AWANG (PAS) 733

N16 - BUKIT TUKU (ABDUL FATTAH HARUN (PAS) 456

N17 – SALOR (DATUK HUSAM MUSA (PAS) 3,232

N18 - PASIR TUMBOH (AHMAD BAIHAKI ATIQULLAH (PAS) 3,403

N19 – DEMIT (MUHAMAD MUSTAFA (PAS) 4,799

N2 – KELABORAN (MOHD ZAKI IBRAHIM (PAS) 2,212

N20 – TAWANG (HASSAN MOHAMOOD (PAS) 3,278

N21 – PERUPOK (OMAR MOHAMAD (PAS) 1,270

N22 – JELAWAT (ABDUL AZIZ ABDUL KADIR (PAS) 1,022

N23 – MELOR (WAN ISMAIL WAN JUSOH (PAS) 1,616

N24 – KADOK (AZAMI MOHD NOOR (PAS) 1,803

N26 - BUKIT PANAU (ABDUL FATTAH MAHMOOD (PAS) 4,183

N27 - GUAL IPOH (WAN YUSUFF WAN MUSTAFFA (PAS) 5,206

N28 – KEMAHANG (MD ANIZAM AB RAHMAN (PAS) 1,932

N29 – SELISING (DR SAIFUL BAHRIN MOHAMAD (PAS) 783

N3 - PASIR PEKAN (DATUK AHMAD YAKOB (PAS) 4,516

N30 – LIMBONGAN (DR ZAINUDDIN AWANG HAMAT (PAS) 1,633

N31 – SEMERAK (WAN HASSAN WAN IBRAHIM (PAS) 831

N32 – GAAL (DR NIK MAZIAN NIK MOHAMAD (PAS) 323

N33 - PULAI CHONDONG (ZULKIFLI MAMAT (PAS) 1,535

N34 – TEMANGAN (DR MOHAMED FADZLI HASSAN (PAS) 1,239

N35 – KEMUNING (WAN AHMAD LUTFI WAN SULAIMAN (PAS) 916

N37 - AIR LANAS (ABDULLAH YA'KUB (PAS) 795

N39 – MENGKEBANG (ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN (PAS) 1,903

N4 - WAKAF BHARU (CHE ABDULLAH MAT NAWI (PAS) 660

N41 - MANEK URAI (ISMAIL YAACOB (PAS) 1,352

N42 – DABONG (ARIFABILLAH @ MOHD ASRI IBRAHIM (PAS) 552

N45 – GALAS (CHE HASIM SULAIMAN (PAS) 646

N5 – KIJANG (WAN UBAIDAH OMAR (PAS) MENANG TANPA BERTANDING

N6 – CHEMPAKA (DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (PAS) 4,249

N7 – PANCHOR (NIK AMAR NIK ABDULLAH (PAS) 3,437

N8 - TANJONG MAS (ROHANI IBRAHIM (PAS) 6,112

N9 - KOTA LAMA (DATUK ANUAR TAN ABDULLAH (PAS) 5,206

PARLIMEN

P19 – TUMPAT (DATUK KAMARUDIN JAFFAR (PAS) 9,377

P20 - PENGKALAN CHEPA (DATUK AB HALIM AB RAHMAN (PAS) 11,311

P21 - KOTA BHARU (DATUK WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH (PAS) 11,288

P22 - PASIR MAS (DATUK IBRAHIM ALI (PAS) 8,991

P23 - RANTAU PANJANG (SITI ZAILAH MOHD YUSOFF (PAS) 4,486

P24 - KUBANG KERIAN (SALAHUDDIN AYUB (PAS) 10,642

P25 – BACHOK (NASHARUDIN MAT ISA (PAS) 2,901

P28 - PASIR PUTEH (MUHAMMAD HUSSIN (PAS) 3,968

P31 - KUALA KRAI (DR MOHD HATTA MD RAMLI (PAS) 4,984

Friday, February 6, 2009

RENUNGAN



Dipetik dari:
Wadah ‘Alim (Jun 2001)

Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?

Kalau ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan kemana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang

Thursday, February 5, 2009

TERKINI PERAK


Muka tak malu

baling je kasut ke muka depa-depa ni!!

MEMAHASISWAKAN PERJUANGAN siri 3



Kesyahidan para-para pejuang yang ikhlas menterjemahkan hidup mereka di jalan Islam bukan sahaja menjadi panduan buat golongan muda,malah menjadi kelongsang yang bakal di isi oleh mahasiswa sebagai pelancar yang akan meggegarkan ruang udara musuh-musuh Islam seterusnya akan hinggap di buminya sebagai kengerian yang berpanjangan.Mahasiswa ibarat air sungai yang mengalir laju menuju ke hilir,andai di sekat andai di bentengi maka ia akan naik mendadak melimpahi dan tanpa di sangka-sangka bakal memecahkan bentengan itu.

Universiti bukan tempat untuk di jadikan mahasiswa sebagai reban-reban ayam yang di beri suapan setiap hari,kelak akan di sembelih oleh musuh-musuh Islam.Tetapi mesti di jadikan kandang-kandang singa yang akan meraung dan merampas keegoan pemerintah yang mengikut pentunjuk barat.Mungkin di saat ini kamu wahai pemerintah bersuka ria bersama kekuasaanmu,tapi ingat!! Esok kami akan gantikan suasana suka ria dengan teriakan dan tangisan.Kami akan hayungkan kamu di dalam jurang kebinasaan andai kamu masih membisu dan tuli.Pemimpin Negara Islam kini di ulit kemewahan,membiarkan bumi bertuah Palestin di tebuk rakus oleh rejim zionis sesuka hati,semakin bumi Palestin di hujani oleh peluru berpandu Israel semakin pekak dan pondan Negara Islam terutama Mesir,Arab Saudi dan Negara di sekelilingnya.Kini bumi GAZA sedang di hanyutkan oleh air mata dan darah rakyat Palestin tanpa bertali………..bersambung

Wednesday, February 4, 2009

MEMAHASISWAKAN PERJUANGAN SIRI 2


Kemanakah menghilangnya jelmaan teriakan Saidina Umar,kemanakah lenyapnya roh jihad yang meggelegak milik Saidina Ali.Semakin hari umat Islam di ratah dengan begitu rakus tanpa seorang pun yang dapat di bela.Ke mana hilangnya kuasa halilintar yang meleburkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki apabila Bom Atom Amerika singgah di Negara matahari terbit itu.Alangkah sedihnya mendengar teriakan muslimat di dalam penjara Al-Qanatir milik Diktator Koloner Abdu Gamal Nasser.Wanita-wanita di sebat tanpa belas kasihan di kumpulkan dalam satu penjara beramai-ramai.Bukan itu sahaja ada bersama-sama di dalam penjara itu yang menghidap penyakit kronik dan yang menyedihkan lagi memilukan ada yang mengalami penyakit berjangkit sehingga menemui ajal di situ jua.

Perjuangan membela Islam tidak pernah selesai hingga hari kiamat.Gelojak darah mahasiswa semakin hari semakin kepanasan ibarat kuakkan lava gunung berapi Fuji dan ibu gunung berapi Krakatoa mengalir deras membakar segala penghalang yang berada di laluannya.Tunggulah wahai kuasa kuffar gegaran ombak tsunami menyapu dan menggegarkan seantero dunia dengan bidikan sniper dan mesin gun yang sudah ranum untuk kami lemparkan di muka-muka mu wahai Amerika dan Israel.Palestin sudah melahirkan kanak-kanak jihad yang penuh dengan roh perjuangan kental,mengalir dalam diri mereka selautan semangat bekas Ibu mujahidah yang bernama Ustazah Zainab AL-Ghazali Al-Jubaili yang memiliki simpulan dan keteguhan iman mantap.Seksaan demi seksaan,sebatan demi sebatan dan jerkahan demi jerkahan di hamburkan padanya namun sesekali tidak tergoncang iman di dadanya sampaikan mujahidah ini di masukkan di dalam penjara api,penjara air selepas di sebat hingga bercucuran darahnya mengalir deras mewarnai lantai penjara Tentera Mesir .

Alangkah pedihnya luka-luka yang di masuki air.alangkah jahatnya Gamal Abdul Nasser sampaikan sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa mujahidah ini mesti di seksa dengan seksaan yang sama di kenakan ke atas lelaki…..bersambung

Tuesday, February 3, 2009

SEBUTIR BERAS USANG


Di saat rakyat membilang butir-butir beras untuk di masak bagi menyuap beberapa suapan nasi ke mulut-mulut sempit anak-nak mereka,pemimpin terus lena,terus asyik dan terus selesa dibuai kemewahan hidup di dalam mahligai emas.Membiarkan rakyat merintis kelaparan menjamah sisa-sisa makanan semalam.Pemimpin menghadiri jamuan-jamuan mewah di hotel-hotel menyantap hidangan lazat yang tiada bandingan.

Aduhai pemimpin,membiarkan rakyat berjalan di jalanan dengan berkaki ayam memijak duri-duri dan batu-batuan demi meneruskan pengembaraan bagi melaksanakan tanggungjawab mencari sesudu gula,mencari secupak beras dan mencari secubit garam bagi meneruskan agenda kehidupan akan datang.

Pemimpin terus berjalan megah bersama kerlipan kamera-kamera menyusur perlahan di atas pemaidani merah yang harganya boleh di beli dengan ratusan bungkusan nasi untuk rakyat kelaparan.Namun rakyat di suruh dan di kerah berjimat cermat walaupun sebelum ini memakan sepinggan nasi sekali sehari esoknya kenalah makan separuh pinggan bagi menyambut seruan ini di kala kemelesatan ekonomi negara yang amat-amat krititkal sekarang ini.

Aduhai pemimpin.terus menerus bermewah-mewah dan bersenang-senang membeli-belah di New York,Tokyo,Boston,Landon,Barcelona,Beijing,Texas dan Rome menaiki jet-jet peribadi menggegarkan rumah-rumah buruk rakyat di bawah ini.Rakyat hanya memakai kapcai buruk tahun 70-an menyusuri jalan-jalan bendang menuju ke kedai pakaian terpakai untuk di beli dan di pakaikan kepada anak-anak mereka bagi menyambut hari raya,kadang-kadang terpaksa berhutang dan kadang-kadang di halau oleh pekedai kerana tidak mempunyai wang namun membiarkan anak-anak dengan pakaian usang tidak sesekali.

Rintihan demi rintihan rakyat di bawah pondok-pondok usang yang dulunya menjadi tempat simpanan padi kini di jadikan rumah peribadi bagi berteduh dari panas dan hujan walaupun sesekali titisan hujan singgah jua di badan di bawah bumbung kebocoran ini namun semua itu asam garam kehidupan rakyat di bumi bertuah ini…. oh Malayasiaku tercinta.

Harga barang terus mendaki semakin tinggi mencapai awan pelangi,harga petrol terus meningkat di kala pasaran dunia sudah mula turun.Apalah nasib rakyat Malaysia berada di bumi kaya-raya namun kesusahan terus mencengkam kehidupan.Pemimpin terus menggongong hasil kekayaan negara dengan rakusnya ibarat anjing kelaparan,bersenang-lenang dengan kereta-kereta mewah melalui jalan-jalan kampung melanggar lopak-lopak air menyimbah ke badan orang-orang kampung,siapa yang peduli semua itu?adakah kamu waris aku?

Sesekali pemimpin hadir melihat rakyat hanya sekejap saja membawa jurukameranya mengambil gambar tatkala mendukung hanya beberapa saat anak-nak orang kampung bagi di masukkan dalam berita-berita “inilah pemimpin berjiwa rakyat”…..haprak kamu wahai pemimpin.Rakyat spontan mengukir senyuman pabila melihat pemimpin pujaan mereka turun padang walaupun sekejap malah terus melaungkan “hidup UM@#”.Tapi mereka leka bahawa rumahnya akan runtuh seketika nanti……..

Monday, February 2, 2009

MEMAHASISWAKAN PERJUANGAN SIRI 1


Mahasiswa umpama stok simpanan peluru berpandu yang tercanggih di abad akan ini.Mereka menjadi tapak pelancar-pelancar yang akan menggegarkan arena dan gelanggang pemikir-pemikir dunia dalam mencorakkan kemajuan sesebuah Negara.Mereka memerlukan medan tempur yang luas untuk mengaplikasikan seluruh kemahiran yang terpendam dalam diri mereka,jangan biarkan ia meletus dan mengongcangkan dunia politik semasa yang kian panas membara membakar jiwa-jiwa muda yang tandus melihat alatan-alatan tempur musuh yang tercanggih yang telah di miliki kuasa-kuasa besar dunia.

Andai di asak sebegitu hebat nantikan ketewasan berangkai yang akan meranapkan tembok kekebalan algojo-algojo dan diktator-diktator yang zalim.Islam mesti di tegakkan dengan pantas agar orbit bumi yang berputar pada paksinya tidak terus haus dek keamanan dunia yang di ragut ganas oleh jerung-jerung kuffar.Sejarah dunia telah di catatkan sebagai memori pahit buat negara Soviet Union dengan kehadiran pemimpin mahasiswa seperti Gulbudin Hekmatayar yang pantas menyatukan kabilah mujahidin Afghan dengan kabilah Dr Burhanuddin Rabbani seterusnya membentuk barisan tempur yang kental di bumi tandus Afghanistan.Hanya batu-batu dan gunung-gunung yang menyaksikan kehebatan strategi yang di garap oleh mahasiswa dari University of Kabul itu.

Barisan depan yang di terajui golongan Syabab yang penuh dengan uranium tarbiyyah islam tulin berbekalkan titisan keringat yang jatuh dari tubuh As Syahid Imam Hassan Al Banna di bumi Mesir dulu masih basah di bumi Para Anbia itu mengalir deras dalam diri mereka.Kehebatan armada tentera Soviet dengan jet-jet pejuang yang termoden di zaman itu telah di nafikan dan di langsaikan oleh mujahidin Afghan hanya menggunakan senjata yang di buat oleh mereka juga.Sekelip mata keegoaan Soviet Union di rentap dan di usir di bawah kepanasan batuan dan banjaran gunung-gunung dengan hina-sehina hinanya.Maka musnahlah Empayar yang di bina selama ini pada tahun 1990 menjadi debu-debu yang terbang tempang bersama tiupan angin taufan barisan mujahid muda Afghan.Kini luka dulu berdarah kembali dengan bumi Afghanistan dan Iraq telah di tebuk sekali lagi dengan peluru-peluru berpandu Amerika dan sekutunya meruntuhkan kemerdekaan dan kedaulatan Negara itu………bersambung

kekoh.blogspot.com

Sunday, February 1, 2009

MUSLIMAH DAN GAMBAR DI MANA SILAPNYA??




Kadangkala,tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit atau pon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan ada individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar2 mereka pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan. .. terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?

ADA APA DENGAN GAMBAR..??

Baiklah...ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini... ana mulakan dengan persoalan.. Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??


1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi ana rase.... jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2
Friendster dan respon mereka...


KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA


Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??

Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya.. Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini.. Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari... Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu
dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?

INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks , dan lain2. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.. .. Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri... (jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...)

MUSLIMAHDAN GAMBAR

Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu

dipaparkan sewenang2nya di alam maya..Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat .. Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??

Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum) Sedarlah muslimah/akhowat. . sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. .!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH. ..!!

*secara jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*

Ini sepatutnya lebih dirasai oleh bdk sekolah agama..(Al-Amin la tuh)...setelah perkara ini tersebar luas, ramai yg mendelete account Friendster mereka setelah mnyedari perkara ini.. jika mereka boleh, anda bila lagi..??)

sumber :sahabat blogger

SIRI 3 TANJUNG DAWAI 28/1/2009


…………….cahaya mentari mula meredup perlahan-pahan menyentuh ufuk,sebentar lagi bintang dan bulan akan memulakan tugas masing-masing.Bintang-bintang bertaburan yang menghampar langit akan berkelip-kelip mewarnai suasana malam,alangkah indahnya alam ciptaan-Nya untuk manusia yang mahu bersyukur dan sujud pada-Nya.Sedang asyik bintang memperagakan kecantikkan dirinya,bulan pula muncul menambah dan menyerikan lagi suasana malam dengan cahaya suram tapi cukup berperanan menyuluh permukaan bumi juga untuk kemudahan manusia.Alhamdulillah Maha Agung Allah SWT menciptakan sesuatu mahkluk semuanya bermanfaat dan berperanan bagi manusia,dan adakah manusia masih lagi ingkar pada Allah SWT??

Ombak mula menghambat kencang ke tepian pantai menandakan air laut mulai pasang,deruan ombak yang menggigit pepasir itu membawa ke tengah lautan menyentap separa akal ku menyoroti sejarah berlakunya tsunami pada tahun 2004.Tepian pantai yang aku diduki sekarang ini juga terkena biasan kecil tsunami,apa yang pasti kehadiran tsunami tanpa di jemput dan di ajak itu membawa berbagai-bagai hikmah di dalamnya,walaupun kehadirannya meragut ribuan nyawa.Masjid tidak di ganggu oleh badai tsunami,menunjukkan satu alamat kepada manusia bahawa dunia makin hampir kiamat menyuruh manusia segera sujud pada-NYA ……bersambung



kekoh.blogspot.com

KEMENANGAN PAS TERENGGANU


DUN

N12 - BUKIT TUNGGAL (DR ALIAS RAZAK (PAS) 336

N13 - WAKAF MEMPELAM (MOHD ABDUL WAHID ENDUT(PAS) 2,193

N15 – LADANG (DATUK ENGKU HASSAN ENGKU OMAR (PAS) 31

N16 - BATU BURUK (DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI (PAS) 1,161

N18 - BUKIT PAYUNG (MOHD NOR HAMZAH (PAS) 115

N19 - RU RENDANG (DATUK SERI ABDUL HADI AWANG (PAS) 2,686

N22 – MANIR (DATUK DR HARUN TAIB (PAS) 432

N27 – SURA (WAN HASSAN MOHD RAMLI (PAS) 1,000


PARLIMEN

P36- KUALA TERENGGANU (MOHD ABDUL WAHID ENDUT(PAS) 2,631

P37 – MARANG (DATUK SERI ABDUL HADI AWANG (PAS) 2,747

Friday, January 30, 2009

SIRI 2 TANJUNG DAWAI 28/1/2009


……..kecantikkan wanita pada kekebalan sifat malunya,jika sifat malu itu di pudarkan malah di campakkan jauh dari tubuh maka tiada erti dan tiada makna seorang wanita itu,kini sifat malu itu di londehkan oleh ramai wanita dengan berpakaian ketat gelemat tanpa ada rasa segan apatah lagi rasa malu.Apabila sifat ini tiada sudah pasti kecantikkan yang sebenar tiada erti buat jejaka Islami.Peliharalah wahai wanita,balutkan tubuhmu dengan ketebalan sifat malu kerana diri mu begitu berharga.Sedang asyik aku berfikir, helaian daun ketapang menguis lembut bahu ku sebelum jatuh menghampar bumi,panahan mataku tajam menilik daun ketapang itu kerana di saat itu aku mula mencari hikmah di sebalik luruhnya daun ketapang itu.

Akal ku mula menggembara jauh memikirkan usia dewasa ku ini,adakah ibadat dan amalan kebajikan sudah ku rebut semaksimanya di waktu tenaga muda ku dulu??tusukkan demi tusukkan menyepak ulu hati ku,lantas hati kecil ku berbicara lembut berjalan hingga masuk ke neuron memberi taksiran yang pelbagai,jiwa ku mula resah menyoroti sejarah umur ku,kerna aku tak tahu selepas ini masihkan aku punyai tenaga yang kuat?atau masa yang lapang?peluh mula menonjolkan dirinya di dahi ku,yang pastinya umur ku pasti di tamatkan apabila sampai masanya nanti…………….bersambung

Thursday, January 29, 2009

TANJUNG DAWAI 28/1/2009



Angin berlari menyapa-nyapa lembut helaian janggut dan muka ku,renungan mata ku lemparkan jauh-jauh di samudera biru yang terbentang luas di hadapan ku.Sekumpulan burung camar terbang berlegar-legar di atas muka laut yang berlumpur itu mencari ikan belacak bagi mengisi gemolok yang kosong.Panahan mata terus ku dambakan pada lautan itu memandang sebuah kolek kecil sedang memukat ikan,bertaut di pukat koyak itu beberapa anak ikan gelama,”mungkin ini lah rezeki yang ada pada hari ini untuk menyuapkan ke mulut-mulut sempit anaknya apabila pulang nanti”,benak ku mula meneka entah betul atau tidak belum pasti.Namun kegigihan lelaki itu bersama kolek senget sudah cukup menceritkan keperitan hidupnya.


Walaupun begitu tanggungjawab seorang ayah tetap di tunaikan bersama pukat koyak demi sebutir beras,separuh umurnya di dambakan pada perut samudera ini sebagai usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.Sedang asyik memandang di kejauhan tiba-tiba dua ekor rama-rama mengoyakkan dan memotong lamunan ku serta-merta,terbang tempang di depan ku kerana di sapa simpulan angin petang.Lantas ku hulurkan tangan menghalakan lima jari-jemari menangkap seekor rama-rama yang di depan dan melepaskan seekor lagi terbang bebas,namun yang pasti rama-rama itu merayu padaku untuk melepaskannya dengan isyarat sesungutnya,tanpa berfikir panjang aku pun membuka kepitan dua jari bagi rama-rama itu bebas terbang melihat alam seperti biasa……corak pada badan rama-rama itu rupa-rupanya terlekat pada urat jari-jemari ku,di saat itu aku mula berfikir nilai seorang wanita……..bersambung

kekoh.blogspot.com

Kerana Dia Manusia Biasa




“Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb.”

Sumber: sahabat blogger


KEMENANGAN PAS NEGERI KEDAH



N10 - BUKIT PINANG (MD ROSHIDI OSMAN (PAS) 3,399
N27 - PANTAI MERDEKA (ABDULLAH JUSOH (PAS) 523
N14 - ALOR MENGKUDU (DR ISMAIL SALLEH (PAS) 2,247
N15 - ANAK BUKIT (AMIRUDDIN HAMZAH (PAS) 3,806
N16 - KUBANG ROTAN (MOHD NASIR MUSTAFA (PAS) 1,387
N17 – P. KUNDOR (PHAHROLRAZI ZAWAWI (PAS) 3,122
N18 - TOKAI(MOHAMED TAULAN MAT RASUL (PAS) 6,578
N20 - SUNGAI LIMAU (AZIZAN ABDUL RAZAK (PAS) 3,212
N24 - JENERI (YAHYA ABDULLAH (PAS) 167
N26 - TAJUNG DAWAI (DR HAMDAN KHALID (PAS) 79
N31 - KUPANG (JOHARI ABDULLAH (PAS) 2,094
N33 - MERBAU PULAS (AISHAH GHAZALI (PAS) 3,576
N36 - BNDR BAHARU (YAAKOB HUSIN (PAS) 1,849
N4 - AYER HITAM (ABDUL GHANI AHMAD (PAS) 506
N9 - BUKIT LADA (AHMAD IZZAT SHAUKI (PAS) 268
N32 - KUALA KETIL (MD ZUKI YUSOF (PAS) 4,880

P11 - PENDANG (DR MOHD HAYATI OTHMAN (PAS) 4,073
P12 - JERAI (MOHD FIRDAUS JA'AFAR (PAS) 2,299
P13 - SIK (CHE UDA CHE NIK (PAS) 481
P16 - BALING (TAIB AZAMUDDEN MD TAIB (PAS) 7,613
P7 - PADANG TERAP (MOHD NASIR ZAKARIA (PAS) 369
P8 - POKOK SENA (MAHFUZ OMAR (PAS) 5,731

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails