Angin berlari menyapa-nyapa lembut helaian janggut dan muka ku,renungan mata ku lemparkan jauh-jauh di samudera biru yang terbentang luas di hadapan ku.Sekumpulan burung camar terbang berlegar-legar di atas muka laut yang berlumpur itu mencari ikan belacak bagi mengisi gemolok yang kosong.Panahan mata terus ku dambakan pada lautan itu memandang sebuah kolek kecil sedang memukat ikan,bertaut di pukat koyak itu beberapa anak ikan gelama,”mungkin ini lah rezeki yang ada pada hari ini untuk menyuapkan ke mulut-mulut sempit anaknya apabila pulang nanti”,benak ku mula meneka entah betul atau tidak belum pasti.Namun kegigihan lelaki itu bersama kolek senget sudah cukup menceritkan keperitan hidupnya.
Walaupun begitu tanggungjawab seorang ayah tetap di tunaikan bersama pukat koyak demi sebutir beras,separuh umurnya di dambakan pada perut samudera ini sebagai usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.Sedang asyik memandang di kejauhan tiba-tiba dua ekor rama-rama mengoyakkan dan memotong lamunan ku serta-merta,terbang tempang di depan ku kerana di sapa simpulan angin petang.Lantas ku hulurkan tangan menghalakan lima jari-jemari menangkap seekor rama-rama yang di depan dan melepaskan seekor lagi terbang bebas,namun yang pasti rama-rama itu merayu padaku untuk melepaskannya dengan isyarat sesungutnya,tanpa berfikir panjang aku pun membuka kepitan dua jari bagi rama-rama itu bebas terbang melihat alam seperti biasa……corak pada badan rama-rama itu rupa-rupanya terlekat pada urat jari-jemari ku,di saat itu aku mula berfikir nilai seorang wanita……..bersambung
kekoh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment