Wednesday, March 18, 2009

SALAH KE AKU MENEGUR??



Setelah 51 tahun parti UMNO memimpin kerajaan Malaysia,UMNO kini semakin tua dan beruban,bukan itu sahaja,satu isyarat pada 8 Mac 2008 membuktikan segala-galanya pada parti UMNO.Fenomena ini memperlihatkan perubahan dan mood rakyat pada parti UMNO kian pudar dan kian tawar dek keangkuhan yang melampau.Apa yang jelas sekarang rakyat semakin tertekan dengan sikap dan moral sebilangan pemimpin UMNO terpalit dengan kes-kes rasuah yang berkurun dan berzaman lamanya menjadi acuan yang sebati dalam parti UMNO.

Namun hakikatnya pemimpin yang rasuah itu akhirnya di lepaskan bebas dan masih lagi memimpin kerajaan Malaysia mahupun memimpin parti UMNO.Sudah berzaman dan berkurun lamanya cerdik pandai seperti doctor,pensyarah dan golongan professional mengambil sikap mungunci mulut dan menutup sebelah mata demi memberi kepercayaan pada UMNO memacu Negara ini dengan baik,namun bak kata pepatah harapkan pagar,pagar makan padi.Sesungguhnya harapan jutaan rakyat yang selama ini memberi undi dan kepercayaan pada parti UMNO rupanya sia-sia belaka,bukan itu sahaja mutakhir ini pelbagai gejala social muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kes bunuh,rogol,merompak,mencuri,merempit dan berkilo-kilo lagilah kes-kes yang berat berlaku dalam Negara kita termasuklah kes berprofil tinggi pembunuhan Altantuya yang sampai sekarang tidak berjaya menangkap pesalahnya.Rakyat sudah muak dengan system kehakiman Negara kita yang berat sebelah seperti dacing yang senget.

Mungkin gejala sosial ini sudah menjadi biasa kepada rakyat selama ini di bawah kerajaan Islam Hadari pimpinan Pak Lah Badawi.Apa apa pun isu ini sudah bersarang dan agak lama,tapi isu terbaru yang membuatkan rakyat cukup benci pada pemimpin UMNO adalah isu PPSMI yang kita semua ketahui bukan sahaja membunuh bahasa dan bangsa tapi membunuh sama sekali kepercayaan pada parti UMNO yang sona.Menjelangnya perhimpunan agong UMNO sehari dua lagi sudah tentu pembahagian wang akan rancak mengalir,ini di akui sendiri oleh En.Bakar dari Langkawi semasa saya berbual pada 2 bulan lepas memang cukup teruk dan buruk cara mereka mengangkat pemimpin,maka tidak hairanlah bila dan jadi pemimpin kelak amalan rasuah ini akan terus-menerus.

Namun apabila rakyat menegur,mereka melempang rakyat dengan semburan gas pemedih mata dan pancutan water canon serta memasukkan ke dalam ISA yang sial itu.Rakyat menegur itu bukannya dari kalangan rakyat biasa yang berada di kampong-kampung dekat dengan jin bertendang.Tapi yang menegur itu adalah pakar bahasa seperti Dato’A.Samad Said,Dr Hassan Ahmad dan yang menegur itu adalah para alim ulama supaya amanah kepemipinan itu membuahkan pahala yang bakal mendapat syurga dan bukannya semakin berdosa yang akan di humbankan ke dalam neraka kelak.Rakyat menegur agar sama-sama selamat di dunia dan akhirat kerana amanah kepimpinan ini adalah tanggungjawab yang besar dan bukannya boleh di main-main seperti bermainnya kanak-kanak tadika kemas.

Aku sebenarnya bukan lah suka sangat menegur dan menuduh membiawak buta saja tanpa usul periksa,tapi aku mengkaji dan menggamati setiap perkara,kerana di sampai saat ini bangsa Melayu terus layu dan mundur di bawah pimpinan UMNO di sebabkan sikap bongkak dan angkuk tahap gaban.Maka yang menjadi mangsa adalah aku sebagai rakyat yang sekarang ini ibarat melukut di tepi gantang Bagdad.Kemewahan yang di miliki Negara ini hanya dapat di rasai dan di gongong dengan rakus oleh pemimpin Negara,rakyat hanya melihat dan menadah dengan tangan kosong,adapun yang datang bukannya sekampit beras tapi semburan water canon dan tembakan peluru.Kenapa rakyat sering tertipu?kenapa kekayaan Negara hanya di kecapi oleh pemimpin sahaja?adakah rakyat seperti robot yang tidak berperasaan dan tidak berselera dengan semua itu?......

Hati rakyat terus di ratah dan di lukai sepanjang masa,cuma sesekali hati rakyat ini di ubati dengan media seperti TV3 suku dan RTM yang memberi sedikt penawar,namun rupanya penawar itu palsu semata-mata.Apalah nasibku di bumi keramat Malaysiaku berada pula di bawah pemimpin UMNO yang hatinya batu.Wahai pemimpin sebangsa ku dengarlah luahan hati rakyatmu ini agar aku dapat hidup bersama kedamaian ISLAM sebagai lambang kemegahan di bumi Malaysia ini,pencuri dan perompak tiada lagi,aku hidup jua dengan tenang tak perlu takut pada jembalang di waktu malam kerana aku tahu ISLAM sudah berkuasa di bawah pemimpin sebangsa ku,namun itu hanyalah angan-anganku semata-mata,ku harap ia menjadi kenyataan dan yang pasti pemimpin sebangsa ku dan seagma ku masih berkuasa di bumi bertuah Malaysia ku yang ku cintai sepanjang hayat ku.

Nukilan Syed Izham 3.02 pagi

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails