Saturday, March 7, 2009

51 TAHUN KITA DI PERBODOHKAN….


Lihatlah wahai bangsaku,setelah 51 tahun lebih UMNO memegang dan memacu Malaysia dengan kuasa yang di berikan oleh rakyat,namun bangsa Melayu semakin layu dan kuyu.UMNO lah punca segala-galanya dalam menghapuskan identity bangsa sendiri bukan itu saja UMNO juga lah yang menjadikan bangsa Melayu mundur dalam semua bidang yang ada pada hari ini,yang lebih parah dan kritikal berkaitan dengan agama kita iaitu Islam yang semakin terhakis pada diri pemuda dan pemudi bangsa Melayu.Mereka lah yang memenggalkan leher bahasa ini secara beransur-ansur dan kini tembelang dan temberang sudah kita nampak betapa biadap nya UMNO pada bangsa sendiri.


Masalah mat rempit semakin hari semakin menjad-jadi,jenayah rogol dan bunuh semakin parah lagi membarah.Sepatutnya dengan pengalaman yang cukup lama dalam kerajaan pusat masalah social ini boleh di kurangkan,tapi tidak ianya semakin memuncak dan mencanak naik.Ini menunjukkan kegagalan dalam melahirkan modal insan seperti mana yang di laung-laungkan selama ini.Bukan itu sahaja,pemimpin UMNO juga memesongkan pegangan umat islam dengan memperkenalkan ISLAM HADARI,memang kita tidak nafikan bahawa prinsip yang di bawa adalah elok dan molek,tapi seolah-olah prinsip itu sekadar kulit semata-mata demi mengekalkan momentum pemerintahan jakun ini.Jika mereka betul-betul mengambil cakna dan mempedulikan masalah rakyat kenapa ramai lagi rakyat yang miskin yang ada di luar bandar,kalau nak di kira hasil kekayaan Negara amatlah banyak dengan adanya hasil petroleum,balak dan sumber mineral yang lain,sepatutnya rakyat sudah terkeluar dari garis kemiskinan ini,tapi tidak rakyat makin sengsara dan melarat,ada yang makan siput babi dan ada juga yang makan ubi kayu seperti zaman penjajah.Apakah daya rakyat di gembirakan dan diseronakkan ketika pilihanraya saja,selepas itu di tepis jauh-jauh pemintaan rakyat.Menggunakan media elektronik sebagai sebaran maklumat kepada rakyat berita-berita yang palsu dan fitnah terutamanya TV3 yang semakin hari semakin menjadi kesukuannya.


Wahai bangsaku pandanglah orang Jepun,mereka hanya memerlukan 30 tahun saja untuk bangkit setelah Negara mereka di gegarkan dengan bom atom yang di gugurkan oleh Amerika Syarikat,sekarang bangsa mereka di pandang tinggi di mata dunia dengan kemajuan yang ada,mereka boleh berbangga dengan syarikat permotoran seperti Toyoto,Honda,Suzuki dan sebagainya.Pada hari ini bangsa Jepun sekali lagi mengejutkan masyarakat dunia terutama AS dan kesatuan Eropah dengan kemunculan robot yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan bukan itu sahaja robot itu menjadi guru kepada anak-anak mereka.Itulah kemajuan dan kemegahan bangsa mereka,dan dengan kemajuan itu adakah bahasa mereka terhapus??jawapannya bahasa mereka telah di pelajari di serata dunia dan saya pun belajar bahasa Jepun selama 2 tahun,kerana apa??kerana mereka memiliki teknologi yang hebat dan kita mestilah belajar bahasa meraka jika ingin mempelajari teknologi yang ada pada bangsa mereka.Terbukti lah sekarang bahawa mereka berjaya mengubah dunia dan bahasa mereka menjadi rebutan dan bualan di serata planet bumi ini.


Namun pemimpin kita sanggup mereka membiarkan rakyatnya dalam kepayahan,mereka bersenang-lenang dan kaya-raya boleh pergi membeli-belah di London,Tokyo,Barcelona,Rome,Boston,Los Angeles dan New York terbang bersama jet peribadi dalam masa seminggu.Menghabiskan jutaan duit rakyat dan jutaan duit itu sepatutnya dapat di manfaatkan untuk pembangunan rumah-rumah rakyat,namun mereka tidak pandang pun rintihan dan deraian air mata rakyat,malah jet yang mereka naiki ini hanya menggegarkan rumah –rumah usang rakyat di bawah ini.Undi yang di berikan pada pilihanraya tempoh hari ibarat mencurah air ke daun keladi,mengharapkan mereka turun menjengok rakyat tapi batang hidung kepek pun tak nampak.Jikalau ada pun hanyalah sekejap saja mendukung beberapa saat saja anak kecil lalu di ambil gambar oleh photographer peribadi di masukkan ke dalam media massa dan melaungkan ini lah pemimpin berjiwa rakyat!! Rakyat terus merintih namun rintihan itu ibarat di bawa angin semilir kemana-mana saja tanpa ada singgahnya.


Pemimpin UMNO terus menggongong hasil kekayaan negara dengan rakus dan terus mengenakan akta-akta yang tidak relevan kepada rakyat,akta AUKU di kenakan kepada mahasiswa agar mematuhi segala tindak-tanduk kerajaan tanpa membangkang sedikit pun,maka jadilah mahasiswa seperti budak tadika kemas.Sebenarnya mereka ingin melihat dan memperbodohkan lagi rakyat….bila rakyat bodoh dan miskin maka senanglah mereka memancing rakyat pada pilihanraya yang akan datang,semakin bodoh dan semakin miskin orang Melayu semakin mudah dan senanglah mereka mengekalkan kuasa memerintah Negara.Jika mereka betul ikhlas sebagai pemimpin dan ingin melihat rakyat berjaya,ingin melihat Negara ini maju,ingin melihat agama ISLAM semakin indah dan berkuasa…maka mereka mesti laksanakan undang-undang islam,mansuhkan PPSMI,pecat dan hambat pemimpin-pemimpin rasuah dan tangkap pembunuh Altantuya.Jika mereka masih bersikap begini maka wajib kita berjuang menjatuhkan pemimpin-pemimpin munafik seperti ini.

bersambung.......

10.51 pm

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails