Alhamdulillah,hari ini saya dan para sahabat berpeluang menghadiri satu majlis Maulid Ar-Rasul bersama Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Baba Khairul iaitu Mudir Pondok Gajah Teriak,Jitra,Kedah Darul Aman.Beliau amat di segani kerana tingginya ilmu yang di miliki,beliau menjelaskan mengadakan Maulid adalah untuk mendekatkan diri pada Allah SWT dan menzahirkan mahabbah dan kegembiraan kepada Nabi Muhammad SAW.Walaupun Nabi tidak pernah buat,tetapi bidaah yang baik dan mengembalikan serta membangkitkan rasa cinta kita terhadap Nabi SAW yang telah pudar.
Beliau juga menjelaskan lagi,sebenarnya orang yang menghalang melakukan maulid ini adalah dari golongan wahabi yang ingin menjauhkan kita dari beramal dengan Islam.Beberapa sahabat telah menjelaskan seperti di bawah:
Saidina Abu Bakar As-Siddiq.”Sesiapa yang mengagungkan maulid Nabi,pasti dia akan menjadi kawan dan sahabat rapat di akhirat kelak.”
Saidina Umar AL-Khattab.”Sesiapa yang mengeluarkan I dirham untuk maulid Nabi,seolah-olah mereka menghadiri 2 peperangan iaitu perang Hunain dan perang Badar.”
Saidina Uthman pernah berkata.”Sesiapa yang membesarkan Nabi,sesungguhnya dia telah menghidupkan agama Islam.”
Sambutan maulid ar-Rasul ini dengan berselawat dan qasidah memekarkan lagi hati dan bukti cinta serta kasih pada Nabi SAW.Namun ini sebahagian kecil dari rasa cinta pada Nabi,tapi mestilah menterjemahkan rasa cinta pada Nabi itu dengan benar-benar menjunjung perjuangan Nabi dan beramal sungguh-sungguh terhadap amalan yang Nabi telah buat.
Bukannya menyambut secara besar-besaran maulid Nabi tapi melawan dengan sangat hebat para ulama’ sebagai pewaris dan pembawa risalah Nabi.Jika ini terjadi maka tak payah menghabis duit banyak-banyak buat sambutan tapi lawan dan penjarakan ulama’,al-quran hanya di baca tapi tidak di amalkan.Maka lihatlah pemimpin Negara kita yang masih lagi mempertahankan undang-undang penjajah dan terus menutup pintu kepada undang-undang Islam.
No comments:
Post a Comment