Selepas beberapa hari berlalunya demontrasi membantah PPSMI,yang mana rakyat terpaksa membayar dengan harga yang amat mahal sanggup meninggalkan anak isteri,ada yang sanggup menutup kedai dan ada yang membawa seluruh ahli keluarga turun berdemo demi melihat kelangsungan bahasa Melayu terus meniti zaman.Namun kehadiran puluh ribu rakyat di atas jalan raya yang memegang tangan anak kecil dan tangan terketar-ketar ibu tua,rupa dibalas dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata sampaikan ibu tua terpaksa mengagahi diri untuk lari dari semburan itu,namun apa sangat kudrat yang ada pada ibu tua berbanding kelajuan semburan water canon dan tembakan peluru.
Apakah dosa dan kesalahan ribuan rakyat terus di sembur dengan gas pemedih mata,umpama menyembur nyamuk Aedes.Rakyat bukannya lawan kamu wahai FRU….tapi rakyat berdemo untuk memperlihatkan kepada mereka yang buta kayu,pekak badak,juling itik dan tuli supaya mansuhkan PPSMI bukannya turun untuk merosakkan harta benda awam.
Tetapi ini lah dia ucapan dan sambutan yang di berikan oleh Kerajaan pusat pada ribuan rakyat dengan hadian semburan water canon dan gas pemedih mata.Rupa mereka sudah lupa satu ketika dulu bahawa rakyat ini lah yang memberi undi pada pilihanraya tempoh hari,tapi ini balasan dan simpati mereka kepada sang rakyat.Alangkah sedihnya hati rakyat,alangkah tergurisnya jiwa rakyat dan alangkah hinanya rakyat Malaysia ini habis madu sepah di buang,itulah nasib rakyat di bumi keramat Malaysiaku.
Wahai bangsa Melayu kemanakah mereka ingin membawa kamu,ingin ke syurga??tapi masih mengekalkan undang-undang penjajah,masih lagi rasuah,masih lagi kedaroh,masih lagi membiarkan isteri-isteri tidak terarah.Atau ingin membawa bangsa dan bahasa Melayu menguasai dunia ini??jauh…jauh panggang dari api.Atau ingin membawa kearah kemusnahan dan menjahanamkan kita semua??yang ini aku yakin akan berjaya mereka bawa kita sampai ke tujuan itu.
Namun hari ini,mereka masih berdegil,masih membutakan mata dan masih memekakkan telinga tiada lagi jawapan berkenaan PPSMI.Pelajar Melayu dan yang lainnya terus menunggu supaya bantahan ini di terima namun sebutir habuk pun tiada menyinggah mana-mana.Memang sah lah mereka hendak mengomputihkan orang Melayu supaya terus layu dengan identity bangsa Melayu sendiri dan terus kuyu dengan agama sendiri,akhirnya akan merayu semahu mahu pada pemimpin Melayu yang buat tak tahu…..bersambung
No comments:
Post a Comment