Tuesday, March 24, 2009

MELAMPAUNYA MEREKA….



Sudah terang lagi bersuluh betapa jahat dan melampaunya kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Parti keris berkarat UMNO.Kes-kes seperti rasuah,memfitnah,dan merompak harta Negara adalah kebiasaan bagi parti ini.Kesombongan dan keegoaan yang melampaui batas-batas kemanusiaan menjadi prinsip perjuangan parti yang sudah tua dan beruban ini.

Selama 51 tahun rakyat di perbodokan dan di bengongkan oleh parti UMNO.Baru-baru ini juga puluh ribu rakyat turun berdemontrasi menggegarkan Bandaraya Kuala Lumpur membantah PPSMI,namun rakyat di beri layanan seperti nyamuk aedes di beri semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata,tetapi semburan itu rupa-rupanya mukadimah bagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai segala-galanya dan sewenang-wenangnya boleh memenyek rakyat di bawah ini.Sudah banyak memorandum yang rakyat hantar kepada kerajaan berkenaan semua isu yang berkaitan dengan permasalahan rakyat,namun rupa-rupanya semua memorandum itu tidak di belek pun malah yang amat menyedihkan semua memorandum itu di bakul sampahkan oleh kerajaan UMNO.

Bukan itu saja,malam ini mereka terus melancarkan semburan water canon kepada rakyat yang sedang mendengar ceramah Anwar Ibrahim di Bukit Selambau ini,yang menyedihkan lagi kanak-kanak dan bayi turut sama menjadi mangsa kerakusan dan kegilaan FRU yang di miliki oleh kerajaan UMNO.Mereka tidak peduli lagi nilai-nilai kemanusiaan yang penting mereka terus bermaharajalela dengan kuasa yang ada padanya.Bukan itu sahaja hadirin yang sedang makan di bawah khemah makanan sementara bertempiaran lari,gerai-gerai yang menjual kekacang,air kepok dan lain-lain lagi terus di hujani dengan semburan water canon.

Jika rakyat Palestin di hujani oleh bom-bom tentera Zionis Israel di tanah air sendiri,tapi rakyat Malaysia di buru oleh bangsa dan pemimpin mereka sendiri di bumi keramat Malaysiaku.Sememangnya parti UMNO ini akan terus begini dulu kini dan selamanya,tambahan pula Najib yang berketurunan Mongolia ini akan mengambil alih tampuk kepimpinan Negara sedikit masa lagi.

Keadaan sekarang ini cukup genting buat Najib andai pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau ini jatuh kepada Pakatan Rakyat.Itulah yang sekarang ini membingungkan Najib dan konco-konconya,bukan itu sahaja berkuatkuasa sekarang ini akhbar Harakah dan Suara Keadilan akan di gantung permit selama 3 bulan di sebabkan ketakutan yang melampau parti UMNO pada media cetak ini,andai tidak di gantung sudah pasti kekalahan pada pilihanraya kecil ini tampak cerah.Maka kerajaan UMNO pun bertindak membiawak buta tanpa berfikir kesan yang bakal berlaku kelak…ini kah prinsip golongan Islam Hadhari??????????????????

12.37 am

1 comment:

  1. betul ker gambo tuh?? idop PKR . .PAS . . sayer ni ikot jerk citer2 nih..dah malas nak layan politik seme kotor xcept nik Aziz.. tok guru kesayanganku..lalala

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails