Friday, March 6, 2009

HAPUSKAN MEREKA………..



Insya Allah 7 mac ini bertempat di depan Istana Negara akan diadakan perhimpunan RAKSASA 100 RIBU bagi menghapuskan BAHASA INGGERIS dalam mata pelajaran sains dan matematik.Setelah bertahun-tahun system ini di perkenalkan kepada rakyat selama itulah tekanan yang terpaksa di hadapi oleh pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru bagi menguasai system pembelajaran ini yang dulunya di perkenalkan pada zaman Mahathir.


Namun sekarang ini ternyata system ini gagal dan bukan itu sahaja ramai pelajar-pelajar yang tertekan malah menjadi bosan untuk belajar lagi kerana tidak dapat memahami,yang lebih parah lagi adalah system ini bakal menguburkan dan melenyapkan identity sebenar bangsa Melayu dan juga bahasa Melayu,masihkan kita ingat Perjanjian Pangkor yang di tulis dengan tulisan jawi??ini menunjukkan penerimaan bahasa kita sebagai perantara dan juga di kenali senatero dunia sedikit masa dulu.Namun kini ianya di musnahkan oleh bangsa kita sendiri yang keparat iaitu pemimpin UMNO.Mereka ingin melihat orang Melayu maju tapi maju dengan menggunakan bahasa asing dan bukanyanya dengan bahasa sendiri.


Lihat lah wahai bangsaku Melayu kepada bangsa Jepun dan bangsa Korea mereka boleh maju dan merupakan bangsa yang menjadi ikutan dunia,mereka maju bersama bahasa mereka sendiri dan bukannya bahasa asing.Sejarah membuktikkan sesebuah bangsa yang maju bergerak seiring dengan bahasa ibunda sendiri.Jika Jepun dan Korea boleh maju dengan bahasa mereka sendiri,kenapa kita tidak boleh??jawabbbbbb………..pemimpin UMNO??!!apabila di ajak berdebat isu ini mereka bacul dan takut sampai terkencing….mereka tahu berlagak dengan menggunakan kuasa semata-mata tapi yang sebenarnya mereka pun buta sejarah dan tak tahu sejarah.


Turunya pahlima-pahlima bahasa seperti A.Samad Said,Khalid Salleh,Dr Hassan Ahmad dan ramai lagi golongan cerdik pandai daripada kalangan pensyarah menunjukkan keadaan bahasa Melayu dan bangsa Melayu cukup tenat dan kritikal sekarang.Harapkan pada keparat UMNO yang selalu melaungkan hidup Melayu………..rupanya mereka adalah kepala bapak retorik semata-mata.


Apa akan jadi dengan agama kita iaitu Islam andai system ini terus berjalan??jikalau pemimpin UMNO masih lagi memekakkan telinga,membutakan mata dan tidak langsung menghiraukan suara rakyat ini,maka kita akan lihat agama kita akan pudar dan hilang di jiwa-jiwa pemuda-pemudi kita…ayuh rakyat Tanah Melayu bangkit bersama kita hapuskan system ini secepat mungkin jika kita mahu lihat bahasa Melayu terus di gunakan …jika tidak bahasa kita akan terlacur oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang haprak ini.

12.53 am

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails