Friday, February 24, 2012

Kemana lagi Adun UMNO Paka, Zakaria nak lari ?

Selepas para pelajar, ibu-bapa, kakitangan sekolah serta masyarakat awam berdemontrasi membantah tindakan 5 JKKK yang merampas tanah sekolah 12 Februari tempoh-hari, barulah buat pertama kali pihak pemimpin Umno-BN bersuara. Adun Paka khususnya membuat sidang media di Permai Inn, Kuala Terengganu. Tempoh 7 hari diberi kepada penulis untuk menarik balik tuduhan bahawa beliau lari ke Resident Resort ketika demontrasi ke pejabat beliau diadakan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Adun Paka sendiri.



Tempoh 7 hari hampir tamat


Gambar demo semuka penuh oleh akhbar Sinar harian

Tetapi apa yang malang dan menyedihkan berdasarkan laporan media iaitu Sinar harian yang bertarikh 14 Februari dan Berita Harian keluaran Ahad itu serta pengamatan yang dibuat oleh penulis melalui rakaman video terhadap Sidang Akhbar tersebut didapati Adun Paka, YB Zakaria memberi maklumat bohong, palsu serta berasaskan fitnah semata-mata.

Amat malang, bagaimana seorang yang berstatus wakil rakyat yang sepatutnya telus, adil serta memberikan jawapan yang berasaskan fakta dan kebenaran tetapi bertindak sebaliknya. Tuduhan dan tohmahan berdasarkan emosi dan nafsu beliau yang jelas bersikap wakil kroni dan bukannya wakil rakyat. Beliau bercakap dihadapan wartawan yang tidak mengetahui kedudukan sebenar dan ianya dilapurkan kepada rakyat secara sehala.14 perkara yang dibangkitkan oleh Adun Paka untuk menghalalkan tindakan pihak pemimpin Umno-BN dan JKKK yang bertindak merampas tanah Sekolah Rendah Agama Islam Darul Bayan adalah kenyataan dan jawapan yang amat dangkal.

Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan satu persatu dan menjawabnya disini. Bahkan penulis telah membuat kenyataan akhbar yang telah disiarkan kelmaren oleh Sinar Harian pada 20hb Februari 2012 dengan mencabar pihak Adun Paka untuk diadakan “Debat Rakyat” dalam isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ini agar masing-masing boleh mengemukakan hujjah dan boleh dijawab secara adil dan seimbang.Surat rasmi sudah dihantar ke Pejabat Adun Paka dengan tarikh serta tempat boleh ditentukan oleh pihak Adun Paka sendiri untuk diadakan di kawasan Dun Paka sendiri. Pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tidak guna beliau bercakap dan berhujah dihadapan wartawan tetapi biarlah beliau berani berhadapan dengan rakyat beliau sendiri dan biarlah rakyat boleh menjadi hakim.

Kenyataan akhbar untuk cabaran debat rakyat kepada Adun Paka


Tajuk debat juga telah disarankan berdasarkan persoalan yang dibangkitan beliau ketika siding media tersebut iaitu : “Siapa Rampas tanah Siapa?” atau persoalan kedua yang beliau bangkitkan : “Siapa Yahudi, Siapa Palestine?” Adakah beliau berani? Atau beliau sekali lagi nak melarikan diri daripada menghadapi kebenaran dan rakyat beliau sendiri? Atau beliau hanya berani menipu dihadapan wartawan semata dan tidak berani berhadapan dan bersemuka di pentas terbuka? Berani kerana benar, takut kerana salah!Mengenai jawapan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said dihadapan wartawan sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Harian Ahad lalu, penulis tak berminat untuk mengulasnya kerana zahir sangat bahawa beliau tak tahu apa-apa, hanya membuat kenyataan bodoh sahaja.


Laporan SPRM oleh Pengerusi J/K Bertindak dan Guru Besar SRIDB

Hari Ahad lalu juga pihak Jawatan Kuasa Bertindak terhadap rampasan tanah SRI Darul Bayan telah membuat report dan aduan kepada pihak SPRM Kuala Terengganu agar diadakan siasatan menyeluruh terhadap bagaimana rampasan tersebut boleh berlaku dan kita berkeyakinan adanya salah-guna kuasa berlaku terhadap prosedur yang membawa kepada tindakan rakus serta zalim ini.

Semua cara akan digunakan bagi mempertahan tanah Sekolah agama ini yang dibangunkan menggunakan harta zakat dan wakaf orang ramai dan semoga mereka yang terlibat dengan kezaliman ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amen. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails