Tuesday, February 7, 2012

Najib takut isytihar PRU13 ,


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Menurutnya, keadaan itu turut dipengaruhi sokongan kaum Cina yang berbelah bahagi sejak akhir-akhir ini berikutan sudah tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Beliau berkata, lebih separuh masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini dijangka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU akan datang.

“Najib tidak berani untuk mengumumkan pilihan raya Mac ini kerana 70 hingga 80 peratus orang Cina sudah bersedia membawa perubahan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, gelombang perubahan dalam kalangan masyarakat Tionghua itu turut berlaku di Terengganu.

Selain itu, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kerajaan juga dibayangi kekalahan memandangkan masih banyak isu yang perlu diselesaikan sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Di peringkat Pusat, skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam kalangan segelintir pemimpin BN dilihat boleh menggugat kredibiliti kerajaan sedia ada.

Di peringkat negeri, beliau turut menyentuh isu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum selesai sehingga kini.

Sedangkan, katanya, kerajaan berhabis berjuta ringgit untuk membangunkan stadium tersebut yang telah runtuh akibat binaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Selain Terengganu, beliau turut memberi keyakinan PR mampu mengekalkan negeri sedia ada, di samping menawan beberapa negeri lain termasuk merampas semula Perak.

“BN telah merampas Perak daripada PR walaupun pembangkang menang di negeri itu pada pilihan raya umum lalu dan saya percaya, PR akan dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya akan datang,” katanya. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails