Friday, January 30, 2009

SIRI 2 TANJUNG DAWAI 28/1/2009


……..kecantikkan wanita pada kekebalan sifat malunya,jika sifat malu itu di pudarkan malah di campakkan jauh dari tubuh maka tiada erti dan tiada makna seorang wanita itu,kini sifat malu itu di londehkan oleh ramai wanita dengan berpakaian ketat gelemat tanpa ada rasa segan apatah lagi rasa malu.Apabila sifat ini tiada sudah pasti kecantikkan yang sebenar tiada erti buat jejaka Islami.Peliharalah wahai wanita,balutkan tubuhmu dengan ketebalan sifat malu kerana diri mu begitu berharga.Sedang asyik aku berfikir, helaian daun ketapang menguis lembut bahu ku sebelum jatuh menghampar bumi,panahan mataku tajam menilik daun ketapang itu kerana di saat itu aku mula mencari hikmah di sebalik luruhnya daun ketapang itu.

Akal ku mula menggembara jauh memikirkan usia dewasa ku ini,adakah ibadat dan amalan kebajikan sudah ku rebut semaksimanya di waktu tenaga muda ku dulu??tusukkan demi tusukkan menyepak ulu hati ku,lantas hati kecil ku berbicara lembut berjalan hingga masuk ke neuron memberi taksiran yang pelbagai,jiwa ku mula resah menyoroti sejarah umur ku,kerna aku tak tahu selepas ini masihkan aku punyai tenaga yang kuat?atau masa yang lapang?peluh mula menonjolkan dirinya di dahi ku,yang pastinya umur ku pasti di tamatkan apabila sampai masanya nanti…………….bersambung

Thursday, January 29, 2009

TANJUNG DAWAI 28/1/2009



Angin berlari menyapa-nyapa lembut helaian janggut dan muka ku,renungan mata ku lemparkan jauh-jauh di samudera biru yang terbentang luas di hadapan ku.Sekumpulan burung camar terbang berlegar-legar di atas muka laut yang berlumpur itu mencari ikan belacak bagi mengisi gemolok yang kosong.Panahan mata terus ku dambakan pada lautan itu memandang sebuah kolek kecil sedang memukat ikan,bertaut di pukat koyak itu beberapa anak ikan gelama,”mungkin ini lah rezeki yang ada pada hari ini untuk menyuapkan ke mulut-mulut sempit anaknya apabila pulang nanti”,benak ku mula meneka entah betul atau tidak belum pasti.Namun kegigihan lelaki itu bersama kolek senget sudah cukup menceritkan keperitan hidupnya.


Walaupun begitu tanggungjawab seorang ayah tetap di tunaikan bersama pukat koyak demi sebutir beras,separuh umurnya di dambakan pada perut samudera ini sebagai usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.Sedang asyik memandang di kejauhan tiba-tiba dua ekor rama-rama mengoyakkan dan memotong lamunan ku serta-merta,terbang tempang di depan ku kerana di sapa simpulan angin petang.Lantas ku hulurkan tangan menghalakan lima jari-jemari menangkap seekor rama-rama yang di depan dan melepaskan seekor lagi terbang bebas,namun yang pasti rama-rama itu merayu padaku untuk melepaskannya dengan isyarat sesungutnya,tanpa berfikir panjang aku pun membuka kepitan dua jari bagi rama-rama itu bebas terbang melihat alam seperti biasa……corak pada badan rama-rama itu rupa-rupanya terlekat pada urat jari-jemari ku,di saat itu aku mula berfikir nilai seorang wanita……..bersambung

kekoh.blogspot.com

Kerana Dia Manusia Biasa




“Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb.”

Sumber: sahabat blogger


KEMENANGAN PAS NEGERI KEDAH



N10 - BUKIT PINANG (MD ROSHIDI OSMAN (PAS) 3,399
N27 - PANTAI MERDEKA (ABDULLAH JUSOH (PAS) 523
N14 - ALOR MENGKUDU (DR ISMAIL SALLEH (PAS) 2,247
N15 - ANAK BUKIT (AMIRUDDIN HAMZAH (PAS) 3,806
N16 - KUBANG ROTAN (MOHD NASIR MUSTAFA (PAS) 1,387
N17 – P. KUNDOR (PHAHROLRAZI ZAWAWI (PAS) 3,122
N18 - TOKAI(MOHAMED TAULAN MAT RASUL (PAS) 6,578
N20 - SUNGAI LIMAU (AZIZAN ABDUL RAZAK (PAS) 3,212
N24 - JENERI (YAHYA ABDULLAH (PAS) 167
N26 - TAJUNG DAWAI (DR HAMDAN KHALID (PAS) 79
N31 - KUPANG (JOHARI ABDULLAH (PAS) 2,094
N33 - MERBAU PULAS (AISHAH GHAZALI (PAS) 3,576
N36 - BNDR BAHARU (YAAKOB HUSIN (PAS) 1,849
N4 - AYER HITAM (ABDUL GHANI AHMAD (PAS) 506
N9 - BUKIT LADA (AHMAD IZZAT SHAUKI (PAS) 268
N32 - KUALA KETIL (MD ZUKI YUSOF (PAS) 4,880

P11 - PENDANG (DR MOHD HAYATI OTHMAN (PAS) 4,073
P12 - JERAI (MOHD FIRDAUS JA'AFAR (PAS) 2,299
P13 - SIK (CHE UDA CHE NIK (PAS) 481
P16 - BALING (TAIB AZAMUDDEN MD TAIB (PAS) 7,613
P7 - PADANG TERAP (MOHD NASIR ZAKARIA (PAS) 369
P8 - POKOK SENA (MAHFUZ OMAR (PAS) 5,731

Wednesday, January 28, 2009

SOLAT SUBUH YANG MENYEMBUH


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Itulah ganjaran dan kelebihan yang amat banyak di bentangkan dan di beritahu kepada kita semua,namun adakah kita berselera dengan hidangan tersebut??atau sekadar tunggu dan lihat sahaja??apa-apa pun yang pasti kita mesti berazam dan beriltizam sepenuh hati untuk menjamah selera itu.Lakukan lah apa jua kaedah untuk kita bangun solat subuh berjemaah dengan tidur awal,kunci jam dan sebagainya yang pasti jangan kita tidak terlepas dari keistimeaan ini.

Memang payah dan susah nak bangun di awal pagi,tapi yang susah dan payah itulah sebenarnya mempunyai pahala dan kelebihan yang amat besar.Jika dulu kita payah untuk bangun solat subuh, lakukan sekali dalam seminggu,Insya Allah selepas ini ianya akan jadi mudah,,sama-sama kita berusaha menyantap hidangan yang lebih dari apa yang ada di dunia ini.

Begitu jugalah susahnya seorang pendaki,mendaki gunung yang curam melalui pelbagai rintangan untuk sampai di puncak,akhirnya bila sampai di puncak mereka akan dapat lihat satu permandangan yang amat indah dan cantik sekali.

“Manisnya gula dan madu kerana apa?kerana masin nya garam”

kekoh.blogspot.com

KEMENANGAN PAS DI NEGERI PERAK


DUN

1. N8 - TITI SERONG (DR KHALIL IDHAM LIM ABDULLAH (PAS) MAJORITI 1,149

2. N11 - GUNONG SEMANGGOL (RAMLI TUSIN (PAS) MAJORITI 2,070

3. N12 – SELINSING (HUSIN DIN (PAS) MAJORITI 547

4. N20 - LUBOK MERBAU (MOHD ZAINUDIN MOHD YUSOF (PAS) MAJORITI 72

5.N51 - PASIR PANJANG (MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN (PAS) MAJORITI 4,474

6. N56 - CHANGKAT JONG (MOHD ANUAR SUDIN (PAS) MAJORITI 899


PARLIMEN

1. P59 - BUKIT GANTANG (ROSLAN SHAHARUM (PAS) MAJORITI 1,566

2. P57 - PARIT BUNTAR (DR MUJAHID YUSOF (PAS) MAJORITI 7,551

kekoh.blogspot.com

Tuesday, January 27, 2009

BANGUNAN PERJUANGAN



Berjuang sebagai pejuang untuk memperjuangkan perjuangan ISLAM ini mestilah memiliki asas-asas pembinaan yang kukuh dari sudut tarbiah dalaman diri dan mempunyai tasawur(gambaran) yang jelas tentang landasan perjuangan ini.Ini kerana bangunan perjuangan ini mestilah kukuh dan tidak terjejas dengan fenomena zaman.

Cuba kita lihat pembinaan pyramid di Mesir yang sudah lama di bina namun masih dapat di lihat hingga kini walaupun sedikit terjejas,apa yang pasti kehebatan sebenar di sebalik pyramid itu adalah arkitek yang membina emapayar itu.Maka begitu jugalah dengan bangunan perjuangan telah terbina ini mesti mempunyai arkitek yang lebih hebat dari itu supaya bangunan ini tidak terjejas dengan fenomena zaman.

Lihatlah pembinaan university Al-Azhar yang berusia ribuan tahun di bina pada zaman Ayubiah ,zaman Fatimiah masih kukuh dan berjaya mengeluarkan puluh ribu graduan hingga ke saat ini,sudah tentu perancangan di susun dengan teliti dan bahan pembinaannya yang berkualiti serta sentiasa di selia dengan baik.

Sirah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat telah memberi contoh yang jelas betapa perjuangan ini mesti mengorbankan harta dan nyawa seperti mana Syuaib Ar-Rumi,Abd Rahman Bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq telah meletakkan ISLAM di hadapan mengatasi segalanya.Bilal Bin Rabbah dan Habbab di seksa di tengah padang pasir yang terik sehingga bara-bara api padam di sebabkan lemak-lemak dari badan Habbab.Ini hamba yang tidak memiliki harta tapi penuh pergantungan pada Allah SWT.Kenapa perjuangan ISLAM ini ramai dari golongan miskin dan kurang dari golongan kaya??ini kerana golongan miskin tidak memiliki harta untuk di sayangi, maka golongan kaya kurang kerana takut kehilangan harta dan pangkat dan sangat sayang pada semua itu.

kekoh.blogspot.com

Monday, January 26, 2009

FOSFORUS PUTIH KAMI TERPAKSA MERINTIH


HAMAS kembali berkuasa di Bandar Gaza setelah tentera rejim zionis laknatullah keluar daripada Bandar itu,namun yang pasti Bandar Gaza yang kita lihat sekarang ini hancur sama sekali di bom dengan peluru berpandu bertalu-talu menebuk bumi itu dan yang paling kejam adalah pancutan peluru fosforus putih yang amat menyeksakan rakyat Palestin.Taburan Bom fosforus putih itu dari udara bukan sahaja melecurkan kulit rakyat Palestin namun yang lebih sadis fosforus putih itu merupakan pembunuh senyap secara sedikit demi sedikit dan akhirnya rakyat Palestin itu akan mati jua dalam keadaan yang amat-amat menyakitkan.

Walaupun di luar hanya melecur,sebenarnya fosforus putih itu meresap dan memakan daging mangsa seterusnya meresap ke tulang dan akhirnya mati.Ini lah kejahatan dan kebinatangan rejim zionis Israel terhadap saudara kita di bumi Palestin. Pintu sempadan di tutup,begitu juga penyaluran makanan di sekat,namun begitu pemuda-pemuda Palestin pantas menggali terowong sebagai laluan alternative untuk membawa bekalan makanan kepada seluruh penduduk Bandar Gaza.

Nikmat keamanan hanya dapat di rasa oleh mereka yang berada dalam suasana perang,begitu juga nikmat kesihatan hanya dapat di rasa oleh mereka yang terkena fosforus putih.Hargailah nikmat ini semaksima mungkin supaya hidup yang Allah SWT ini anugerahkan ini kita dapat menfaatkan sebaik mungkin,maknailah kehidupan ini pada perjuangan selagi nyawa di kandung badan.

kekoh.blogspot.com

LATAR BELAKANG DAN DEPAN kekoh.blogspot.com


Mungkin saudara pembaca tertanya-tanya apa makna blog kekoh ini kan,sebenarnya nama kekoh bermaksud gigit atau rangoh..pelik dan kenapa tak pilih nama lain,dah takde nama lain ke??sebenarnya belambak-lambak nama lain cuma nak mencari kelainan dan mencipta identity sendiri.

Apa yang pasti blog ini akan menggigit isu-isu semasa,mendekati sejarah lampau dan bergerak seiring bersama kecanggihan teknologi yang terkini dengan satu matlamat iaitu mengajak manusia ke arah ISLAM yang sejati dan menghapuskan anutan islam palsu contohnya islam hadhari yang berpaksikan kepada semangat nasionalisme semata-mata.Di saat ini manusia menjadikan dunia sebagai kiblat dan memandang enteng golongan agama malah yang lebih berat lagi mengkesampingkan al-quran dan as-sunnah.

Oleh itu,saya mengizinkan dengan rela hati kepada semua pembaca samaada nak mengopy dan mengambil apa sahaja artikel yang ada dalam blog ini untuk di sebar luaskan pada masyarakat.Besar harapan saya agar semua pembaca menegur dan memberitahu jika ada artikel yang saya keluarkan terdapat kesilapan dan kesalahan ,semoga dengan teguran saudara pembaca dapatlah saya memuhasabah diri ini agar selari dengan petunjuk islam.Sekian terima kasih dan doomo arigatoo gozaimasu.

kekoh.blogspot.com

Sunday, January 25, 2009

SENTIASALAH GAYUTKAN SENYUMAN DI BIBIRMU


Kita hidup tidak lama dan kita hidup juga bersama-sama masyarakat,namun berapa ramai di antara kita yang boleh memberi salam kepada orang yang kita tidak kenal.Kebiasaanya kita hanya melafazkan salam pada orang kita kenal sahaja kan..sebenarnya kita silap,sepatutnya lafaz salam itu mesti di desirkan di setiap telinga saudara kita walaupun kita tidak mengenalinya.Insya Allah dengan memberi salam kepada orang yang kita tidak kenal secara tidak langsung menerbitkan kemesraan dan keramah menyebabkan orang itu akan berkenalan dangan kita.

Nabi pernah menyebut sebarkan salam,bukan pada orang yang kita kenal sahaja tapi seluruhnya.Tambahan lagi kita seorang da’ei yang pastinua ucapan salam itu tak lekang di mulut kita.Ini kerana kita telah mendoakan kesejahteraan pada seseorang itu.

Betapa mulianya orang yang senantiasa mendahului dengan salam ke atas saudara-saudara se-agama dan besarnya pahala orang-orang yang menghulurkan tangan bersalaman dengan seseorang itu.Maka kita lebih-lebih lagi lah sebagai pendakwah untuk menarik dan mengajak seseorang itu ke arah memaknai hidup dengan ISLAM.Tambahan pula sekarang ini iman di jiwa-jiwa umat ISLAM semakin luntur dek lalainya manusia memaksudkan kehidupan ini dengan pengamalan ISLAM yang sebenarnya.

Selain itu juga,hiasilah wajah kita dengan senyuman yang bila orang lain tengok mereka terasa tenang dan bahagia,bukan bila mereka tengok menyebabkan mereka bertambah sedih dan serabut.Apa yang pasti mestilah senyuman itu sentiasa bergayut di bibir kita di mana kita berada.

Tapia awas jangan gunakan nikmat senyuman ini pada tempat yang salah,maknailah nikmat ini semaksima mungkin agar ianya menyinari alam buana ini dengan terang membulan purnama.

kekoh.blogspot.com

Saturday, January 24, 2009

AUKU MEMBEKUKAN PEMIKIRAN MAHASISWA


Masih kah kita ingat peristiwa Baling seketika dulu??Satu gelombang tsunami yang menggegarkan daerah Baling itu,deretan bas-bas yang di penuhi dengan ribuan mahasiswa menyatakan bantahan kepada kerajaan di atas kesengsaraan rakyat Baling yang kebuluran.

Mahasiswa seluruh Negara turun menyeka air mata rakyat Baling,kehadiran ribuan mahasiswa ini tidak lain tidak bukan memberi satu semangat kepada masyarakat sekitarnya untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada mahasiswa dalam pembelaan ini, maka momenten ini merupakan ancaman yang amat besar kepada kerajaan ketika itu yang di pimpin oleh Pendana Menteri Dato’Seri Razak.

Tindakan mahasiswa ini memberi tamparan yang hebat kepada kerajaan ketika itu dan secara tidak langsung merudumkan imej kerajaan di mata masyarakat seluruhnya.Namun kerajaan ketika itu sedar dengan kebangkitan mahasiswa yang bukan sahaja melawan kuasa kerajaan malah boleh menumbangkan kerajaan jika di biarkan keadaan ini berterusan.

Tersentak dengan tiupan angin taufan dari mahasiswa ini kerjaan telah merangka dan meluluskan Akta 174 yang membataskan dan mentadika kemaskan minda mahasiswa,maka tidak hairanlah University Malaya yang dulu gah dengan menduduki ranking dalam 100 universiti terbaik dan terhebat di dunia,namun kini gahnya Universiti Malaya hanya tinggal dalam lipatan sejarah usang yang terus di muziumkan.

Sepatutnya mahasiswa perlu memiliki karisma sendiri bukan terpaksa mengikut telunjuk bengkok kerajaan yang sudah tua beruban.Maka lihatlah kini apabila sedikit kelonggaran dan pindaan Akta 174 ini mahasiswa mula menunjukkan satu perubahan kepada situasi Negara kita.Justeru itu jika momenten ini berterusan kita akan dapat lihat perubahan yang besar pada politik Negara.

kekoh.blogspot.com

Friday, January 23, 2009

AMUKKAN PRK!!!!!!!!!!!!!


Kemenangan besarPro- Mahasiswa UIAM Gombak dalam pilhanraya kampus tempoh hari memberi tamparan hebat kepada kerajaan,ini membuktikkan mahasiswa sebagai golongan intelek sudah mual dan muak dengan kerajaan yang ada sekarang.17 kerusi daripada 27 kerusi yang di pertandingkan menunjukkan satu momentum dan tsunami yang kencang,9 kerusi milik bebas dan hanya satu kerusi di menangi oleh Pro-Aspirasi sebagai kerusi kasihan dan mungkin juga sebagai budak belasahan dalam MPP kelak.

Sudah tentu kemenangan Pro-Mahasiswa dalam pilihanraya kampus kali ini bakal menyaksikan perubahan yang lebih hebat ,momentum ini bukan sahaja di UIAM malah kemenangan itu dahulu memasuki kampus UM,kini kerajaan berada dalam suasana parah dan tertekan di tambah lagi kegawatan ekonomi Negara yang teruk dengan pembuangan bilangan pekerja yang begitu ramai sekarang ini.Jika situasi ini terus di biarkan oleh kerajaan tanpa mengambil satu tindakan yang drastic maka tidak hairanlah kerjaaan yang ada sekarang akan di muziumkan oleh mahasiswa bersama kebobrokanya.

kekoh.blogspot.com

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails