Saturday, January 24, 2009

AUKU MEMBEKUKAN PEMIKIRAN MAHASISWA


Masih kah kita ingat peristiwa Baling seketika dulu??Satu gelombang tsunami yang menggegarkan daerah Baling itu,deretan bas-bas yang di penuhi dengan ribuan mahasiswa menyatakan bantahan kepada kerajaan di atas kesengsaraan rakyat Baling yang kebuluran.

Mahasiswa seluruh Negara turun menyeka air mata rakyat Baling,kehadiran ribuan mahasiswa ini tidak lain tidak bukan memberi satu semangat kepada masyarakat sekitarnya untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada mahasiswa dalam pembelaan ini, maka momenten ini merupakan ancaman yang amat besar kepada kerajaan ketika itu yang di pimpin oleh Pendana Menteri Dato’Seri Razak.

Tindakan mahasiswa ini memberi tamparan yang hebat kepada kerajaan ketika itu dan secara tidak langsung merudumkan imej kerajaan di mata masyarakat seluruhnya.Namun kerajaan ketika itu sedar dengan kebangkitan mahasiswa yang bukan sahaja melawan kuasa kerajaan malah boleh menumbangkan kerajaan jika di biarkan keadaan ini berterusan.

Tersentak dengan tiupan angin taufan dari mahasiswa ini kerjaan telah merangka dan meluluskan Akta 174 yang membataskan dan mentadika kemaskan minda mahasiswa,maka tidak hairanlah University Malaya yang dulu gah dengan menduduki ranking dalam 100 universiti terbaik dan terhebat di dunia,namun kini gahnya Universiti Malaya hanya tinggal dalam lipatan sejarah usang yang terus di muziumkan.

Sepatutnya mahasiswa perlu memiliki karisma sendiri bukan terpaksa mengikut telunjuk bengkok kerajaan yang sudah tua beruban.Maka lihatlah kini apabila sedikit kelonggaran dan pindaan Akta 174 ini mahasiswa mula menunjukkan satu perubahan kepada situasi Negara kita.Justeru itu jika momenten ini berterusan kita akan dapat lihat perubahan yang besar pada politik Negara.

kekoh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails