Tuesday, January 27, 2009

BANGUNAN PERJUANGAN



Berjuang sebagai pejuang untuk memperjuangkan perjuangan ISLAM ini mestilah memiliki asas-asas pembinaan yang kukuh dari sudut tarbiah dalaman diri dan mempunyai tasawur(gambaran) yang jelas tentang landasan perjuangan ini.Ini kerana bangunan perjuangan ini mestilah kukuh dan tidak terjejas dengan fenomena zaman.

Cuba kita lihat pembinaan pyramid di Mesir yang sudah lama di bina namun masih dapat di lihat hingga kini walaupun sedikit terjejas,apa yang pasti kehebatan sebenar di sebalik pyramid itu adalah arkitek yang membina emapayar itu.Maka begitu jugalah dengan bangunan perjuangan telah terbina ini mesti mempunyai arkitek yang lebih hebat dari itu supaya bangunan ini tidak terjejas dengan fenomena zaman.

Lihatlah pembinaan university Al-Azhar yang berusia ribuan tahun di bina pada zaman Ayubiah ,zaman Fatimiah masih kukuh dan berjaya mengeluarkan puluh ribu graduan hingga ke saat ini,sudah tentu perancangan di susun dengan teliti dan bahan pembinaannya yang berkualiti serta sentiasa di selia dengan baik.

Sirah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat telah memberi contoh yang jelas betapa perjuangan ini mesti mengorbankan harta dan nyawa seperti mana Syuaib Ar-Rumi,Abd Rahman Bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq telah meletakkan ISLAM di hadapan mengatasi segalanya.Bilal Bin Rabbah dan Habbab di seksa di tengah padang pasir yang terik sehingga bara-bara api padam di sebabkan lemak-lemak dari badan Habbab.Ini hamba yang tidak memiliki harta tapi penuh pergantungan pada Allah SWT.Kenapa perjuangan ISLAM ini ramai dari golongan miskin dan kurang dari golongan kaya??ini kerana golongan miskin tidak memiliki harta untuk di sayangi, maka golongan kaya kurang kerana takut kehilangan harta dan pangkat dan sangat sayang pada semua itu.

kekoh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails