Kemenangan besarPro- Mahasiswa UIAM Gombak dalam pilhanraya kampus tempoh hari memberi tamparan hebat kepada kerajaan,ini membuktikkan mahasiswa sebagai golongan intelek sudah mual dan muak dengan kerajaan yang ada sekarang.17 kerusi daripada 27 kerusi yang di pertandingkan menunjukkan satu momentum dan tsunami yang kencang,9 kerusi milik bebas dan hanya satu kerusi di menangi oleh Pro-Aspirasi sebagai kerusi kasihan dan mungkin juga sebagai budak belasahan dalam MPP kelak.
Sudah tentu kemenangan Pro-Mahasiswa dalam pilihanraya kampus kali ini bakal menyaksikan perubahan yang lebih hebat ,momentum ini bukan sahaja di UIAM malah kemenangan itu dahulu memasuki kampus UM,kini kerajaan berada dalam suasana parah dan tertekan di tambah lagi kegawatan ekonomi Negara yang teruk dengan pembuangan bilangan pekerja yang begitu ramai sekarang ini.Jika situasi ini terus di biarkan oleh kerajaan tanpa mengambil satu tindakan yang drastic maka tidak hairanlah kerjaaan yang ada sekarang akan di muziumkan oleh mahasiswa bersama kebobrokanya.
kekoh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment