Kita hidup tidak lama dan kita hidup juga bersama-sama masyarakat,namun berapa ramai di antara kita yang boleh memberi salam kepada orang yang kita tidak kenal.Kebiasaanya kita hanya melafazkan salam pada orang kita kenal sahaja
Nabi pernah menyebut sebarkan salam,bukan pada orang yang kita kenal sahaja tapi seluruhnya.Tambahan lagi kita seorang da’ei yang pastinua ucapan salam itu tak lekang di mulut kita.Ini kerana kita telah mendoakan kesejahteraan pada seseorang itu.
Betapa mulianya orang yang senantiasa mendahului dengan salam ke atas saudara-saudara se-agama dan besarnya pahala orang-orang yang menghulurkan tangan bersalaman dengan seseorang itu.Maka kita lebih-lebih lagi lah sebagai pendakwah untuk menarik dan mengajak seseorang itu ke arah memaknai hidup dengan ISLAM.Tambahan pula sekarang ini iman di jiwa-jiwa umat ISLAM semakin luntur dek lalainya manusia memaksudkan kehidupan ini dengan pengamalan ISLAM yang sebenarnya.
Selain itu juga,hiasilah wajah kita dengan senyuman yang bila orang lain tengok mereka terasa tenang dan bahagia,bukan bila mereka tengok menyebabkan mereka bertambah sedih dan serabut.Apa yang pasti mestilah senyuman itu sentiasa bergayut di bibir kita di mana kita berada.
Tapia awas jangan gunakan nikmat senyuman ini pada tempat yang salah,maknailah nikmat ini semaksima mungkin agar ianya menyinari alam buana ini dengan terang membulan purnama.
kekoh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment