Wednesday, January 28, 2009

SOLAT SUBUH YANG MENYEMBUH


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Itulah ganjaran dan kelebihan yang amat banyak di bentangkan dan di beritahu kepada kita semua,namun adakah kita berselera dengan hidangan tersebut??atau sekadar tunggu dan lihat sahaja??apa-apa pun yang pasti kita mesti berazam dan beriltizam sepenuh hati untuk menjamah selera itu.Lakukan lah apa jua kaedah untuk kita bangun solat subuh berjemaah dengan tidur awal,kunci jam dan sebagainya yang pasti jangan kita tidak terlepas dari keistimeaan ini.

Memang payah dan susah nak bangun di awal pagi,tapi yang susah dan payah itulah sebenarnya mempunyai pahala dan kelebihan yang amat besar.Jika dulu kita payah untuk bangun solat subuh, lakukan sekali dalam seminggu,Insya Allah selepas ini ianya akan jadi mudah,,sama-sama kita berusaha menyantap hidangan yang lebih dari apa yang ada di dunia ini.

Begitu jugalah susahnya seorang pendaki,mendaki gunung yang curam melalui pelbagai rintangan untuk sampai di puncak,akhirnya bila sampai di puncak mereka akan dapat lihat satu permandangan yang amat indah dan cantik sekali.

“Manisnya gula dan madu kerana apa?kerana masin nya garam”

kekoh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails