HAMAS kembali berkuasa di Bandar Gaza setelah tentera rejim zionis laknatullah keluar daripada Bandar itu,namun yang pasti Bandar Gaza yang kita lihat sekarang ini hancur sama sekali di bom dengan peluru berpandu bertalu-talu menebuk bumi itu dan yang paling kejam adalah pancutan peluru fosforus putih yang amat menyeksakan rakyat Palestin.Taburan Bom fosforus putih itu dari udara bukan sahaja melecurkan kulit rakyat Palestin namun yang lebih sadis fosforus putih itu merupakan pembunuh senyap secara sedikit demi sedikit dan akhirnya rakyat Palestin itu akan mati jua dalam keadaan yang amat-amat menyakitkan.
Walaupun di luar hanya melecur,sebenarnya fosforus putih itu meresap dan memakan daging mangsa seterusnya meresap ke tulang dan akhirnya mati.Ini lah kejahatan dan kebinatangan rejim zionis
Nikmat keamanan hanya dapat di rasa oleh mereka yang berada dalam suasana perang,begitu juga nikmat kesihatan hanya dapat di rasa oleh mereka yang terkena fosforus putih.Hargailah nikmat ini semaksima mungkin supaya hidup yang Allah SWT ini anugerahkan ini kita dapat menfaatkan sebaik mungkin,maknailah kehidupan ini pada perjuangan selagi nyawa di kandung badan.
kekoh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment