Teringat aku akan kisah seekor beruk di kampungku dulu yang di tugaskan oleh tuannya yang bernama Pok We untuk memetik buah kelapa/nyior.Sememangnya beruk ini di ajar dari kecil lagi cara-cara memanjat pokok kelapa dan bagaimana nak memulas buah kelapa yang sudah tua yang berada di puncak pokok kelapa.Akhirnya beruk ini menjadi pakar dalam mengenali dan memulas buah kelapa yang di kehendaki tuannya.
Itulah kerja sang beruk dari pagi hingga petang,sejak kecil hingga menjelang senja usianya,jika dulu sebiji buah kelapa hanyalah beberapa kupang/sen hinggalah sekarang ini harganya mencecah 3 dan 4 ringgit sebiji sehinggakan tuan sang beruk itu menjadi kaya dengan kudrat sang beruk.Nasib sang beruk ini bergantung pada keadaan fizikal pokok kelapa itu samaada rendah ataupun menyayup tinggi,jika hari itu mood tuanya baik maka sang beruk tenang mengharungi kehidupannya pada hari itu.Pada satu hari sang beruk ini di suruh oleh tuannya memanjat pokok kelapa yang menyayup tinggi,bukan itu saja pada batang pokok itu terdapat sejenis mahkluk yang mengigit iaitu sang kerengga yang bakal menjadikan tubuh dan badan sang beruk ini sebagai mangsa untuk sang kerengga menusuk sengatnya,di tambah pula pada petang itu angin bertiup cukup kencang.
Pada hari ini sang beruk memang mempertaruhkan nyawanya,akhirnya sang beruk memulakan langkah menuju dan mendekati pokok kelapa itu,hanya berapa inci dari pokok kelapa itu sang beruk ini berhenti melangkah,menghulurkan tangan menyentuh pokok kelapa itu ternyata banyak kerengga yang sudah bersiap sedia mengigit tubuhnya,tuannya mula meradang dengan kelembapan sang beruk ini memetik buah kelapa.Di saat itu sang beruk ini menoleh mukanya ke arah tuannya dan merenung tajam kepada tuannya itu seolah-olah memberi isyarat ia itdak sanggup memanjat pokok ini dan meminta belas kasihan pada tuannya itu mencari pokok kelapa yang lain kerana pokok ini terdapat banyak kerengga di tambah lagi tiupan angin semakin kencang.
Namun belas kasihan yang di minta rupanya yang di balas dengan bantaian tali yang singgah di badan sang beruk itu,maka sang beruk itu terpaksa menggagahi kaki dan tangannya memanjat juga pokok kelapa itu walaupun risikonya sangat tinggi.Akhirnya sang beruk ini berada di puncak pokok kelapa itu dan dapat menjatuhkan hanya 2,3 biji sahaja buahnya sedangkan pokok kelapa ini berbuah lebat.Hanya beberapa minit selepas itu sang beruk pun meluncur dengan lajunya turun ke tanah dan di badannya di penuhi kerengga,tangan dan kakinya memainkan peranan untuk meleraikan kerengga itu,namun pada hari ini nasib sang beruk amat malang ia di bawa oleh tuannya ke sungai dan di humban semahu-mahunya oleh tuannya melepaskan marah yang membuak-buak pada sang beruk ini.
Selepas di bantai dengan secukup-cukup oleh tuannya,maka sang beruk di bawa balik dan di tambat pada sebatang pokok asam jawa.Hari ini menjadi memori yang paling pahit dalam sejarah hidup sang beruk ini.Kisah ini adalah perumpaan dan ibarat kehidupan sebilangan besar rakyat kita yang di perberukkan oleh pemerintah,Negara kaya-raya namun rakyat masih ramai yang papa kedana dan masih ramai yang bangsat tere,kekayaan berlegar di kalangan pemimpin saja yang rakus menggongong hasil Negara tanpa menghiraukan rakyat di bawah ini.
10.19 am