Thursday, August 6, 2009

TRAVELOG ISA 2(MENCARI MUHASABAH DI CELAH DEMONTRASI)…


Sang pembela terus mara kini dengan amaran yang lebih membahaya bersama balingan botol air mineral kerana ingin mengajar si celaka yang tidak serik-serik juga.Akhirnya sahabat pena ku terleka dek gas pemedih mata yang terus menghala dan water canon yang merata-rata tak sedar mereka datang dengan senjata maka terus di gari dan di bawa ke penjara.

Trak FRU terus menyinga di jalan raya kini pancutan water canon terus berputar singgah di dinding-dinding pasaraya bergerak ke Jalan Raja Laut berdekatan dengan pejabat PAS sana.Di sana mereka mungkin gementar kerana berdirinya para pahlima agama dan ratusan ribu sang pembela mendengar ucapan ketuanya.Akhirnya mereka menyerbu juga bersama trak yang merah menyala kini mereka tidak ingat dunia di sembur merata-rata juga terkena polis yang menjaga bandaraya.Restoran termasuk juga dalam senarai gas pemedih mata,maka marahlah si pengusaha dek makanan sudah tidak berharga akhirnya di buang saja menjadi makanan beburung yang merayau di ibu kota raya.

Kerajaan kata kerugian 10juta angkara sang pembela dan bukannya si celaka,namun kerajaan tidak sedar mereka sebenarnya membuat angkara kerana menahan rakyat tanpa bicara.Isteri-isteri dan anak-anak tahanan ISA terus berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan suami dan ayah mereka kerana sedikit masa lagi umat Islam akan berpuasa dan akan menyambut hari raya,di saat kawan-kawan seusia sudah pun siap membeli baju dan seluar raya dengan penuh riang-ria,tapi anak-anak ISA masih serupa,masih menunggu ayahnya keluar perjara,tiada baju dan seluar raya tidak mengapa asalkan dapat peluk ayah tercinta.Kini mereka terus menanti dengan hati yang waja belas kasihan dari sang penguasa agar lepaskan segera ketua keluarga.

Sudah tujuh kali raya dengan linangan air mata jatuh dengan titisan jernih tanpa di seka oleh sesiapa kerana mereka anak orang yang terpenjara.Sejak ayah meninggalkan mereka semua tanpa berita,makanan yang sedap pun tidak berselera dan kini badan hanya tinggal tulang serangka dek kerinduan yang tiada tara.Terima kasih pada sang pembela kerana terus bersuara pada pemimpin Negara yang sedang berjalan di atas pemaidani merah menyala yang boleh di beli dengan ratusan bungkusan nasi untuk rakyat jelata. Di saat rumah rakyat ibarat kandang-kandang dan reban ayam belanda Namun mereka tiada mata untuk melihat rakyat jelata kerana leka menyusun puluhan kereta dan rumah mewah menjulang ke angkasa.Rakyat di bawah lapar dan dahaga kadang-kadang makan siput yang ada di bawah tangga kerana tiada duit belanja.Pemimpin Negara terus meneroka dan berbelanja keluar Negara menaiki jet sendiri bersama kroni dan saudara mereka,menggegarkan rumah rakyat jelata yang bakal runtuh bila-bila masa.

Namun sang pembela terus mara agar memorandum sampai ke istana Negara bukan yang sebelum ini dibakulsampahkan belaka.Rakyat bukan ada apa untuk menentang polis dan tentera yang mempunyai segala senjata,namun jangan sesekali dipetisejukkan suara keramat rakyat jelata kerana pilihanraya ke-13 bakal tiba……………………bersambung

1 comment:

  1. masa demo aman ni,polis je yg wt ngade,ok je...tapi lepas polis wt pasal,huru hara la...pstu tuduh2 org..geram btl

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails