Friday, August 21, 2009

MENCARI KEYAKINAN...



Apakah makna 'keyakinan' sehingga sering dikatakan bahawa: Keyakinan membuat segalanya menjadi serba mungkin? Ralph Waldo Trine berkata: Keyakinan tidak lebih dan tidak kurang, hanya operasi tenaga pemikiran dalam bentuk hasrat yang sungguh-sungguh, ditambah dengan harapan untuk memenuhinya. Keyakinan, seperti yang anda lihat, lebih dari sekadar 'kepercayaan'. Keyakinan melengkapinya. Perbezaan utama antara penjual yang dibayar dengan penjual sendiri terletak pada darjat keyakinan bukan kemampuan yang mereka miliki.

Keyakinan terhadap diri sendiri dan keyakinan pada hasil yang diperolehi merupakan syarat bagi semua peningkatan berharga. Kita akan berada pada jalan kehidupan yang benar kalau kita terlebih dahulu yakin, percaya dan beriman kepada yang Maha Sempurna, yang menciptakan kita. Kita perlu menyedari bahawa diri kita adalah sebahagian dari paket penting dan rancangan besar-Nya.

Dia yang telah menciptakan berjuta-juta bintang yang beredar secara teratur di cakerawala, telah melengkap diri kita dengan kelengkapan untuk berjaya. Kita boleh menerima hal ini sebagai fakta dan berdiri teguh di dunia, seperti kita juga boleh mabuk dalam teori kesempatan dan menjalani hidup sehari-hari kita seperti 'binatang' .

Ketika kita sampai pada suatu kenyataan di mana kita berada, kita juga sampai pada suatu pengenalan nilai-nilai untuk peningkatan diri kita. Kita mengembangkan keyakinan pada pencapaian cita-cita kita. Hal ini merupakan pembuka tenaga yang membawa diri kita pada suatu peningkatan individu yang menakjubkan. Hal ini merupakan sumber tenaga yang tidak pernah gagal.


Percaya dan berjaya. Milikilah keyakinan dan anda tidak akan gagal.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails