Monday, August 24, 2009

BILA MAHASISWA BERPUASA...


Ramadhan kini kembali lagi bersama jutaan kerahmatan dari-Nya dan gandaan pahala yang di lipat gandakan.Namun ia akan terus bergerak sehari demi sehari meninggalkan kita dengan lambaian yang tidak akan kembali lagi.Hari ini adalah hari ketiga ramadhan yang menonjolkan dirinya pada manusia dengan untaian permata yang bergemerlapan di pancarkan pada mereka yang melihat dengan mata hati.Andai kita tahu kelebihan ramadhan maka kita inginkan setahun adalah bulan ramadhan.

Namun ada juga manusia yang leka dan terus leka di usap dan di belai oleh kefanaan dunia,walaupun berpuasa dan berada di bulan yang mulia ini mereka masih mendedahkan aurat,masih tidak bertudung dan masih memakai baju adik(ketat sangat) tapi mereka masih berpuasa kadang-kadang di antara mereka masih tidak solat.Wajah kelesuan mula menapak kerana menahan lapar al-maklum lah puasa katakana,tiba pukul 6 petang mereka berpusu-pusu ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka al-maklum lah puasa katakan.Melihat kuih popiya masih berasap dan panas-panas lagi lantas di beli,lalu di selitkan di celah jari.

Mereka berjalan lagi bersama pasangan masing-masing al-maklum lah puasa katakan,mata terpandang martabak masih berasap dengan aroma nya tersendiri menyebabkan perut mula bersuara minta di beli,lalu di beli 2 keping martabak.Berjalan lagi kehadapan maka berjumpa air tebu dan jus oren masih berasap tapi kesejukkan tanpa berkira banyak lantas di beli 2 bungkus lalu di selitkan di celah jari,kini 5 jari sudah bergayutan dengan makanan al-maklum lah puasa katakan.

Perjalanan mesti di teruskan kerana nasi belum di beli lagi,lalu terhidu nasi kerabu ayam yang amat di minati tanpa berfikir panjang lalu di beli 2 bungkus untuk santapan mereka bila azan berkumandang nanti.Kini masih kosong 3 jari lagi di beli pula pulut panggang yang masih berasap di susun rapi di atas talam,maka di sapu habis dan asingkan untuk 2 plastik.Kini tinggal 1 lagi jari tidak berisi maka teringat kawan memesan kurma 2 kotak juga di asingkan untuk 2 plastik maka terlebih lah pulak,lalu di selitkan kedua-dua palstik itu pada jari kelingking.Mungkin cukup untuk kita berdua berbuka pada hari ini al-maklum lah puasa katakan,nasib baik semua jari sudah berisi kalau tak kena selitkan plastic di telinga kerana jari tidak cukup......

1 comment:

  1. ..BILA MAHASISWA BERPUASA..

    ahlan ya ramadhan..

    Teringat saat2 berpuasa di kampus, Ya Allah, memang terkena batang idung bab2 x cukup jari nk sangkut plastik makanan..huhu al-maklum lah puasa katakan.

    Alhamdulillah, ramadhan ini dpt berpuasa kat umah, so x de r nak g bazar ramadhan lagi..nafsu mkn insyaALLAH terkawal.

    Kurangkan tidur, kurangkan berbelanja, tambahkan amalan~

    semoga ramadhan kali ini lebih dimanfaatkan oleh kita semua.ameen.

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails