Sapaan angin semilir monsoon timur laut masih terasa nyamannya,kebiruan Laut Cina Selatan dengan hiasan ombak kecil memberi seribu ketenangan dan menguis jauh segala keserabutan dan tekanan.Alangkah indahnya alam ciptaan Illahi,alangkah Agungnya Allah SWT menghiasi planet ini dengan pelbagai warna menimbulkan sejuta kemakmuran dan keamanan,sayup-sayup di tengah laut membiru sebuah kolek kecil sedang memukat ikan terlalu kerdil di tengah samudera sana,
1 Ogos 2009 telah mencoretkan seuntai kenangan manis dan juga selembar memori pahit,namun tarikh itu telah menceritakan segala-galanya pada mereka yang benar-benar berjuang.Kemarahan rakyat pada pemimpin negara kian membuncit dan membesar kerana terus menghukum rakyat tanpa soal bicara demi survival kuasa mereka.Rakyat seluruh pelusuk Negara terus mara ke Bandaraya bersama golongan tua dan muda dengan satu misi yang nyata iaitu ‘MANSUHKAN ISA’ yang durjana.Malam 31 Julai 2009 rangkuman di jalan raya terus menyinga dengan deruan bas dan kereta membawa sang pembela untuk menyelamatkan mereka yang terpenjara di bawah kerajaan yang gila.Kekejaman kerajaan yang ada sekarang menahan tanpa bicara mahupun tiada bukti yang nyata ,namun kerajaan terus memekakkan telinga dari mendengar teriakan isteri-isteri dan anak-anak mangsa ‘ISA’ ,cucuran airmata yang berguguran tidak bernilai sama sekali,tiada yang datang menyeka air mata mereka kerana yang selalu menyeka adalah ayah mereka,tapi kini ayah di dalam penjara.Di saat anak-anak seusia mereka bergembira bersama ayah bonda,anak-anak tahanan ISA terus menderita menunggu kepulangan ayahnya yang belum tiba.Harapan hanya tinggal harapan,akhirnya si ibu terpaksa berjanji palsu semata-mata kerana tidak sanggup melihat anak-anaknya terus mencurahkan air mata bahawa ayah akan pulang sedikit masa cuma.
Rakyat mula turun di jalan raya menanti pukul 2 barulah segalanya akan bermula,namun tidak sempat berbuat apa-apa rakyat terus di terpa rakus oleh si celaka di Masjid India,mangsa adalah seorang warga tua yang berbaju hijau yang tidak berdaya.Namun saudara-saudara se-agama kita datang menerpa menyelamatkan sang pembela kepada anak bangsa.Si celaka tidak berhenti di situ saja,mereka terus meminta bersurai maka bertempiaran anak muda dan mahasiswa lari dari di tangkap oleh sang pencacar ini,namun ada juga golongan yang tidak berdaya lari akhirnya di tangkap juga mangsa adalah srikandi muda yang bertudung ninja.Mahasiswa datang menerpa untuk menyelamatkan srikandi ini namun tidak berjaya kerana si celaka mempunyai senjata.
Kini segalanya telah bermula bersama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man seorang pahlima agama dari negeri Pahang sana,hanya beberapa minit cuma langkahan gerombolan sang pembela yang terdiri daripada golongan tua dan muda juga mahasiswa akhirnya di sembur dengan water canon dan gas pemedih mata oleh FRU yang kian menggila,aku pun juga terkena.Namun sang pembela terus mara menuju ke SOGO sana dari masjid india,di SOGO sana mereka terus di halang oleh si celaka bersama senjata kontotnya.Laungan takbir terus bergema memenuhi udara di tengah-tengah bandaraya.Akhirnya si celaka terpaksa mengalah dengan tolakkan gerombolan besar sang pembela.Sekali lagi FRU menembak gas pemedih mata,sasarannya bukan sang pembela saja tapi turut terkena wartwawan media luar Negara.Di saat rakyat terus menyeka air mata dek gas pemedih mata golongan pembesar Negara terus ketawa dan bergembira di Putrajaya………………....bersambung
Assalamualaikum....
ReplyDeleteAda ciri2 sasterawan negara ni, hehe. Apapun, teruskan perjuangan kita semua walau sehebat manapun diasak oleh demokrasi ala BN dan UMNO,
Takbir!