Wednesday, August 26, 2009

UMNO TERUSIR DI PERMATANG PASIR


Alhamdulillah setinggi-tinggi dan semaksimun syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan ini,manusia hanya berusaha semata-mata namun yang memberi kemenangan datangnya dari Allah SWT.


Kini giliran pengundi Permatang Pasir mengajar keangkuhan Parti UMNO dengan majority 4551.Walaupun undi menurun itu adalah perkara biasa untuk mana-mana pilihanraya kecil dan sememangnya semua pengundi tidak turun mengundi kerana ada yang bekerja dan tidak balik membuang undi.Apatah lagi serangan bertali arus dari media elektronik dan media cetak yang semakin liar dan hebat sekali.Jadi itulah senjata kontot yang mereka ada untuk berkempen kepada rakyat tanpa memberi sedikit pun ruang dari parti lawan untuk menyatakan agenda perjuangan mereka,adakah ini contoh demokrasi?.Serangan bertubi-tubi ke atas pihak lawan akhirnya makan tuan apabila calon mereke Rohaizat terpalit dengan isu nya tersendiri.Saya mula berfikir,kenapa UMNO memilih calon yang ada skandal?mungkin itu lah kot calon yang paling baik yang UMNO ada.Kalau beginilah sahsiah dan akhlak mereka macam mana jika menang kelak hendak memimpin rakyat,satu amanah yang bakal di tanya di akhirat kelak,adakah mereka tak fikir perkara ini?


Luka di Manek Urai masih panas dengan aliran darah merah,bukan itu saja di tubuh UMNO kini terlekat parut-parut dari kekalahan Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Penanti.Perit amat perit buat UMNO terutama Najib yang mana rakyat telah hilang kepercayaan pada kepimpinannya.Hari ini akhbar utusan muka depan menyiarkan tajuk ‘UTAMAKAN TARBIAH-PM’ satu pekembangan yang baik dari UMNO,semoga kata-kata itu bukannya sekadar lipstick di bibir saja.


Ternyata slogan ‘1 Malaysia’ telah berjaya di laksanakan oleh rakyat kerana satu demi satu siri UMNO kalah dalam pilihanraya.Ini menunjukkan Parti UMNO hilang punca untuk menggembalikan kepercayaan rakyat maka mereke kini menyerang hebat peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz tanpa ada peluang TGNAA untuk bersuara,bukan itu saja mereka menggunakan Majlis Fatwa tanpa merujuk batang tubuh Tuan Guru terlebih dahulu.Sudah lama Tuan Guru bersabar dengan serangan jiwa dan emosi ke atas diri beliau,dahulunya anak Tuan Guru iaitu Nik Adli di tangkap dan di sumbat ke dalam ISA tanpa bicara selama 6 tahun,Tuan Guru kental bersabar,sememangnya Tuan Guru tiada peluang walaupun untuk 6 minit sahaja memenjarakan anak menteri-menteri dan jika berpeluang pun Tuan Guru tidak akan berbuat begitu.


Bukan itu saja,sepatutnya gas yang di jumpai di laut china selatan perlu di daratkan di Pasir Putih dan Tok Bali kerana berdekatan dengan pelantar minyak bukannya di larikan ke Tanjung Agas sana di mana kawasan PM sekarang (sumber dari pensyarah kajian laut).Akhirnya sikap sombong dan angkuh UMNO menyebabkan bangsa Melayu rugi dalam semua aspek,puncanya sikap dikriminasi pemimpin UMNO terhadap bangsa sendiri,maka jadilah Melayu dalam dilemma dan melukut di tepi gantang.Kelantan sering menjadi mangsa terjahan media elektronik secara bersepadu bahawa Kelantan negeri yang mundur dan miskin,apakah mereka tidak tahu atau pun membutakan mata bahawa bukankah bangsa mereka yang berada di negeri Kelantan sana?


Laungan hidup Melayu dan hunusan keris yang di paparkan selama ini hanyalah retorik semata-mata.Itulah UMNO,baru terkena sedikit patukkan dari Tuan Guru maka UMNO menggelumpur dodah-dodah(bahasa klasik Terengganu) terkena bisa itu………….bersambung

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails