Sunday, August 16, 2009

MENYINTAI TAK BERMAKNA MEMILIKI...


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

1 comment:

  1. ~Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita..
    Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya..
    Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.. Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga~

    ::betoi3..menyintai tak bermakna memiliki::

    [sama-sama kejar cintaNya](^_^)

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails