Tuesday, September 29, 2009

SEBUAH NEGARA SEKULAR...


Kenapa jadi begini???bilamana manusia membuat kebaikan dan kebajikan mereka ini akan terus di buru kemana mereka pergi,adakah negara Malaysia ini negara secular???

Inilah suasana yang berlaku di dalam kampus dan di dalam negara kita sekarang ,mana-mana pelajar yang melakukan usrah tanpa kebenaran akan di tangkap dan di denda.Maka untuk melakukan usrah dan kebaikan ini perlu mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.Betapa susahnya untuk melakukan kebaikan walaupun pemimpin negara bermati-matian mengaku negara ini adalah negara ISLAM!!!.

Sekarang ini masyarakat terus lumpuh dan hanyut dengan aliran kemaksiatan yang cukup dahsyat,itu pun masih tidak membenarkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kebaikan di laksanakan.Apa nak jadi kepada negara kita,sedangkan mereka yang tidak menutup aurat,berdua-duaan dan membuat kemungkaran yang lain yang sudah pasti mengundang bala dari Allah SWT tidak di pandang pun oleh pihak kampus,tetapi bila ada sekumpulan mahasiswi buat usrah di buru dan di denda.Sepatutnya mereka yang berdua-duaan ini lah di buru dan bukan di denda tapi di buangkan terus dari university kerana mereka ini lah yang mencemarkan suasana mencari ilmu di kampus.

Namun ini tidak berlaku dalam kampus,semua pegawai dan staf yang ada kuasa lebih rela melihat mahasiswa dan mahasiswi terus lemas dalam suasana kemaksiatan ini.Kuasa yang ada tidak di gunakan sepenuhnya,biarlah mahasiswa dan mahasiswa ini terus gersang gemolok rohani tapi apa yang penting akademik mesti cemerlang.

Sepatutnya sebagai pegawai dan staf university hendaklah menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada untuk membasmi gejala kemungkaran ini dengan menangkap mereka yang keluar berdua-duaan dan memasukkan mereka yang bersalah ini dalam program yang mendidik rohani dan hati agar mereka sedar dan insaf,bukannya apabila bersalah di denda RM50.00 sahaja.............bersambung



Meningkatkan Kekuatan Akal Menurut Pandangan Tabib-Tabib Islam




Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.

Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.

2. Makan buah badam.

3. Makan daging kambing.


4. Halwa halia.

5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

6. Makan buah limau.

LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.


dipetik dari:http://sihatsempurna.blogspot.com/

Sunday, September 27, 2009

SAMBUTAN IDUL FITRI PAS PERLIS MERIAH...


Kelihatan En Anuar Tahir bekas calon DUN Bintong juga kelihatan Ustaz Yussaine...


ADUN Sanglang Ustaz Hashim Jasin juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis pernah memenangi PRK Parlimen Arau pada tahun 1998


Kehadiran begitu ramai penggungjung membuktikan kemenangan semakin hampir...


Penggunjung tidak putus-putus membanjiri tapak komplek PAS ini...


Pelbagai menu yang di sediakan antaranya ais krim,bihun sup,sate dan paling sedap laksa perlis...datang lah ya...

Saturday, September 26, 2009

LIQA' IDUL FITRI KELAB FASI WAJA TERENGGANU...


Pertemuan dengan sahabat-sahabat lama Kelab Fasi menggembalikan kembali nostalgia silam...

Senyuman sentiasa meniti di bibir mereka tanda ukhuwwah yang semakin erat...


Makan kenyang-kenyang ya...


Amboi sedapnye makan satay...paling lah sini nak ambik gambar ni


Sedihnya abang-abang ni...terpaksa potong nasi impit...tu lah kena kawin cepat bang oi

Friday, September 25, 2009

TREVELOG KEHIDUPAN...jumaat terakhir


Hari ini merupakan jumaat terakhir aku berada di kampung halaman yang kira-kira sudah 6 tahun aku menggembara ke negeri orang.Sesekali pulang ke kampung halaman banyak juga yang berubah,6 tahun dulu sebelum meninggalkan kampung berkelana ke negeri orang,kampong halaman masih hijau,pepohonan melambai-lambai lembut di sapa angin dari perbukitan berlatar belakangkan sawan bendang.Namun kini hijau semakin pudar,lambaian daripada pohon kelapa hanya tinggal tunggul-tunggul usang,tiada lagi tenggekkan beburung Ngobot Jambol di julai-julai dedaun kelapa itu.Terasa kehilangan sangat satu episod kedamaian yang asli nikmat dari Yang Esa.


Namun hati ini tetap pasrah dengan apa yang berlaku,walaupun sesekali imbauan itu kembali berputar di fikiranku,ulu hati terasa di sepak kenangan silam,di sawah bendang ini lah aku mengenal erti sebutir beras usang,membanting tulang muda bersama atuk dan ayah bersawah di tengah terik mentari demi sesuap nasi untuk di hulurkan ke mulut-mulut sempit anak-anak keluarga.Sudah menjadi sunnah kehidupan ini lah pekerjaan orang kampung untuk meneruskan kehidupan berbakti pada tanah bendang.Apabila tiba musim menuai aku bersama rakan-rakan ketika itu masih di sekolah rendah bermain wau dan layang-layang di waktu petang dengan tiupan angin separa kencang cukup membahagiakan hati masing-masing,masih tergiang di telinga gelak tawa rakan-rakan sepermainan,namun suasana itu telah lama berlalu,sawah bendang yang hijau tiada lagi kerana di telan oleh pembangunan yang kian melebar.


Menjelang puasa kita sama-sama meredah semak-samun menuju ke rumpun buluh untuk di buat merian buluh,sedang asyik menebang tiba-tiba di jerkah oleh pak cik tua bertempiaran lari menyelamatkan diri.Itu suasana dahulu,kini rakan-rakan sepermainan tiada lagi disisi,sudah lama kita berpisah membawa diri masing-masing,setelah aku membawa di ke Pahang dan seterusnya ke Utara serta yang lainnya ke serata Malaysia,namun ada juga yang masih di kampung tetapi menjadi mat rempit.Tiga tahunlepas ketika aku masih di sana terdengar berita seorang mat rempit meninggal rupa-rupanya rakan sepermainanku dulu.Aku cuba tahan air mata ini agar tidak gugur ke bumi,tapi apakan daya ia jatuh jua menimpa rerumput di bumi ini.Celoteh nakalmu masih segar di ingatanku,namun kau pergi mendahului ku sebelum sempat aku mengucapkan selamat hari raya padamu.Kenangan bersamamu sewaktu menerbangkan layang-layang menjadi satu kenangan yang di bukukan dalam hidupku buat selama-lamanya.


Esok aku akan berkelana kembali membelah banjaran Titiwangsa menelusuri negeri jelapang padi dan sampai ke negeri Pokok Jati tempat aku belajar.Luka lama berdarah kembali kerana seorang lagi rakan sepermainan ku pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan yang di cari sendiri di malam raya kira-kira seminggu yang lepas,aku doakan berbahagialah roh dan jasad mu di alam sana.


Entah bila pula aku akan kembali ke kampung yang pasti raya haji ini aku mungkin tidak pulang kerana ada sedikit urusan dakwah yang belum selesai.Aku insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa,cuma ingin aku tinggalkan pesanan kepada warga kampung halamanku makmurkan lah sebuah surau usang yang berada di hujung kampung agar tidak runtuh di makan anai-anai.

Thursday, September 24, 2009

MEMAKNAI IDUL FITRI KE RUMAH SAHABAT...


Kuah ikan singgam memaut ukhuwwah antara kami...


Sebelum merempit pastikan helmet di pakai ya...kalau tak bahaya menanti di jalan raya sana.


Seorang sahabat menikmati makanan bersama air radix...


Tuan rumah yang selalu mengukir senyuman...

Sahaba ibarat air di cincang takkan putus...tapi ia akan pergi jua bila sampai masanya nanti...

IJTIMA' IDUL FITRI PAS TERENGGANU MERIAH...


Ijtima' Idul Fitri PAS Terengganu bersama PERANTAU...


Bersalaman dengan pahlima perang Islam...demi mencari semangat perjuangan


Ucapan daripada Tuan Guru Hj Abdul Hadi(Presiden PAS dan juga ADUN Ru Rendang serta MP Marang) yang padu menyelinap keseluruh urat saraf hadirin yang hadir...


Ucapan dari Ustaz Dr Harun Taib(ADUN Manir dan Ketua Ulama' PAS Pusat) memakukan hadirin yang memenuhi setiap ruang di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu ini.


Barisan hadapan yang memandu sebuah bahtera perjuangan...

Tuesday, September 22, 2009

TRAVELOG AIDILFITRI...belajar dari mat rempit




Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT kerana terus menyalurkan oksigen untuk di sedut oleh setiap manusia yang melata di bumi ini,tanpa di kenakan bayaran tol di sepanjang sedutan oksigen itu.Hargailah nikmat kesihatan ini untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT dan nikmat umur di masa muda ini untuk berbakti pada perjuangan.Oleh itu jagalah hati supaya ia memandu masa muda dan masa sihat kepada jalan ketaatan pada Allah SWT.


Perhatikan tongkat signal di stesen keretapi. Dengan menggerakkanya sedikit, landasan akan bergeser, dan perjalanan keretapi pun berubah arah. Demikianlah halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh”. Demikian sabda Rasulullah saw mengenai hati.


Dakwah sesungguhnya berorientasikan mengubah arah kehidupan umat manusia, dari kebatilan menuju kebenaran, dari keracunan menuju kejelasan. Dan semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata bergantung dari bagaimana seorang daie menyentuh hati objek dakwahnya.


Oleh itu sasaran dakwah perlu betul,tepat dan melekat pada hati-hati mad’u terutama sekali mat rempit.Jika kita renung dan tenung sedalam-dalamnya pada setiap keluarga rata-rata mesti ada seorang dari ahli keluarga kita menjadi mat rempit.Ini lah fenomena yang cukup pantas menusuk masuk kedalam budaya kita.


Marilah sama-sama kita berfikir macam mana hendak menangani masalah mat rempit ini supaya mereka tidak terus tersepit di celah-celah situasai ini.Apabila di sebut mat rempit mereka biasanya terlibat dengan jenayah mencuti motosikal,kerana kebiasaanya motor yang dia rempit itu adalah motor atau komponen curi,ini membuatkan motor itu semakin laju.Sasaran motor yang paling popular untuk di curi adalah berjenama Honda EX5.Ini kerana komponen yang ada pada motor itu lebih ‘advance’ berbanding motor jenama lain.Oleh itu pesanan saya belilah motor selain jenama Honda EX5,saya syorkan belilah motor kriss atau motor yang buruk-buruk.


Teknik terbaru untuk mereka mencuri sekarang ini mereka menggunakan lori supaya senang untuk memunggah apabila motor itu berkunci.Kebiasaan tempat yang paling ‘top’ setakat ini adalah di kawasan masjid dan pasaraya serta kawasan tumpuan orang ramai.Kunci lah banyak mana pun motor kita pasti mat rempit ini boleh buka dengan mudah,ini lah teknik yang patut kita sebagai pandakwah muda belajar dengan mereka supaya kita boleh mencadangkan alternatif lain kepada pemilik motor agar motor mereka selamat dan sihat walafiat.


Sebagai pendakwah muda kita perlu ambil teknik positif yang pada pada mat rempit ini,antaranya macam mana mat rempit boleh sampai dengan cepat ke sesuatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat.Maka saya dapat kutip beberapa tips yang saya rasakan sesuai untuk kita amalkan dalam kehidupan sebagai pendakwah muda.Pertama apabila kita berada di jalan raya perhatikan setiap lampu isyarat di setiap jalan yang kita selalu lalui,dan kita mengira berapa bilangan lampu isyarat yang ada di sepanjang jalan yang biasa kita lalu.Ini memudahkan kita menukar laluan lain jika kita terlambat ke program.


Seterusnya jika kita memecut dengan laju untuk mengejar lampu isyarat tiba-tiba lampu bertukar merah,maka di sini kita perlu membelok ke kiri dan membuat pusingan ke jalan sebelah kiri itu dan boleh meneruskan perjalan dengan cepat.Namun begitu ia boleh membahayakan kepada mereka yang tidak ada keyakinan untuk berbuat demikian,jika kita sebagai pendakwah muda mempunyai jiwa mat rempit maka boleh gunakan teknik ini.Tetapi ingat jangan selalu guna teknik ini silap-silap kena saman.


Oleh itu sebagai pendakwah muda kita perlu bijak membaca suasana di jalan raya dan yang paling penting jangan hilang fokus semasa di jalan raya serta tersangat-sangat penting jangan panik apabila berlaku sesuatu,buat selamba je,Insya Allah kita akan sampai ke tempat program dan masjid dengan selamat.Masih banyak lagi teknik-teknik yang mat rempit ajar,mungkin lain kali pulak lah saya cerita.Walau bagaimanapun sebelum memandu pastikan kita dalam keadaan berwuduk dan membaca doa berkenderaan.Oleh itu pendakwah muda perlu memiliki ilmu rempit yang positif.


Monday, September 21, 2009

TRAVELOG AIDILFITRI...mengajar kita lebih peka



Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT kerana terus menyalurkan oksigen untuk di sedut oleh setiap manusia yang melata di bumi ini,tanpa di kenakan bayaran tol di sepanjang sedutan oksigen itu.Betapa besar nya nikmat dah rahmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita,di berikan ganjaran pahala di bulan Rammadhan dan di dalamnya juga di kurniakan malam LailatulQadr.Selepas itu Allah SWT anugerahkan lagi dengan hari kemenangan iaitu hari raya,semua umat Islam bergembira di 1 Syawal.Laungan takbir di setiap masjid meluruhkan air mata kepada mereka yang mengerti makna laungan takbir itu,begitu lah yang berlaku pada anak-anak dan Isteri mangsa ISA yang sering kali menjelangnya hari raya air mata sebagai pengubat rindu kepada ayahnya yang telah lama terpenjara.


Melihat kanak-kanak lain berbaju baru bergurau senda dengan ayah bonda dan kawan-kawan melebatkan lagi deraian air mata anak-anak ISA.Walaupun begitu si ibu tetap mengukirkan senyuman bagi mengubati hati anak-anaknya,namun senyuman itu hanyalah senyuman palsu semata-mata kerana hati si ibu turut menangis.


Suasana hari raya kian bergema jika tidak dengan laungan takbir di bingitkan dengan dentuman mencun dan deruan enjin motor dari mat rempit.TV dan radio terus memutarkan rancangan dan suara ucapan hari raya sesekali di selangi oleh berita terkini,sedang asyik mendengar radio akhir tedengar satu berita tentang kemalangan yang berlaku berdekatan dengan rumah ku,menyebabkan 2 buah motor yang sedang merempit tanpa memasang lampu, akhir seorang daripadanya mati di tempat kejadian dan seorang lagi kritikal,jari-jemarinya hancur lebur.Alangkah murahya nyawa dengan kematian sebegini,nilaian hidup sekali ini di sia-siakan begitu sahaja tanpa merasa bahawa kelak akan di tanya di manakah di habiskan umur ini.


Inilah budaya dan cara hidup remaja-remaja Melayu kita,siapakah yang harus di persalahkan dalam hal ini?adakah kerajaan atau ibu bapa?jawab nya adalah kerajaan lah yang wajib di persalahkan di dalam kehancuran nilai Islam masyarakat kita.Hiburan di dewa-dewakan di seluruh penjuru Negara membiarkan dan terus menganjalkan masyarakat kita dengan program-program maksiat,sempat lagi mereka mengaku Negara ini adalah Negara Islam kerana memiliki masjid yang banyak dan cantik-cantik.Inikah ciri-ciri Negara Islam?tetapi Isteri-isteri pemimpin Negara masih juga tidak bertudung,membiarkan rambut mengembang semacam Pontianak harum sambal belacan.


Kini kecurian motor yang berjenama EX5 naik mendadak,pencuri terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang merasakan mencuri adalah satu hobi dan tidak langsung rasa berdosa.Persoalannya adakah system pendidikan yang ada di negera kita ini berjaya?ya... memang berjaya melahirkan pencuri,perompak dan pembunuh yang terus bermaharaja lela dasawarsa ini.Justeru itu,tangunggjawab untuk memulihkan masyarakat yang telah rosak ini harus di pikul oleh kita semua,jangan biarkan mereka terus tersemban ke lembah mungkar ini.Persiapan rohani dan juga jasmani haru padu dan mantap agar mereka dapat merasai huluran tangan-tangan kita sebagai sang da’ie.

Saturday, September 19, 2009

PECUTAN AKHIR MENGGAPAI RAMADHAN...


Sinaran pagi ini samar-samar di lindungi awan nipis dari ufuk timur,hujan gerimis di sepanjang perjalanan dari Perlis hingga ke Alor Setar melalui lebuh raya Utara Selatan.Bermula detik ini aku bersama seorang sahabat akan pulang ke kampong masing-masing di Terengganu untuk menghabiskan Ramadhan yang masih berbaki ini.Terasa baru semalam Ramadhan menjelma dan mencuit diriku ini,kini aku pasrah dan terpaksa merelakan ianya pergi ,tidak mampu untuk aku menghalang fitrah kejadian ini.


Berlalunya Ramadhan maka di bawa pergi bersama jutaan kerahmatan dan keberkatan yang ada di dalamnya.Cuma bagi diriku yang jahil ini sekadar mengambil sedikit saja masa untuk menggapai mutiara ramadhan ini,yang selebihnya aku biarkan berlalu.Aku leka di awal munculnya ramadhan ini, kini baru aku tersedar dari lamunan bahawa ramadhan bakal meninggalkan aku dan semua manusia lain.Mungkin ramadhan ini adalah ramadhan terakhirku dan mungkin tahun hadapan aku tidak sempat lagi menghirup sejuta kerahmatan darinya.


Masjid yang ada di merata tempat di penuhi manusia di malam pertama ramadhan berlanjutan sehingga masuk minggu kedua ramadhan,terasa sejuk mula memeluk tubuh kurusku ini dengan suasana ini,hatiku mula berdoa pada Allah SWT semoga kekalkan suasana ini bersama saudara-saudara Islam bermunajat pada Nya.Aku harapkan tidak berlaku seperti ramadhan-ramadhan sebelum ini masjid hanya penuh di awal-awal ramdhan sahaja apabila menjelang 10 akhir hanya tinggal tiang-tiang yang kaku mencari malam lailatuqadar.Namun harapan itu hanya tinggal harapan semata-mata,kerana suasana kelalaian lebih berjaya memikat hati-hati manusia ramai.


Kini 10 malam terakhir menjelma kembali yang pasti terselit satu malam yang bakal memberi ganjaran 1000 bulan kepada manusia yang hatinya mampu melawan nafsu keduniaan ini.Kedengaran di corong-corong radio dan televisyen telah memperhebatkan promosi jualan hari raya, maka ramai manusia tertewas dengan tawaran ini juga di bawa bersama seluruh ahli keluarga termasuk nenek yang berumur 90 tahun.Semestinya pakaian di jual dengan harga murah termasuklah perkakasan dapur dan perabut,rambang dan terbeliak mata di buatnya.Aduhai manusia,di saat hebatnya tawaran dan promosi ini dari gedung Kamdar...di saat ini juga bertambah hebatnya tawaran dan promosi dari Allah yang telah menjanjikan malam al-qadr.


Kini ramadhan terus bergolek seperti biasa, semakin hari ramadhan semakin dekat dengan penamatnya,cuma menanti saat untuk mencuit dan mengizinkan Syawal menggantikan tempatnya.Suasana hari raya telah menenggelamkan ramadhan ini walaupun ianya belum lagi berakhir,di tambah pula deringan dan SMS dari telefon bimbit mengucapkan selamat hari raya dari sahabat-sahabat seperjuangan ku.Betapa hebatnya penangan suasana promosi syawal ini dan aku mula sedikit terkapai-kapai mencari dahan-dahan untuk memaut bagi menghabiskan madrasah ramadhan ini hinggalah masuknya azan maghrib keesokkannya,maka aku pasrah ianya pergi meninggalkan ku jua buat selama-lamanya.Insya Allah mungkin tahun depan ramadhan akan muncul lagi,namun aku belum tentu lagi boleh memilikinya kembali,kerana aku tidak tahu adakah umurku sempat berjumpa dengannya lagi,yang pasti aku terus berdoa pada Allah agar di panjangkan umur bertemu sekali lagi bulan ramadhan di tahun hadapan Insya Allah.

Wednesday, September 16, 2009

TRAVELOG PENDAKWAH MUDA...MENCARI PELANGI MALAM



Pada malam ini unggas mula bersimfoni dengan merdu sekali,juga di selangi suara tempikkan kekatak puru di gigi air.Alangkah indahnya malam ini dengan hiasan dan gugusan bintang itu,cahaya rembulan yang mengambang terus bersinar kemalapan di sebalik awan hitam yang tiba-tiba muncul,mungkin ini tanda hujan lebat akan turun menyapa penghuni alam yang berhamparan di bumi.

Suasana hari ini tidak sama dengan suasana semalam dan yang sebelumnya,hari ini masyarakat kita telah di lambakkan dengan asap hiburan yang cukup dahsyat.Sesungguhnya keadaan yang semakin teruk ini berpunca daripada pemimpin kita yang menggunakan kuasa bukan pada tempatnya.Amanah kepimpinan disambilewakan,malah dengan kuasa ini segala harta kekayaan Negara terus digongong dan di kebas sewenag-wenangnya,akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang berada di bawah ini.Walaupun begitu ,janganlah kita gentar untuk berdepan dengan mereka,kita akan terus berjuang menegur mereka ini supaya kuasa yang mereka pegang sekarang ini di manfaatkan mengikut apa yang Islam kehendaki.Alangkah indahnya hidup apabila Islam sudah berkuasa mentadbir dunia ini.Dakwah perlu di gerakkan keseluruh ruang yang ada agar semua masyarakat yang telah di ganjalkan oleh pemimpin secular ini bangkit dan sedar dari suasana yang buruk itu serta kembali kepada suasana Islam sepenuhnya.Sememangnya dakwah memerlukan sasaran yang betul,focus dakwah ini mesti di suluh kepada mahasiswa yang berada di university-univeristi kerana kelak mereka lah yang akan memangku pemerintahan Negara bagi menggantikan algojo-algojo yang ada sekarang.

Sebelum melaksanakan dakwah kepada mahasiswa ini,maka terlebih dahulu di lihat kepada batang tubuh seorang pendakwah.Sememangnya agenda perjuangan ini merupakan agenda yang amat besar bagi memastikan Islam berkuasa suatu hari nanti.Jika kita lihat sekarang ini di dalam kampus,ramai mahasiswa yang suka bernyanyi,bersukan dan sebagainya,tetapi tidak ramai mahasiswa yang suka pada program keagamaan.Oleh itu seorang pendakwah muda perlu melihat dari sudut yang berbeza,jika sebelum ini sasaran dakwah kita hanya kepada mereka yang berminat datang ke masjid sahaja,kini kita perlu tukar sasaran itu kepada golongan mahasiswa yang suka bersukan,sebagai contoh mudah ramai mahasiswa yang suka bermain bola maka sebagai pendakwah kita kena memiliki skil bermain bola,malah mesti menjadi penyerang dan pengempur yang hebat di padang bola supaya dakwah kita mudah diterima oleh mereka,bukan bila di sebut pendakwah hanya tahu berceramah dan bertazkirah sahaja,kerana yang berada di padang bola itu mungkin suatu hari nanti bakal menjadi seorang pakar ekonomi,pakar IT,pakar bedah dan sebagainya.Maka ianya memerlukkan perancangan yang rapi dan tersusun agar kita dapat menarik mereka ke dalam bahtera perjuangan ini.Oleh itu dakwah perlu hikmah.

Jika mahasiswa suka menyanyi kita perlu pandai menyanyi,yang penting mengikut apa yang Islam tetapkan.Jika mahasiswa minat berenang kita pun kena menjadi perenang yang hebat yang boleh membelah samudera biru dan bukanya lemas di air yang cetek.Begitu juga bila mahasiswa suka merempit kita pun kena ada skil merempit supaya tidak lambat untuk ke program dan usrah di tempat yang jauh.Kini pendakwah muda perlu bangkit bersama revolusi perjuangan agar tidak mundur kebelakang.Kecanggihan teknologi telekomunikasi yang ada sekarang sepatutnya memberi kelebihan kepada kita sebagai seorang pendakwah muda.Kita mesti seiring dan selari dengan teknologi ini agar kita dapat sampikan mesej dakwah ini dengan pantas,cepat dan melekat di mata dan hati mereka.Seorang pendakwah muda juga mesti mempunyai jaringan seperti blog,facebook dan sebagainya,maka dengan adanya semua ini aliran dakwah bersifat semasa ini,kita dapat mematahkan serangan-serangan yang bertubi-tubi dari musuh-musuh yang ingin merosakkan pemikiran masyarakat kita khususnya mahasiswa .Seorang pendakwah muda juga perlu membuang sifat kuat makan dan jangan membuncitkan perut kelak akan mendapat status PJK(Perut Jauh ke Depan),pendakwah muda perlu pantas berlari mengejar para mad’u kerana dek kelambatan kita menyebabkan mereka ini semakin jauh dengan Islam.

Namun apa yang penting sebagai pendakwah muda,perkara asas seperti solat berjemaah ,qiamullail,mengaji agama mendalami ilmu tasauf dan perkara asas lain wajib di utamakan.Bukannya sibuk berblog tetapi meninggalkan solat jemaah,oleh itu sebagai pendakwah muda sememangya perlu merenung jauh kedepan bahawa perjuangan di kampus tidak sama dengan perjuangan di luar sana yang memerlukan 1001 kekuatan dan pergorbanan.Marilah kita sama-sama belajar daripada mereka yang telah lama berjuang bersama masyarakat umum agar kita dapat memetik mutiara dan permata yang berharga dari diri mereka supaya kita terus istiqamah dalam bahtera perjuangan ini.

Oleh: MUHAMMAD HAFIZUL BIN ABDUL GHANI
(Ijazah SM Teknologi Marin)



Tuesday, September 15, 2009

TRAVELOG RAMADHAN...mencari sinar di malam yang kelam



Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi pinjam oksigen untuk di sedut tanpa menarik kembali walaupun sesaat.Sudah lama tidak menulis,terasa kaku dan beku fikiran ini tanpa memutarkannya 3600.Ramadhan kali ini cukup bermakna dalam meniti kehidupan sebagai seorang mahasiswa,sudah 6 kali berpuasa di dalam suasana kampus cukup mengajar dan melatih diri ini untuk tidak terpengaruh dengan kawan-kawan yang sememangnya nakal.Ada yang tidak berpuasa dan ada juga yang menghabiskan puasa dengan tidur yang berpanjangan dan bermacam ragam lagilah perangai mereka.Apa yang paling lucu ada juga yang berbuka puasa di dalam almari demi sesuap maggi.Walau apa pun kerenah dan perangai mereka,kita sebagai seorang hamba yang di beri sedikit ilmu dan kefahaman tentang agama ini perlulah menegur dan menasihati mereka,jangan kita lari dari mereka kerana mereka adalah sasaran dakwah kita,apatah lagi di bulan ramadhan yang mulia ini yang mana di lipat gandakan pahala oleh Allah SWT.

Oleh itu pelbagai program yang di rancang untuk menyantuni mereka,ada juga di kalangan mahasiswa yang masih dan asyik bercouple keluar di waktu petang menuju ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa dengan pasangan itik sekati mereka.Alhamdulillah berkat kesungguhan Persatuan Islam di sini program XPDC Dakwah secara bersiri di gerakkan ke seluruh pelusuk kampus,sasarannya adalah pasangan bercouple dan yang tidak menutup aurat.Risalah berkenaan aurat dan larangan bercouple beserta dengan 3 biji kurma di hulurkan kepada mereka ini,semoga hati-hati mereka di pancarkan hidayah dari Allah SWT.Bagi kita sebagai seorang pendakwah jangan lah kita cepat menghukum seseorang kerana mungkin mereka yang melakukan kemungkaran ini tidak tahu ianya berdosa dan sudah tentu mereka jahil tentang agama,apatah lagi dengan suasana mungkar yang ada dalam Negara kita terus merodok pemikiran mahasiswa kita.

Bukannya mudah untuk kita menyantuni golongan yang free hair dan bercouple ini,kadang-kadang ada yang kena hambur dengan perkataan yang kesat-kesat dan sebaginya,tetapi itulah kemanisan dalam berdakwah sebenarnya.Oleh itu marilah sama-sama kita berfikir macam mana untuk kita menyelamatkan ummah dari terus di hanyutkan oleh suasana mungkar yang sudah pasti ianya di rancang oleh pemimpin Negara kita yang secular ini.Masyarakat sekarang ini berada dalam kelemasan maksiat,tangannya melambai-lambai meminta di selamatkan maka kitalah yang perlu menyelamatkan mereka dari terus tenggelam ke dasar kemaksiatan.

Justeru itu bagi mencari sumber kekuatan ini,kita perlu lah bersungguh dalam melakukan amalan qiam dan apatah lagi amalan fardhu secara berjemaah di masjid,supaya kita sama-sama berdoa untuk mereka berjumpa cahaya dan jalan yang di redhai oleh Allah SWT.........bersambung

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails