Hujan mula melebat sejak seminggu yang lalu sampailah ke hari ini,tanda ketaatan pada perintah- Nya.Ramadhan telah berlalu sehari demi sehari menghampiri separuh bulan itu,syawal mula mengintai dan akan muncul tidak lama lagi.Begitulah pusingan saban tahun berganti-ganti,namun kebanyakkan manusia semakin leka dengan memburu dunia semata-mata.Sedangkan umur semakin mendaki usia tua kelak akan di bungkus oleh papan keranda.Itu lah manusia yang meneguk dunia semahu-mahunya tanpa menjeling ke sebelah sana bahawa malaikat menunggu bila-bila masa untuk meyentap nyawa kita.
Malaysia dari segi geografinya terselamat dari bencana alam yang dahsyat seperti taufan,tsunami dan ribut walapun terkena sedikit tempias bencana itu mutakhir ini.Namun sebenarnya Malaysia telah mengalami satu keributan dari segi ideology dan fahaman yang berbeza,ada yang berfahaman kebangsaan dan ada golongan yang berfahaman agama.Maka tidak hairan lah jika golongan yang berfahaman kebangsaan ini menyerang golongan yang berfahaman agama,contohnya lihat lah apa yang terjadi kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz(TGNAA) berkenaan perkataan ‘pergi jahanam’.Sememangnya golongan yang berfahaman kebangsaan memiliki kuasa dan kekuatan dari segi media elektronik dan media cetak,dengan adanya senjata siber ini serangan di lancarkan bertali arus kepada TGNAA sampikan tiada peluang dan ruang untuk TGNAA mempertahankan dirinya dari serangan ganas golongan secular ini,golongan ini terasa amat pedih dan pedas sekali kata-kata ini dan adakah mereka sudah lupa bahawa Negara ini mendokong demokrasi?Bisa kata-kata itu menusuk ke kalbu mereka yang menyebabkan system demokrasi tidak lagi berfungsi sekarang ini walaupun sebelum ini memang sudah tidak berfungsi pun,mengheret sama golongan agama yang ada bersama mereka untuk menambahkan lagi peluru tabur ke atas batang tubuh TGNAA.Sepatutnya sebuah Negara yang membangun mestilah memberi peluang seluas-luasnya pada rakyat dan pembangkang untuk bersuara dan berdebat di atas sesuatu perkara yang menimbulkan permaslahan umum,tetapi golongan secular ini mempetisejukkan suara rakyat ini.
Bukan itu sahaja,rakyat terus di jeruk kan oleh golongan yang memiliki kuasa untuk menerima sahaja keputusan yang di buat oleh mereka,ternyata penangan dari kenaikkan harga minyak menyebabkan 1 MALAYSIA terpaksa merasai keperitan ini,mungkin kekalahan demi kekalahan yang bergaya di miliki oleh mereka dalam beberapa siri pilihanraya kecil,maka mereka mula mengajar dan berniaga dengan rakyat.
Sememangya kekalahan itu cukup perit untuk di terima oleh mereka,apatah lagi apabila berlaku pilihanraya kecil seluruh jentera pembajak mereka telah digunakan dengan media,duit dan bermacam-macam lagi tetapi masih juga kalah.Kuasa rakyat melenyapkan keegoan mereka,kuasa mentadbir negara yang di berikan kepada mereka selama 52 tahun lamanya ternyata mereka khianati,apa erti kemerdekaan yang dilaungkan selama ini jika jiwa dan fikiran rakyat masih tersemat fahaman penjajah,apa erti bangunan tinggi menjulang ke angkasa jika di celah bangunan itu bertambah ramai penagih dadah,pelacur dan mak nyah(golongan auuu…auuu),Sememangnya mereka tidak ingin hidup di lembah hitam ini,tapi apakan daya mereka tidak terdidik dengan suasana beragama.
Bukan itu saja,rakyat terus di sumbat dan di tuang dengan nyanyian yang melampau-lampau.Jenayah ragut,rogol dan bunuh kian menerpa ke seluruh pelusuk Negara,apakah rakyat kita sudah tidak berakal?salah siapa semua ini berlaku,sememangnya salah sang penguasa yang memenuhkan gemolok rakyat dengan hiburan yang tidak beretika………………bersambung
No comments:
Post a Comment